Minggu, 14 Desember 2008

Bab 2: Keistimewaan Tauhid Dan Dosa Dosa Yang Diampuni Kerananya

Firman Allah s.w.t.:
“Orang orang yang beriman dan tidak menodai keimanan [5] mereka dengan kedzoliman (kemusyrikan) [6], mereka itulah orang-orang yang mendapat ketentraman dan mereka itulah orang orang yang mendapat jalan hidayah”,
(QS. Al An'am, 82).

Ubadah bin Shomit r.a. menuturkan: Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barang siapa yang bersyahadat [7] bahawa tidak ada sesembahan yang hak (benar) selain Allah saja, tiada sekutu bagiNya, dan Muhammad adalah hamba dan RasulNya, dan bahawa Isa adalah hamba dan RasulNya, dan kalimatNya yang disampaikan kepada Maryam, serta Ruh dari padaNya, dan syurga itu benar adanya, neraka juga benar adanya, maka Allah pasti memasukkanya kedalam syurga, betapapun amal yang telah diperbuatnya".
(HR. Bukhori & Muslim)

Imam Bukhori dan Muslim meriwayatkan pula hadis dari Itban r.a.
bahawa Rasulullah bersabda:
"Sesungguhnya Allah s.w.t. mengharamkan neraka bagi orang orang yang mengucapkan “la Ilaha Illallah” dengan ikhlas dan hanya mengharapkan (pahala melihat) wajah Allah".
Diriwayatkan dari Abu Said Al Khudri r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bes
rabda:
"Musa berkata: "Ya Rabb, ajarkanlah kepadaku sesuatu untuk mengingatMu dan berdoa kepadaMu", Allah berfirman: "ucapkan hai Musa La Ilaha Illallah", Musa berkata: "ya Rabb, semua hambaMu mengucapkan itu", Allah menjawab: "Hai Musa, seandainya ketujuh langit serta seluruh penghuninya - selain Aku - dan ketujuh bumi diletakkan dalam satu timbangan dan kalimat "La Ilaha Illallah" diletakkan dalam timbangan yang lain, niscaya kalimat "La Ilaha Illallah" lebih berat timbangannya."
(HR. Ibnu Hibban, dan imam Hakim sekaligus menshohehkannya).


Imam Tirmidzi meriwayatkan hadis (yang menurut penilaianya hadis itu hasan) dari Anas bin Malik r.a. ia berkata aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Allah s.w.t. berfirman: "Hai anak Adam, jika engkau datang kepadaKu dengan membawa dosa sejagat raya, dan engkau ketika mati dalam keadaan tidak menyekutukanKu dengan sesuatupun, pasti Aku akan datang kepadamu dengan membawa ampunan sejagat raya pula".

Kandungan bab ini:
1-Luasnya kurnia Allah s.w.t..
2-Besarnya pahala tauhid di sisi Allah s.w.t..
3-Dan tauhid juga dapat menghapus dosa.
4-Penjelasan tentang ayat yang ada dalam surah Al - An'am.
5-Perhatikan kelima masalah yang ada dalam hadis Ubadah.
6-Jika anda memadukan antara hadis Ubadah, hadis Itban dan hadis sesudahnya, maka akan jelas bagi anda pengertian kalimat “la Ilaha Illallah”, juga kesalahan orang-orang yang tersesat kerana hawa nafsunya.
7-Perlu diperhatikan syarat-syarat yang disebutkan dalam hadis Itban, (iaitu ikhlas semata-mata kerana Allah, dan tidak menyekutukanNya).
8-Para Nabipun perlu diingatkan akan keistimewaan “la Ilaha Illallah”.
9-Penjelasan bahawa kalimat “la Ilaha Illallah” berat timbangannya mengungguli berat timbangan seluruh makhluk, padahal ramai orang yang mengucapkan kalimat tersebut.
10-Pernyataan bahawa bumi itu tujuh lapis seperti halnya langit.
11-Langit dan bumi itu ada penghuninya.
12-Menetapkan sifat sifat Allah apa adanya, berbeza dengan pendapat Asy'ariyah[8].
13-Jika anda memahami hadis Anas, maka anda akan mengetahui bahawa sabda Rasul yang ada dalam hadis Itban: "sesungguhnya Allah mengharamkan masuk neraka bagi orang orang yang mengucapkan “la Ilaha Illallah” dengan penuh ihlas kerana Allah, dan tidak menyekutukanNya", maksudnya adalah tidak menyekutukan Allah dengan sesuatupun, bukan hanya mengucapkan kalimat tersebut dengan lisan saja.
14-Nabi Muhammad dan Nabi Isa adalah sama-sama hamba Allah dan RasulNya.
15-Mengetahui keistimewaan Nabi Isa, sebagai Kalimat Allah[9].
16-Mengetahui bahawa Nabi Isa adalah ruh diantara ruh-ruh yang diciptakan Allah.
17-Mengetahui keistimewaan iman kepada kebenaran adanya syurga dan neraka.
18-Memahami sabda Rasul: "betapapun amal yang telah dikerjakannya".
19-Mengetahui bahawa timbangan itu mempunyai dua daun.
20- Mengetahui kebenaran adanya wajah bagi Allah.
_____________________________________
Catatan Kaki:
[5] Iman ialah : ucapan hati dan lisan yang disertai dengan perbuatan, diiringi dengan ketulusan niat kerana Allah, dan dilandasi dengan berpegang teguh kepada sunnah Rasulullah s.a.w..

[6] Syirik disebut kezholiman kerana syirik adalah menempatkan suatu ibadah tidak pada tempatnya, dan memberikannya kepada yang tidak berhak menerimanya.


[7] Syahadat ialah : persaksian dengan hati dan lisan, dengan mengerti maknanya dan mengamalkan apa yang menjadi tuntutannya, baik lahir mahupun batin.


[8] Asy'ariyah adalah salah satu aliran teologis, pengikut Syekh Abu Hasan Ali bin Ismail Al Asy'ari (260 - 324 H = 874 - 936 M). Dan maksud penulis di sini ialah menetapkan sifat sifat Allah sebagaimana yang disebutkan dalam Al Qur'an mahupun As sunnah.

Termasuk sifat yang ditetapkan adalah kebenaran adanya wajah bagi Allah, mengikuti cara yang diamalkan kaum salaf soleh dalam masalah ini, iaitu :
mengimani kebesaran sifat sifat Allah yang dituturkan Al Qur'an dan As sunnah tanpa tahrif, ta'thil, takyif dan tamtsil. Adapun Asy'ariyah, sebahagian mereka ada yang menta'wilkannya (menafsirinya dengan makna yang menyimpang dari makna yang sebenarnya) dengan dalih bahawa hal itu jika tidak dita'wilkan bisa menimbulkan tasybih (penyerupaan) Allah dengan makhlukNya, akan tetapi perlu diketahui bahawa Syekh Abu Hasan sendiri dalam masalah ini telah menyatakan berpegang teguh dengan madzhab salaf soleh, sebagaimana beliau nyatakan dalam kitab yang ditulis di akhir hidupnya, iaitu Al Ibanah 'an ushulid diyanah
(editor : Abdul Qodir Al Arnauth, Bairut, makatabah darul bayan, 1401 H)
bahkan dalam karyanya ini beliau mengkritik dan menyanggah tindakan ta'wil yang dilakukan oleh orang orang yang menyimpang dari madzhab salaf.

[9] Kalimat Allah maksudnya bahawa Nabi Isa itu diciptakan Allah dengan firmanNya "Kun" (jadilah) yang disampaikan Nya kepada Maryam melalui malaikat Jibril.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar