Minggu, 14 Desember 2008

Bab 17: Syafa'at

Syafa'at[45]
Firman Allah s.w.t.:
“Dan berilah peringatan dengan apa yang telah diwahyukan itu kepada orang-orang yang takut akan dikumpulkan kepada Rabb mereka (pada hari kiamat), sedang mereka tidaklah mempunyai seorang pelindung dan pemberi syafaatpun selain Allah, agar mereka bertakwa” (QS. Al an'am, 51).
“Katakanlah (hai Muhammad): hanya milik Allah lah syafaat itu semuanya” (QS. Az zumar, 44).
“Tiada seorang pun yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa seizinNya” (QS. Al baqarah, 225).
“Dan berapa banyak malaikat di langit, syafaat mereka sedikitpun tidak berguna, kecuali sesudah Allah mengiizinkan (untuk diberi syafaat) bagi sesiapa yang dikehendaki dan diridloiNya” (QS. An najm, 26).
“Katakanlah: "serulah mereka yang kamu anggap (sebagai tuhan) selain Allah, mereka tidak memiliki kekuasaan seberat dzarrah (biji atum) pun di langit mahupun di bumi, dan mereka tidak mempunyai suatu andil apapun dalam (penciptaan) langit dan bumi, dan sama sekali tidak ada di antara mereka menjadi pembantu bagiNya. Dan tiadalah berguna syafaat di sisi Allah, kecuali bagi orang yang telah diizinkaNya memperoleh syafaat itu …” (QS. Saba', 22).
Abul Abbas[46] mengatakan: "Allah telah menyangkal segala hal yang menjadi tumpuan kaum musyrikin, selain diriNya sendiri, dengan menyatakan bahawa tidak ada seorangpun selainNya yang memiliki kekuasaan, atau bahagiannya, atau menjadi pembantu Allah.
Adapun tentang syafa'at, maka telah ditegaskan oleh Allah bahawa syafaat ini tidak berguna kecuali bagi orang yang telah diizinkan untuk memperolehnya, sebagaimana firmanNya:
“Dan mereka tidak dapat memberi syafa'at, kecuali kepada orang yang diridlai Allah” (QS. Al Anbiya', 28).
Syafa'at yang diperkirakan oleh orang-orang musyrik itu tidak akan ada pada hari kiamat, sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Al Qur'an.
Dan diberitakan oleh Nabi s.a.w.: "bahawa beliau pada hari kiamat akan bersujud kepada Allah dan menghaturkan segala pepujian kepadaNya, beliau tidak langsung memberi syafaat lebih dahulu, setelah itu baru dikatakan kepada beliau: "Angkatlah kepalamu, katakanlah niscaya ucapanmu pasti akan didengar, dan mintalah niscaya permintaanmu akan dikabulkan, dan berilah syafa'at niscaya syafa'atmu akan diterima".) HR. Bukhori dan Muslim)
Abu Hurairah r.a. bertanya kepada beliau: "siapakah orang yang paling beruntung mendapatkan syafa'atmu?", Beliau menjawab: "iaitu orang yang mengucapkan la Ilaha Illallah dengan ihlas dari dalam hatinya". (HR. Bukhori dan Ahmad)
Syafa'at yang ditetapkan ini adalah syafaat untuk Ahlul Ikhlas Wattauhid (orang orang yang mentauhidkan Allah dengan ikhlas kerana Allah semata) dengan seizin Allah; bukan untuk orang yang menyekutukan Allah dengan yang lainNya.
Dan pada hakikatnya, bahawa hanya Allah lah yang melimpahkan kurniaNya kepada orang-orang yang ikhlas tersebut, dengan memberikan ampunan kepada mereka, dengan sebab doanya orang yang telah diizinkan oleh Allah untuk memperoleh syafa'at, untuk memuliakan orang tersebut dan menempatkanya di tempat yang terpuji.
Jadi syafa'at yang ditiadakan oleh Al Qur'an adalah yang didalamnya terdapat kemusyrikan. Untuk itu Al Qur'an telah menetapkan dalam beberapa ayatnya bahawa syafaat itu hanya ada dengan izin Allah; Dan Nabi pun sudah menjelaskan bahawa syafaat itu hanya diperuntukan untuk orang-orang yang bertauhid dan ikhlas kerana Allah semata".
Kandungan bab ini:
1-Penjelasan tentang ayat ayat di atas [47].
2-Syafa'at yang dinafikan adalah syafa'at yang didalamnya terdapat unsur-unsur kemusyrikan.
3-Syafa'at yang ditetapkan adalah syafa'at untuk orang-orang yang bertauhid dengan ikhlas, dan dengan izin Allah.
4-Penjelasan tentang adanya syafa'at kubro, iaitu: Al Maqom Al Mahmud (kedudukan yang terpuji).
5-Cara yang dilakukan oleh Rasulullah ketika hendak mendapatkan syafaat, beliau tidak langsung memberi syafaat lebih dahulu, tapi dengan bersujud kepada Allah, menghaturkan segala pepujian kepadaNya. kemudian setelah diizinkan oleh Allah barulah beliau memberi syafaat.
6-Adanya pertanyaan: "siapakah orang yang paling beruntung mendapatkan syafa'at beliau?"
7-Syafa'at itu tidak diberikan kepada orang yang mensekutukan Allah.
8-Penjelasan tentang hakikat syafa'at yang sebenarnya.
_____________________________________
Catatan Kaki:
[45] Syafaat telah dijadikan dalil oleh kaum musyrikin dalam memohon kepada malaikat, nabi dan wali. Kata mereka : "Kami tidak memohon kepada mereka kecuali untuk mendekatkan diri kepada Allah dan memberikan syafaat kepada kami di sisiNya", maka dalam bab ini diuraikan bahawa syafaat yang mereka harapkan itu adalah percuma, bahkan syirik ; dan syafaat hanyalah hak Allah semata, tiada yang dapat memberi syafaat kecuali dengan seizinNya bagi siapa yang mendapat ridhaNya.
[46] Taqiyuddin Abul Abbas ibnu Taimiyah : Ahmad bin Abdul Halim bin Abdus Salam bin Abdullah An Numairi Al Harrani Ad Dimasqi. Syaikhul Islam, dan tokoh yang gigih sekali dalam gerakan dakwah Islamiyah. Dilahirkan di Harran, tahun 661 H (1263 M) dan meninggal di Damaskus tahun 728 H (1328).
[47] Ayat pertama dan kedua menunjukkan bahawa syafaat seluruhnya adalah hak khusus bagi Allah.
Ayat ketiga menunjukkan bahawa syafaat itu tidak diberikan kepada seseorang, tanpa adanya izin ddari Allah.
Ayat keempat menunjukkan bahawa syafaat itu diberikan oleh orang yang diridloi Allah dengan izin dariNya. Dengan demikian syafaat itu adalah hak mutlak Allah, tidak dapat diminta kecuali dariNya; dan menunjukkan pula kebatilan syirik yang dilakukan oleh kaum musyrikin dengan mendekatkan diri kepada malaikat, nabi atau orang orang soleh, untuk meminta syafaat mereka.
Ayat kelima mengandung bantahan terhadap kaum musyrikin yang mereka itu menyeru selain Allah, seperti malaikat dan makhluk makhluk lainnya, kerana menganggap bahawa makhluk makhluk itu bisa mendatangkan manfaat dan menolak madlarat; dan menunjukkan bahawa syafaat tidak berguna bagi mereka, kerana syirik yang mereka lakukan, tetapi hanya berguna bagi orang yang mengamalkan tauhid, dan itupun dengan izin Allah.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar