Senin, 15 Desember 2008

DAFTAR ISTILAH

dh-h = 'Idhah : sihir, dusta, tindakan mengadu domba, menghasut dan memfitnah.
'Adhih (ism fa'il) : Tukang sihir.
'Adwa : Penjangkitan atau penularan penyakit.
'Ain : Pengaruh jahat yang disebabkan oleh rasa dengki seseorang melalui matanya, kena mata.
'Alaihissalam : Semoga salam sejahtera senantiasa dilimpahkan (Allah) kepadanya.
Allah akbar : Allah Maha besar.
Atsar : ada dua pengertian:
1-hadis
2-perkataan atau perbuatan yang dinisbatkan kepada sahabat atau tabi'in.
'Azimah : Lihat ruqyah.
'Azza wa Jalla : Maha Mulia dan Maha Agung.
Barzakh : Alam ghaib setelah manusia meninggal dunia sampai hari kiamat, atau alam kubur.
Dinar : nama satuan wang, pada zaman Rasulullah s.a.w. yang terbuat dari emas.
Dirham: nama satuan wang, pada zaman Rasaulullah s.a.w. yang lebih kecil nilainya daripada dinar, yang terbuat dari perak.
Fai': harta yang diperoleh kaum muslimin dari musuh tanpa melalui peperangan, kerana ditinggal lari oleh pemiliknya.
Fa'l: perasaan optimis; harapan bernasib baik dan sukses.
Ghanimah : harta yang diambil alih oleh kaum muslimin dari musuh mereka ketika dalam peperangan; rampasan perang.
Ghaul: hantu (gendruwo), salah satu jenis jin.
Hadis: petunjuk dan tradisi yang diajarkan Rasalullah s.a.w. melalui sabda, sikap, perbuatan dan persetujuan beliau; sesuatu yang dinisbatkan kepada Nabi s.a.w., baik berupa perkataan, perbuatan, sikap, atau persetujuan.
Hamah: burung hantu.
Hasan: hadis yang tingkatannya di bawah hadis shaheh, kerana daya hafal atau kecermatan dan ketelitian orang yang meriwayatkannya masih kurang, tetapi bila banyak atau ada berbagai jalan dalam meriwayatkannya maka hadis tersebut meningkat menjadi shaheh.
Ibadah: penghambaan diri kepada Allah s.w.t. dengan mentaati segala perintahNya, dan menjauhi segala laranganNya, sebagaimana yang telah diajarkan Rasulullah s.a.w., disertai dengan penuh rasa kerendahan hati dan penuh rasa cinta.
Iman: ucapan hati dan lisan yang disertai dengan perbuatan, diiringi dengan ketulusan niat kerana Allah, dan dilandasi dengan berpegang teguh kepada sunnah Rasulullah s.a.w..
Isnad: salasilah orang-orang yang meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w..
Istinja': bersuci atau membersihkan diri setelah buang hajat kecil atau besar.
Iyafah: meramal nasib baik dengan menerbangkan burung, apabila terbang ke arah kanan bererti ada alamat baik. Sedang bezanya dengan thiyarah adalah kalau thiyarah itu meramal nasib buruk, atau merasa bernasib sial dengan melihat burung, haiwan atau lainnya.
Jahiliyah : kebodohan, iaitu suatu zaman yang ciri utamanya ialah mengagungkan selain Allah dengan disembah, dipuja, dipatuhi dan ditaati; ciri lainnya kebobrokan mental dan kerosakan akhlak, seperti zaman sebelum Islam.
Ja'iz: mubah; tidak dilarang dan tidak pula dianjurkan.
Jayyid: suatu tingkatan sanad di atas hasan.
Jibt: sihir; sebutan yang boleh digunakan untuk sihir, tukang sihir, tukang ramal, dukun, berhala dan yang sejenisnya.
Jizyah: semacam pajak yang dipungut dari orang orang non muslim yang mampu lagi dewasa, sebagai ganti daripada zakat yang dipungut dari orang-orang Islam, atas segala perlindungan dan ketentraman yang diberikan oleh kaum muslimin.
Al Khalil: kekasih mulia, tingkatannya lebih tinggi daripada habib (kekasih).
Khamilah : pakaian yang berbulu atau berbeludru; pakaian tersebut terbuat dari wool.
Khamisah : pakaian yang terbuat dari dari wool atau sutera dengan sulaman yang indah lagi menarik.
Kunyah (baca: kun-yah) : nama panggilan untuk kehormatan, seperti: Abu al - Abbas, Abu Abdillah, Abu Ahmad, dll. Biasanya diambil dari nama anak yang pertama.
Makruh: sesuatu yang apabila dikerjakan kurang baik, tetapi apabila ditinggalkan akan mendapat pahala.
Marfu': hadis yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w.; sesuatu yang dinisbatkan kepada Rasulullah s.a.w. baik itu berupa ucapan, perbuatan, sikap atau persetujuan, meskipun yang menisbatkan itu seorang sahabat atau tabi'in.
Mauquf: sesuatu yang dinisbatkan kepada seorang sahabat, baik itu berupa ucapan, perbuatan atau persetujuan; perkataan yang diucapkan seorang sahabat atau perbuatan yang dilakukannya atau persetujuannya terhadap apa yang dilakukan seorang tabi'in.
Mufti: orang yang memberikan fatwa atau petunjuk atas suatu masalah.
Nazar: Ungkapan seseorang dengan ucapan bahawa ia akan melakukan sesuatu untuk Alloh jika tercapainya sesuatu baginya
Nau': bintang; erti asalnya: tenggelamnya atau terbitnya suatu bintang.
Nusyrah: tindakan untuk menyembuhkan atau mengubati orang yang terkena sihir dengan mantera atau jampi.
Qadha = qadar: ketetapan ilahi, ertinya bahawa segala sesuatu yang terjadi di alam semesta ini diketahui, dicatat, dikehendaki dan diciptakan oleh Allah s.w.t..
Qunut: membaca doa dalam shalat, dilakukan sebelum ruku' atau sesudahnya pada rakaat terakhir, terutama pada waktu nazilah (dalam keadaan ada bahaya).
Radhiyallahu 'anhu; 'anha; 'anhuma : semoga Allah senantiasa melimpahkan keridhaan kepadanya (laki-laki; wanita; mereka berdua).
Risywah : sogokan; wang semir; wang pelicin.
Riya': melakukan suatu amal dengan cara tertentu supaya diperhatikan orang lain dan dipujinya; contohnya: seseorang melakukan shalat, lalu memperindah shalatnya ketika dia mengetahui ada orang lain yang memperhatikannya.
Ruqyah: usaha penyembuhan suatu penyakit dengan pembacaan ayat-ayat Al Qur'an, doa-doa, atau mantera-mantera.
Sakrat al maut : rasa pedih dan sakit yang dirasakan seseorang ketika dicabut nyawanya; sekarat.
Sanad: lihat Isnad.
Shafar: bulan kedua dalam tahun hijriyah, iaitu bulan sesudah bulan bulan muharram.
Sahih: hadis yang diriwayatkan secara bersinambung oleh orang-orang yang terpercaya (prilaku, daya hafal dan kecermatannya) mulai dari awal sanad sampai yang terakhir, bebas dari suatu keganjilan atau sebab yang menjadikan hadis tersebut lemah.
Shallallahu 'alaihi wasallam : semoga Allah senantiasa melimpahkan shalawat dan salam sejahtera kepada beliau.
Subhanahu wa ta'ala : Maha suci Allah dan Maha tinggi.
Subhanallah: Maha suci Allah.
Syahadat : persaksian dengan hati dan lisan bahawa "Tiada sembahan yang hak selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah", dengan mengerti maknanya dan mengamalkan apa yang menjadi petunjuknya, baik zhahir mahupun batin.
Syafaat: perantaraan, iaitu perantaraan yang akan dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. kepada Allah s.w.t., dan hal itu dengan seizinNya, untuk meringankan beban umat manusia ketika di padang mahsyar (pada hari kiamat) dan inilah yang dinamakan syafaat al kubra (terbesar) atau disebut juga al Maqam al mahmud; untuk memasukkan ke dalam syurga bagi mereka yang berhak mendapatkan syurga; untuk tidak memasukkan ke neraka bagi ahli tauhid dari umatnya yang berdosa yang semestinya masuk neraka; untuk mengeluarkan dari neraka orang orang ahli tauhid yang berdosa yang sudah masuk neraka; untuk menambahkan pahala dan meningkatkan derjat bagi orang-orang penghuni syurga; dan perantaraan kepada Allah untuk meringankan siksa bagi sebahagian orang kafir dan ini khusus untuk paman beliau Abu Thalib.
Ta'ala: Maha Tinggi.
Ta'awwudz: meminta perlindungan kepada Allah engan mengucapkan A'udzu billah min …" (aku berlindung kepada Allah dari …)
Tahmid: memuji Allah ta'ala dengan mengucapkan "Alhamdulillah" (segala puji hanya milik Allah).
Tahrif: menyelewengkan suatu nash dari Al Qur'an atau Hadis dengan merubah lafazhnya atau membelokkan maknanya dari makna yang sebenarnya.
Takbir: mengagungkan Allah dengan mengatakan "Allah Akbar" (Allah Maha besar).
Takyif: mempertanyakan bagaimana sifat Allah itu; atau menentukan bahawa hakikat sifat Allah itu begini atau begitu.
Tamimah : sesuatu yang dikalungkan di leher anak-anak sebagai penangkal atau pengusir penyakit, pengaruh jahat yang disebabkan dari rasa dengki seseorang, dsb. Dan termasuk dalam hal ini apa yang dinamakan dengan haikal.
Tamtsil : menyerupakan sifat Allah dengan sifat makhlukNya.
Tathayyur : berfirasat buruk; merasa bernasib sial; atau meramal nasib buruk kerana melihat burung, binatang lain, atau apa saja.
Ta'thil: mengingkari seluruh atau sebahagian sifat-sifat Allah. Sedang perbezaannya dengan tahrif, bahawa ta'thil tidak mengakui makna sebenarnya yang terkandung oleh suatu nash dari Al Qur'an atau Al Hadis. Adapun tahrif ialah merubah lafadznya atau memberikan tafsiran yang menyimpang dari makna sebenarnya yang dikandung oleh nash tersebut. Lihat tahrif.
Ta'wil: ada tiga pengertian:
1-hakikat atau kenyataan yang sebenarnya dari sesuatu perkataan atau berita. Seperti kata kata ta'wil yang tersebut dalam Al Qur'an 7: 3, 53: 7, 39: 10, dan sebagainya.
2-penafsiran, seperti kata kata para ahli tafsir: "ta'wil dari firman Allah …", ertinya: penafsiran dari firman Allah…
3-penyimpangan suatu kata dari makna yang sebenarnya ke makna yang lain. Dan inilah yang dimaksud dengan ta'wil yang sering disebutkan dalam pembahasan teologis.
Tiwalah: guna-guna; sesuatu yang dibuat untuk supaya suami mencintai isterinya atau sebaliknya.
Thaghut : setiap sesuatu yang diagungkan - selain Allah - dengan disembah, atau ditaati, atau dipatuhi, baik yang diagungkan itu batu, manusia, atau syaitan.
Tharq: meramal dengan membuat garis di atas tanah. Caranya antara lain, seperti yang dilakukan orang-orang Jahiliyah, iaitu: dengan membuat garis-garis yang banyak secara acak (sembarangan), lalu dihapus dua dua, apabila yang tersisa dua garis itu tandanya akan sukses atau bernasib baik, tetapi apabila tinggal satu garis saja itu tandanya akan gagal atau bernasib sial.
Ulama: Ilmuwan; secara khusus: orang ahli dalam bidang agama Islam.
Umara': pemimpin; penguasa.
Wada'ah : sesuatu yang diambil dari laut, menyerupai rumah kerang, menurut anggapan orang-orang Jahiliyah boleh digunakan sebagai penangkal penyakit.

Bab 67: Keagungan Dan Kekuasaan Allah S.W.T.

man Allah s.w.t.:
“Dan mereka (orang-orang musyrik) tidak mengagung agungkan Allah dengan pengagungan yang sebenar-benarnya, padahal bumi seluruhnya dalam genggamanNya pada hari kiamat, dan semua langit digulung dengan tangan kananNya. Maha Suci dan Maha Tinggi Allah dari segala perbuatan syirik mereka.” (QS. Az zumar 67).
Ibnu Mas'ud r.a. berkata: "Salah seorang pendeta yahudi datang kepada Rasulullah s.a.w. seraya berkata:
"Wahai Muhammad, sesungguhnya kami dapati (dalam kitab suci kami) bahawa Allah akan meletakkan langit di atas satu jari, pohon pohon di atas satu jari, air di atas satu jari, tanah di atas satu jari, dan seluruh makhluk di atas satu jari, kemudian Allah berfirman: "Akulah Penguasa (raja)", maka Rasulullah s.a.w. tertawa sampai nampak gigi seri beliau, kerana membenarkan ucapan pendeta yahudi itu, kemudian beliau membacakan firman Allah:
“Dan mereka (orang-orang musyrik) tidak mengagung-agungkan Allah dengan pengagungan yang sebenar-benarnya, padahal bumi seluruhnya dalam genggamanNya pada hari kiamat” (QS. Az zumar 67).
Dan dalam riwayat Imam Muslim terdapat tambahan:
" … gunung-gunung dan pohon-pohon di atas satu jari, kemudian digoncangkannya seraya berfirman: "Akulah penguasa, Akulah Allah."
dan dalam riwayat Imam Bukhori dikatakan:
"… Allah letakkan semua langit di atas satu jari, air serta tanah di atas satu jari, dan seluruh makhluk di atas satu jari." (HR. Bukhori dan Muslim)
Imam Muslim meriwayatkan dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Allah akan menggulung seluruh lapisan langit pada hari kiamat, lalu diambil dengan tangan kananNya, dan berfirman: "Akulah penguasa, mana orang-orang yang berlaku lalim? mana orang orang yang sombong?, kemudian Allah menggulung ketujuh lapis bumi, lalu diambil dengan tangan kiriNya dan berfirman: "Aku lah Penguasa, mana orang-orang yang berlaku lalim?, mana orang-orang yang sombong?".
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a., ia berkata:
"Tidaklah langit tujuh dan bumi tujuh di Telapak Tangan Allah Ar Rahman, kecuali bagaikan sebutir biji sawi diletakkan di telapak tangan seseorang diantara kalian".
Ibnu Jarir berkata: "Yunus meriwayatkan kepadaku dari Ibnu Wahb, dari Ibnu Zaid, dari bapanya (Zaid bin Aslam), ia berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Ketujuh langit berada di Kursi, tiada lain hanyalah bagaikan tujuh keping dirham yang diletakkan di atas perisai ".
kemudian Ibnu Jarir berkata: "Dan Abu Dzar r.a. berkata: 'Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Kursi yang berada di Arsy tiada lain hanyalah bagaikan sebuah gelang besi yang dibuang ditengah tengah padang pasir ".
Diriwayatkan dari Ibnu Mas'ud r.a. bahawa ia berkata:
"Antara langit yang paling bawah dengan yang berikutnya jaraknya 500 tahun, dan antara setiap langit jaraknya 500 tahun, antara langit yang ketujuh dan Kursi jaraknya 500 tahun, antara Kursi dan samudra air jaraknya 500 tahun, sedang Arsy itu berada di atas samudra air itu, dan Allah s.w.t. berada di atas Arsy, tidak tersembunyi bagi Allah suatu apapun dari perbuatan kalian." (HR. Ibnu Mahdi dari Hamad bin Salamah, dari Aisyah, dari Zarr, dari Abdullah bin Mas'ud)
Atsar ini diriwayatkan dari berbagai macam jalan (jalur sanad), demikian yang dikatakan oleh imam Ad Dzahabi.
Al Abbas bin Abdul Mutholib r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Tahukah kalian berapa jarak antara langit dan bumi? ", kami menjawab: "Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui", beliau bersabda: "Antara langit dan bumi itu jaraknya perjalanan 500 tahun, dan antara langit yang satu dengan yang lain jaraknya perjalanan 500 tahun, sedangkan tebalnya setiap langit adalah perjalanan 500 tahun, antara langit yang ketujuh dengan Arsy ada samudra, dan antara dasar samudra dengan permukaanya seperti jarak antara langit dengan bumi, dan Allah s.w.t. di atas itu semua, dan tiada yang tersembunyi bagiNya sesuatu apapun dari perbuatan anak keturunan Adam" (HR. Abu Daud dan ahli hadis yang lain).
Kandungan bab ini:
1-Penjelasan tentang ayat yang tersebut di atas[123].
2-Pengetahuan tentang sifat-sifat Allah s.w.t., sebagaimana yang terkandung dalam hadis pertama, masih dikenal dikalangan orang-orang yahudi yang hidup pada masa Rasulullah s.a.w., mereka tidak mengingkarinya dan tidak menafsirkannya dengan penafsiran yang menyimpang dari kebenaran.
3-Ketika pendeta Yahudi menyebutkan tentang pengetahuan tersebut kepada Rasulullah s.a.w., beliau membenarkannya, dan turunlah ayat Al Qur'an menegaskannya.
4-Rasulullah s.a.w. tersenyum ketika mendengar pengetahuan yang agung ini disebutkan oleh pendeta yahudi.
5-Disebutkan dengan tegas dalam hadis ini adanya dua tangan bagi Allah, dan bahawa seluruh langit itu diletakkan di tangan kananNya, dan seluruh bumi diletakkan di tangan yang lain pada hari kiamat.
6-Dinyatakan dalam hadis bahawa tangan yang lain itu adalah tangan kiriNya.
7-Disebutkan dalam hadis keadaan orang-orang yang berlaku lalim, dan berlaku sombong pada hari kiamat.
8-Dijelaskan bahawa seluruh langit dan bumi ditelapak tangan Allah itu bagaikan sebutir biji sawi yang diletakkan di tangan seseorang.
9-Kursi itu lebih besar dari pada langit.
10-Arsy itu lebih besar dari pada Kursi.
11-Arsy itu bukanlah Kursi, dan bukanlah samudra air.
12-Jarak antara langit yang satu dengan langit yang lainnya perjalanan 500 tahun.
13-Jarak antara langit yang ketujuh dengan Kursi perjalanan 500 tahun.
14-Jarak antara Kursi dan samudra perjalanan 500 tahun.
15-Arsy sebagaimana dinyatakan dalam hadis, berada di atas samudra tersebut.
16-Allah s.w.t. berada di atas Arsy.
17-Jarak antara langit dan bumi itu perjalanan 500 tahun.
18-Tebal masing-masing langit itu perjalanan 500 tahun.
19-Samudra yang berada di atas seluruh langit itu, antara dasar dengan permukaannya, jauhnya perjalanan 500 tahun, dan hanya Allah lah yang maha mengetahui.
Segala Puji hanya milik Allah semata, Rabb sekalian alam, semoga sholawat serta salam senantiasa dilimpahkan kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w., keluarganya serta para sahabatnya.
_____________________________________
Catatan Kaki:
[123] Ayat ini menunjukkan keagungan dan kebesaran Allah s.w.t., dan kecilNya seluruh makhluk dibandingkan dengan Nya; menunjukkan pula bahawa siapa yang berbuat syirik, bererti tidak mengagungkan Allah dengan pengagungan yang sebenar benarnya.




“Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.”
[Qur’an, Surah Al-An’aam 6: 82]

Bab 66: Upaya Rasulullah S.A.W. Dalam Menjaga Kemurnian Tauhid, Dan Menutup Semua Jalan Yang Menuju KepadaKemusyrikan

llah bin Asy Syikhkhir r.a. berkata: "Ketika aku ikut pergi bersama suatu delegasi Bani Amir menemui Rasulullah s.a.w., kami berkata:
"Engkau adalah sayyiduna (tuan kami), maka beliau bersabda: "Sayyid (Tuan) yang sebenarnya adalah Allah s.w.t.", kemudian kami berkata: 'Engkau adalah yang paling utama dan paling agung kebaikannya di antara kita. Beliau bersabda: "Ucapkanlah semua atau sebagaian kata-kata yang wajar bagi kalian, dan janganlah kalian terseret oleh syaitan" (HR. Abu Daud dengan sanad yang shoheh).
Dikatakan oleh Anas bin Malik r.a. bahawa ada sebahagian orang berkata:
"Ya Rasulullah, wahai orang yang paling baik di antara kami, dan putera orang yang terbaik diantara kami, wahai tuan kami dan putera tuan kami", maka Rasulullah s.a.w. bersabda: "Saudara-saudara sekalian ! ucapkanlah kata-kata yang wajar saja bagi kamu sekalian, dan janganlah sekali-kali kalian terbujuk oleh syaitan. Aku adalah Muhammad, hamba Allah dan utusanNya, aku tidak senang kalian mengagungkanku melebihi kedudukanku yang telah diberikan kepadaku oleh Allah s.w.t.." (HR. An Nasai dengan sanad yang jayyid)
Kandungan bab ini:
1-Peringatan kepada para sahabat agar tidak bersikap berlebih lebihan terhadap beliau[122].
2-Orang yang dipanggil dengan panggilan "Engkau adalah tuan kami" hendaknya ia menjawab: "Tuan yang sebenarnya adalah Allah.
3-Rasulullah s.a.w. memperingatkan kepada para sahabat agar tidak terseret dan terbujuk oleh syaitan, padahal mereka tidak mengatakan kecuali yang sebenarnya.
4-Rasulullah s.a.w. (tidak menginginkan sanjungan dari para sahabat yang diatas kedudukan yang sebenarnya), dengan sabdanya: "Aku tidak senang kamu sekalian mengangkatku melebihi kedudukan (yang sebenarnya) yang telah diberikan kepadaku oleh Allah s.w.t.."
_____________________________________
Catatan Kaki:
[122] Bab ini menunjukkan bahawa tauhid tidak akan sempurna dan murni, kecuali dengan menghindarkan diri dari setiap ucapan yang menjurus kepda perlakuan yang berlebih lebihan terhadap makhluk, kerana dikhuwatirkan akan menyeret ke dalam kemusyrikan.

Bab 65: Larangan Menjadikan Allah Sebagai Perantara Kepada Makhluknya

riwayatkan dari Jubair bin Mut'im r.a. bahawa ada seorang badui datang kepada Rasulullah s.a.w. dengan mengatakan: "Ya Rasulullah, orang orang pada kehabisan tenaga, anak isteri kelaparan, dan harta benda pada musnah, maka mintalah siraman hujan untuk kami kapada Rabbmu, sungguh kami menjadikan Allah sebagai perantara kepadamu, dan kami menjadikanmu sebagai peranatara kepada Allah". Maka Nabi bersabda:
"Maha suci Allah, maha suci Allah" - beliau masih terus bertasbih sampai nampak pada wajah para sahabat (perasaan takut kerana kamaranhan beliau), kemudian beliau bersabda: " Kasihanilah dirimu, tahukah kalian siapa Allah itu? sungguh kedudukan Allah s.w.t. itu jauh lebih Agung dari pada yang demikian itu, sesungguhnya tidak dibenarkan Allah dijadikan sebagai perantara kepada siapapun dari makhlukNya." (HR. Abu Daud).
Kandungan bab ini:
1-Rasulullah s.a.w. mengingkari seseorang yang mengatakan: "Kami menjadikan Allah sebagai perantara kepadamu."
2-Rasulullah s.a.w. marah sekali ketika mendengar ucapan ini, dan bertasbih berkali kali, sehingga para sahabat merasa takut.
3-Rasulullah s.a.w. tidak mengingkari ucapan badui "kami menjadikanmu sebagai perantara kepada Allah".
4-Penjelasan tentang makna sabda Rasul "Subhanallah" [yang ertinya: Maha Suci Allah].
5-Kaum muslimin menjadikan Rasulullah sebagai perantara [pada masa hidupnya] untuk memohon [kepada Allah s.w.t.] siraman hujan.

Bab 64: Larangan Bersumpah Mendahului Allah

dub bin Abdullah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Ada seorang laki-laki berkata: "Demi Allah, Allah tidak akan mengampuni si fulan, maka Allah s.w.t. berfirman: "siapa yang bersumpah mendahuluiKu, bahawa aku tidak mengampuni sifulan? sungguh Aku telah mengampuniNya dan Aku telah menghapuskan amalmu" (HR. Muslim).
Dan disebutkan dalam hadis riwayat Abi Hurairah r.a. bahawa orang yang bersumpah demikian itu adalah orang yang ahli ibadah. Abu Hurairah berkata: "Ia telah mengucapkan suatu ucapan yang menghancurkan dunia dan akhiratnya." (HR. Ahmad dan Abu Dawud)
Kandungan bab ini:
1-Peringatan untuk tidak bersumpah mendahului Allah.
2-Hadis di atas menunjukkan bahawa neraka itu lebih dekat kepada seseorang dari pada tali sendal jepitnya.
3-Begitu juga syurga.
4-Buktinya adalah apa yang telah dikatakan oleh Abu Hurairah di atas: "Ia telah mengucapkan perkataan yang membinasakan dunia dan akhiratNya".
5-Kadang-kadang seseorang mendapatkan ampunan dari Allah disebabkan kerana adanya sesuatu yang ia benci.

Bab 63: Perjanjian Dengan Allah Dan Nabinya

rman Allah s.w.t.:
“Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji, dan janganlah kamu membatalkan sumpah-sumpah (mu) itu sesudah mengukuhkannya, sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai saksimu (terhadap sumpah-sumpah itu). Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu perbuat.” (QS. An nahl, 91).
Buraidah r.a. berkata: "Apabila Rasulullah s.a.w. mengangkat komandan pasukan perang atau batalyon, beliau menyampaikan pesanan kepadanya agar selalu bertakwa kepada Allah, dan berlaku baik kepada kaum muslimin yang bersamanya, kemudian beliau bersabda:
"Seranglah mereka dengan "Asma' Allah, demi di jalan Allah), perangilah orang-orang yang kafir kepada Allah, seranglah dan janganlah kamu menggelapkan harta rampasan perang, jangan menghianati perjanjian, jangan mencincang korban yang terbunuh, dan jangan membunuh anak-anak. Apabila kamu menjumpai musuh musuhmu dari kalangan orang-orang musyrik, maka ajaklah mereka kepada tiga hal: mana saja yang mereka setujui, maka terimalah dan hentikanlah penyerangan terhadap mereka.
Ajaklah mereka kepada agama islam; jika mereka menerima maka terimalah mereka, kemudian ajaklah mereka berhijrah dari daerah mereka ke daerah orang-orang muhajirin, dan beritahu mereka jika mereka mahu melakukannya maka bagi mereka hak dan kewajipan sama seperti hak dan kewajipan orang-orang muhajirin,
Tetapi, jika mereka menolak untuk berhijrah dari daerah mereka, maka beritahu mereka, bahawa mereka akan mendapat perlakuan seperti orang-orang badui dari kalangan Islam, berlaku bagi mereka hukum Allah, tetapi mereka tidak mendapatkan bahagian dari hasil rampasan perang dan fai, kecuali jika mereka mahu bergabung untuk berjihad dijalan Allah bersama orang-orang Islam.
Dan jika mereka menolak hal tersebut, maka mintalah dari mereka jizyah[121] , kalau mereka menerima maka terimalah dan hentikan penyerangan terhadap mereka. Tetapi jika semua itu ditolak maka mohonlah pertolongan kepada Allah dan perangilah mereka.
Dan jika kamu telah mengepung kubu pertahanan mereka, kemudian mereka menghendaki darimu agar kamu membuat untuk mereka perjanjian Allah dan RasulNya, maka janganlah kamu buatkan untuk mereka perjanjian Allah dan RasulNya, akan tetapi buatlah untuk mereka perjanjian dirimu sendiri dan perjanjian sahabat-sahabatmu, kerana sesungguhnya melanggar perjanjianmu sendiri dan sahabat sahabatmu itu lebih ringan resikonya dari pada melanggar perjanjian Allah dan RasulNya.
Dan jika kamu telah mengepung kubu pertahanan musuhmu, kemudian mereka menghendaki agar kamu mengeluarkan mereka atas dasar hukum Allah, maka janganlah kamu mengeluarkan mereka atas dasar hukum Allah, tetapi keluarkanlah mereka atas dasar hukum yang kamu ijtihadkan, kerana sesungguhnya kamu tidak mengetahui apakah tindakanmu sesuai dengan hukum Allah atau tidak" (HR. Muslim).
Kandungan bab ini:
1-Perbezaan antara perjanjian Allah dan perjanjian NabiNya dengan perjanjian kaum muslimin.
2-Petunjuk Rasulullah s.a.w. untuk memilih salah satu pilihan yang paling ringan resikonya dari dua pilihan yang ada.
3-Etika dalam berjihad, iaitu supaya menyeru dengan mengucapkan " bismillah fi sabilillah".
4-Perintah untuk memerangi orang-orang yang kafir kepada Allah.
5-Perintah untuk senantiasa memohon pertolongan Allah dalam memerangi orang-orang kafir.
6-Perbezaan antara hukum Allah dan hukum hasil ijtihad para ulama.
7-Disyariatkan bagi seorang komandan dalam kondisi yang diperlukan seperti yang tersebut dalam hadis, untuk berijtihad dalam menentukan hukum tertentu, walaupun ia tidak tahu apakah ijtihadnya sesuai dengan hukum Allah atau tidak?.
_____________________________________
Catatan Kaki:
[121] jizyah adalah uang yang diambil dari orang-orang kafir sebagai tanda ketundukan mereka kepada negara Islam dan sebagai ganti perlindungan Negara Islam atas jiwa dan harta mereka (muroji')

Bab 62: Larangan Banyak Bersumpah

Firman Allah s.w.t.:
“Dan jagalah sumpahmu …” (QS. Al Maidah, 89).
Abu Hurairah r.a. berkata: "Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sumpah itu dapat melariskan barang dagangan namun dapat mengahapus keberkahan usaha." (HR. Bukhari dan Muslim).
Diriwayatkan dari Salman r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Tiga orang yang mereka itu tidak diajak bicara dan tidak disucikan oleh Allah (pada hari kiamat), dan mereka menerima adzab yang pedih, iaitu: orang yang sudah beruban (tua) yang berzina, orang miskin yang sombong, dan orang yang menjadikan Allah sebagai barang dagangannya, ia tidak membeli atau menjual kecuali dengan bersumpah" (HR. Thabrani dengan sanad yang shaheh).
Diriwayatkan dalam shoheh Bukhari dan Muslim dari Imran bin Husain r.a. ia berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sebaik-baik umatku adalah mereka yang hidup pada masaku, kemudian generasi berikutnya, kemudian generasi berikutnya lagi" - Imran berkata: "Aku tidak ingat lagi apakah Rasulullah s.a.w. menyebutkan generasi setelah masa beliau dua kali atau tiga?" - "Kemudian akan ada setelah masa kalian orang-orang yang memberikan kesaksian sebelum ia diminta, mereka berkhianat dan tidak dapat dipercaya, mereka bernazar tapi tidak memenuhi nazarnya, dan badan mereka tampak gemuk gemuk".
Diriwayatkan pula dalam shaheh Bukhari dan Muslim, dari Ibnu Mas'ud r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Sebaik-baik manusia adalah mereka yang hidup pada masaku, kemudian generasi yang datang berikutnya, kemudian generasi yang datang berikutnya lagi, kemudian akan datang orang-orang dimana diantara mereka kesaksianya mendahului sumpahnya, dan sumpahnya mendahului kesaksiannya".
Ibrahim (An Nakhoi) berkata: "Mereka memukuli kami kerana kesaksian atau sumpah (yang kami lakukan) ketika kami masih kecil".
Kandungan bab ini:
1-Adanya wasiat dari Allah untuk menjaga sumpah.
2-Penjelasan Rasulullah s.a.w. bahawa sumpah itu dapat melariskan barang dagangan, tapi ia juga dapat menghapus keberkahan usaha itu.
3-Ancaman berat bagi orang yang selalu bersumpah, baik ketika menjual atau membeli.
4-Peringatan bahawa dosa itu boleh menjadi besar walaupun faktor yang mendorong untuk melakukannya itu kecil [119] .
5-Larangan dan celaan bagi orang yang bersumpah tanpa diminta.
6-Pujian Rasulullah untuk ketiga generasi atau keempat generasi (sebagaimana tersebut dalam suatu hadis), dan memberitakan apa yang akan terjadi selanjutnya.
7-Larangan dan celaan bagi orang yang memberikan kesaksian tanpa diminta.
8-Orang-orang salaf (terdahulu) memukul anak anak kecil kerana memberikan kesaksian atau bersumpah[120].
_____________________________________
Catatan Kaki:
[119] Seperti orang yang sudah beruban (tua) yang berzina, atau orang melarat yang congkak, semestinya mereka tidak melakukan perbuatan dosa ini, kerana faktor yang mendorong mereka untuk berbuat demikian adalah lemah atau kecil.
[120] Hal tersebut dilakukan oleh orang-orang salaf untuk mendidik anak anak agar tidak gampang bersaksi dan menyatakan sumpah, yang akhirnya akan menjadi suatu kebiasaan; kalau sudah menjadi kebiasaan, dengan ringan ia akan bersaksi atau bersumpah sampai dalam masalah yang tidak patut baginya untuk bersumpah. Dan banyak bersumpah itu dilarang, kerana perbuatan ini menunjukkan suatu sikap meremehkan dan tidak mengagungkan nama Allah.