Minggu, 14 Desember 2008

Bab 20: Larangan Beribadah Kepada Allah Disisi Kubur Orang-Orang Soleh

yatkan dalam shoheh [Bukhori dan Muslim], dari Aisyah ra. bahawa Ummu Salamah ra. bercerita kepada Rasulullah s.a.w. tentang gereja yang ia lihat di negeri Habasyah (Ethiopia), yang didalamnya terdapat rupaka-rupaka (gambar-gambar), maka Rasulullah bersabda:
"Mereka itu, apabila ada orang yang soleh atau hamba yang soleh meninggal, mereka membangun diatas kuburnya sebuah tempat ibadah, dan mereka membuat di dalamnya rupaka-rupaka, dan mereka sejelek-jelek makhluk disisi Allah".
Mereka dihukumi beliau sebagai sejelek-jelek makhluk kerana mereka melakukan dua fitnah sekaligus; iaitu fitnah memuja kubur dengan membangun tempat ibadah diatasnya dan fitnah membuat rupaka rupaka (patung-patung).
Dalam riwayat Imam Bukhori dan Muslim, Aisyah juga berkata: ketika Rasulullah akan diambil nyawanya, beliaupun segera menutup mukanya dengan kain, dan ketika nafasnya terasa sesak maka dibukanya kembali kain itu. Ketika beliau dalam keadaan demikian itulah beliau bersabda:
"Laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yahudi dan Nasrani, yang telah menjadikan kubur para Nabi mereka sebagai tempat peribadatan".
Beliau mengingatkan umatnya agar menjauhi perbuatan mereka, dan jika bukan kerana hal itu, Maka pasti kubur beliau akan ditampakkan, hanya saja beliau khuwatir kalau kuburnya nanti dijadikan tempat beribadah.
Imam Muslim meriwayatkan dari Jundub bin Abdullah, dimana ia pernah berkata: "Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda lima hari sebelum beliau meninggal dunia:
"Sungguh, Aku menyatakan setia kepada Allah dengan menolak bahawa aku mempunyai seorang khalil (kekasih mulia) dari antara kalian, kerana sesungguhnya Allah s.w.t. telah menjadikan aku sebagai kekasihNya, sebagaimana Ia telah menjadikan Ibrahim sebagai kekasihNya; seandainya aku menjadikan seorang kekasih dari umatku, maka aku akan jadikan Abu Bakar sebagai kekasihku. Dan ketahuilah, bahawa sesungguhnya umat-umat sebelum kalian telah menjadikan kubur para Nabi mereka sebagai tempat ibadah, dan ingatlah, janganlah kalian menjadikan kubur sebagai tempat beribadah, kerana aku benar-benar melarang kalian dari perbuatan itu".
Rasulullah s.a.w. di akhir hayatnya - sebagaimana dalam hadis Jundub - telah melarang umatnya untuk tidak menjadikan kubur sebagai tempat ibadah. Kemudian ketika dalam keadaan hendak diambil nyawanya - sebagaimana dalam hadis Aisyah - beliau melaknat orang yang malakukan perbuatan itu. dan sholat di sisinya termasuk pula dalam pengertian menjadikan kubur sebagai tempat ibadah, walaupun tidak dijadikan bangunan masjid; dan inilah maksud dari kata-kata Aisyah ra.: "… dikhuwatirkan akan dijadikan sebagai tempat ibadah."
Dan para sahabat pun belum pernah membangun masjid (tempat ibadah) disekitar kubur beliau, kerana setiap tempat yang digunakan untuk sholat bererti telah dijadikan sebagai masjid, bahkan setiap tempat yang dipergunakan untuk sholat disebut masjid, sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasul s.a.w.:
"Telah dijadikan bumi ini untukku sebagai masjid dan suci".
Dan Imam Ahmad meriwayatkan hadis marfu' dengan sanad yang jayyid, dari Ibnu Mas'ud r.a., bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya, termasuk sejelek-jelek manusia adalah orang yang masih hidup saat hari kiamat tiba, dan orang yang menjadikan kubur sebagai tempat ibadah (masjid)" (HR. Abu Hatim dalam kitab shohehnya).
Kandungan bab ini:
1-Larangan membangun tempat beribadah (masjid) di sisi kubur orang-orang yang soleh, walupun niatnya baik.
2-Larangan keras adanya rupaka-rupaka (gambar / patung) dalam tempat ibadah.
3-Pelajaran penting yang dapat kita ambil dari sikap keras Rasulullah s.a.w. dalam masalah ini, bagaimana beliau menjelaskan terlebih dahulu kepada para sahabat, bahawa orang yang membangun tempat ibadah di sekitar kubur orang soleh termasuk sejelek-jelek makhluk di hadapan Allah; kemudian, lima hari sebelum wafat, beliau mengeluarkan pernyataan yang melarang umatnya menjadikan kubur kubur sebagai tempat ibadah; terakhir, beberapa saat menjelang wafatnya, beliau masih merasa belum cukup dengan tindakan tindakan yang telah diambilnya, sehingga beliau melaknat orang-orang yang melakukan perbuatan ini.
4-Rasulullah s.a.w. melarang pula perbuatan tersebut dilakukan di sisi kubur beliau, walaupun kubur beliau sendiri belum ada.
5-Menjadikan kubur nabi-nabi sebagai tempat ibadah merupakan tradisi orang-orang yahudi dan Nasrani.
6-Rasulullah melaknat mereka kerana perbuatan mereka sendiri.
7-Rasulullah melaknat mereka dengan tujuan memberikan peringatan kepada kita agar tidak berbuat hal yang sama terhadap kubur beliau.
8-Alasan tidak ditampakkannya kubur beliau kerana kekhuwatiran akan dijadikan sebagai tempat ibadah.
9-Pengertian "menjadikan kubur sebagai tempat ibadah" ialah [melakukan suatu ibadah, seperti: shalat di sisi kubur, meskipun tidak dibangun di atasnya sebuah tempat ibadah].
10-Rasulullah menggabungkan antara orang yang menjadikan kubur sebagai tempat ibadah dengan orang yang masih hidup disaat kiamat tiba, dalam rangka memberikan peringatan pada umatnya tentang perbuatan yang menghantarkan kepada kemusyrikan sebelum terjadi, disamping mengingatkan pula bahawa akhir kehidupan dunia adalah bermaharajalelanya kemusyrikan.
11-Khutbah beliau yang disampaikan lima hari sebelum wafatnya mengandungi sanggahan terhadap dua kelompok yang kedua duanya termasuk sejelek-jelek ahli bid'ah, bahkan sebahagian ulama menyatakan bahawa keduanya di luar 72 golongan yang ada dalam umat Islam, iaitu Rafidloh[54] dan Jahmiyah[55]. Dan sebab orang-orang Rafidloh inilah kemusyrikan dan penyembahan kubur terjadi, dan mereka itulah orang pertama yang membangun tempat ibadah diatas kubur.
12-Rasulullah s.a.w. [adalah manusia biasa] merasakan beratnya sakaratul maut.
13-Beliau dimuliakan oleh Allah dengan dijadikan sebagai kekasih (kholil)[sebagaimana Nabi Ibrahim].
14-Pernyataan bahawa kholil itu lebih tinggi derjatnya dari pada habib (kekasih).
15-Pernyataan bahawa Abu Bakar r.a. adalah sahabat Nabi yang paling mulia.
16-Hal tersebut merupakan isyarat bahawa Abu Bakar akan menjadi Kholifah (sesudah beliau).
_____________________________________
Catatan Kaki:
[54] Rafidhah adalah salah satu sekte dalam aliran syi'ah. Mereka bersikap berlebih lebihan terhadap Ali bin Abi Tholib dan ahlul bait, dan mereka menyatakan permusuhan terhadap sebahagian besar sahabat Rasulullah, khususnya Abu Bakar dan Umar.
[55] Jahmiyah adalah aliran yang timbul pada akhir khilafah Bani Umayyah. Disebut demikian, kerana dinisbatkan pada nama tokoh mereka, iaitu Jahm bin Shofwan At Tirmidzi, yang terbunuh pada tahun 128 H. di antara pendapat aliran ini adalah menolak kebenaran adanya Asma' dan Sifat Allah, kerana menurut anggapan mereka Asma dan Sifat adalah ciri khas makhluk, maka apabila diakui dan ditetapkan untuk Allah bererti menyerupakan Allah dengan makhlukNya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar