Senin, 15 Desember 2008

Bab 22: Upaya Rasulullah Dalam Menjaga Tauhid Dan Menutup Jalan Yang Menuju Kepada Kemusyrikan

Firman Allah s.w.t.:
“Sungguh telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sediri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) untukmu, amat belas kasihan lagi penyayang kepada orang orang mu'min.” (QS. At Taubah, 128).
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Janganlah kalian jadikan rumah-rumah kalian sebagai kubur, dan janganlah kalian jadikan kuburku sebagai tempat perayaan, ucapkanlah sholawat untukku, kerana sesungguhnya ucapan sholawat kalian akan sampai kepadaku dimana saja kalian berada" (HR. Abu Daud dengan sanad yang baik, dan para perowinya tsiqoh).
Dalam hadis yang lain, Ali bin Al Husain r.a. menuturkan, bahawa ia melihat seseorang masuk kedalam celah-celah yang ada pada kubur Rasulullah s.a.w., kemudian berdo'a, maka ia pun melarangnya seraya berkata kepadanya: "Mahukah kamu aku beritahu sebuah hadis yang aku dengar dari bapaku dari kakekku dari Rasulullah s.a.w. , beliau bersabda:
"Janganlah kalian jadikan kuburku sebagai tempat perayaan, dan janganlah kalian jadikan rumah-rumah kalian sebagai kubur, dan ucapkanlah doa salam untukku, kerana doa salam kalian akan sampai kepadaku dari mana saja kalian berada"(diriwayatkan dalam kitab Al Mukhtarah).
Kandungan bab ini:
1-Penjelasan tentang ayat yang terdapat dalam surah Al Baqarah[58].
2-Rasulullah s.a.w. telah memperingatkan umatnya dan berusaha dengan sungguh-sungguh dalam menjauhkan umatnya dari jalan yang menuju kepada kemusyrikan, serta menutup setiap jalan yang menjurus kepadanya.
3-Rasulullah s.a.w. sangat menginginkan keimanan dan keselamatan kita, dan amat belas kasihan lagi penyayang kepada kita.
4-Larangan Rasulullah s.a.w. untuk tidak menziarahi kuburnya dengan cara tertentu, [iaitu dengan menjadikannya sebagai tempat perayaan], padahal menziarahi kubur beliau termasuk amalan yang amat baik.
5-Rasulullah s.a.w. melarang seseorang banyak melakukan ziarah kubur.
6-Rasulullah s.a.w. menganjurkan untuk melakukan sholat sunnah di dalam rumah.
7-Satu hal yang sudah menjadi ketetapan dikalangan kaum salaf, bahawa menyampaikan sholawat untuk Nabi tidak perlu masuk di dalam kuburnya.
8-Alasannya kerana sholawat dan salam seseorang untuk beliau akan sampai kepada Beliau dimanapun ia berada, maka tidak perlu harus mendekat, sebagaimana yang diduga oleh sebahagian orang.
9-Nabi s.a.w. di alam barzakh, akan ditampakkan seluruh amalan umatnya yang berupa sholawat dan salam untuknya.
_____________________________________
Catatan Kaki:
[58] Ayat ini, dengan sifat sifat yang disebutkan di dalamnya untuk peribadi Nabi Muhammad s.a.w., menunjukkah bahawa beliau telah memperingatkan umatnya agar menjauhi syirik, yang merupakan dosa paling besar, kerana inilah tujuan utama diutusnya Rasulullah s.a.w..

Tidak ada komentar:

Posting Komentar