Senin, 15 Desember 2008

Bab 23: Penjelasan Bahawa Sebahagian Umat Ini Ada Yang Menyembah Berhala

Firman Allah s.w.t.:
“Tidakkah kamu memperhatikan orang-orang yang diberi bahagian dari Al kitab?, mereka beriman kepada Jibt dan Thoghut[59], dan mengatakan kepada orang-orang kafir (musyrik Mekkah), bahawa mereka itu lebih benar jalannya dari orang-orang yang beriman.” (QS. An nisa', 51).
“Katakanlah: " mahukah aku beritakan kepadamu tentang orang orang yang lebih buruk pembalasannya dari pada (orang-orang fasik) itu dihadapan Allah, iaitu orang-orang yang dilaknati dan dimurkai, dan diantara mereka ada yang dijadikan kera dan babi, dan orang-orang yang menyembah Thoghut” (QS. Al maidah, 60).
“…Orang-orang yang berkuasa atas urusan mereka berkata: "sungguh kami akan mendirikan sebuah rumah peribadatan di atas gua mereka".” (QS. Al kahfi, 21).
Dari Abu Said r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sungguh kalian akan mengikuti (meniru) tradisi umat-umat sebelum kalian selangkah demi selangkah sampai kalaupun mereka masuk kedalam liang biawak niscaya kalian akan masuk ke dalamnya pula.", para sahabat bertanya: "Ya Rasulullah, orang orang yahudi dan Nasranikah?", beliau s.a.w. menjawab: "siapa lagi?" (HR. Buhkhori dan Muslim).
Imam Muslim meriwayatkan dari Tsauban r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sungguh Allah telah membentangkan bumi kepadaku, sehingga aku dapat melihat belahan timur dan barat, dan sungguh kekuasaan umatku akan sampai pada belahan bumi yang telah dibentangkan kepadaku itu, dan aku diberi dua simpanan yang berharga; merah dan putih (empire Parsi dan Rom), dan aku minta kepada Rabbku untuk umatku agar jangan dibinasakan dengan sebab kelaparan (paceklik) yang berkepanjangan, dan jangan dikuasakan kepada musuh selain dari kaum mereka sendiri, sehingga musuh itu nantinya akan merampas seluruh negeri mereka.
Lalu Rabb berfirman: "Hai Muhammad, jika aku telah menetapkan suatu perkara, maka ketetapan itu tidak akan boleh berubah, dan sesungguhnya Aku telah memberikan kepadamu untuk umatmu untuk tidak dibinasakan dengan sebab paceklik yang berkepanjangan, dan tidak akan dikuasai oleh musuh selain dari kaum mereka sendiri, maka musuh itu tidak akan boleh merampas seluruh negeri mereka, meskipun manusia yang ada di jagat raya ini berkumpul menghadapi mereka, sampai umatmu itu sendiri sebahagian menghancurkan sebahagian yang lain, dan sebahagian meraka menawan sebahagian yang lain."
Hadis ini diriwayatkan pula oleh Al barqoni dalam sholehnya dengan tambahan:
"Dan yang aku khuwatirkan terhadap umatku tiada lain adalah adanya pemimpin yang menyesatkan, dan ketika terjadi pertumpahan darah diantara mereka, maka tidak akan berahir sampai datangnya hari kiamat, dan hari kiamat tidak akan kunjung tiba kecuali ada diantara umatku yang mengikuti orang musyrik, dan sebahagian lain yang menyembah berhala, dan sungguh akan ada pada umatku 30 orang pendusta, yang mengaku sebagai Nabi, padahal aku adalah penutup para Nabi, tidak ada Nabi lain setelah aku, meskipun demikian akan tetap ada segolongan dari umatku yang tetap tegak membela kebenaran, dan mereka selalu mendapat pertolongan Allah taala, mereka tidak tergoyahkan oleh orang-orang yang menelantarkan mereka dan memusuhi mereka, sampai datang keputusan Allah s.w.t.".
Kandungan dalam bab ini:
1-Penjelasan tentang ayat yang terdapat dalam surah An Nisa'[60].
2-Penjelasan tentang ayat yang terdapat dalam surah Al Maidah[61].
3-Penjelasan tentang ayat yang terdapat dalam surah Al Kahfi[62].
4-Masalah yang sangat penting sekali, iaitu pengertian tentang beriman terhadap Jibt dan thoghut, apakah sekadar mempercayainya dalam hati, atau mengikuti orang-orangnya, sekalipun membenci barang barang tersebut dan mengerti akan kebatilannya?.
5-[sebagai buktinya], apa yang dikatakan oleh Ahli kitab kepada orang-orang kafir (kaum Musyrikin Makkah) bahawa mereka lebih benar jalannya dari pada orang-orang yang beriman.
6-Iman kepada Jibt dan Thaghut pasti akan terjadi di kalangan umat ini (umat Islam), sebagaimana yang ditetapkan dalam hadis Abu Said. Dan inilah yang dimaksud dalam bab ini.
6-Pernyataan Rasulullah s.a.w. bahawa akan terjadi penyembahan berhala dari kalangan umat ini.
7-Satu hal yang amat menghairankan adalah menculnya orang yang mendakwahkan dirinya sebagai Nabi, seperti Al Mukhtar bin Abu Ubaid Ats tsaqafi[63]; padahal ia mengucapkan dua kalimah syahadat, dan menyatakan bahawa dirinya termasuk dalam umat Muhammad, dan ia meyakini bahawa Rasulullah itu haq dan Al Qur'an juga haq, yang didalamnya diterangkan bahawa Muhammad adalah penutup para Nabi. Walaupun demikian ia dipercayai ramai orang, meskipun adanya kontradiksi yang jelas sekali. Ia hidup pada akhir masa sahabat dan diikuti oleh ramai orang.
8-Rasulullah s.a.w. menyampaikan khabar gembira bahawa al haq (kebenaran Allah dan ajaranNya) tidak akan dapat dilenyapkan sama sekali, sebagaimana yang terjadi pada masa lalu, tetapi masih akan selalu ada sekelompok orang yang berpegang teguh dan membela kebenaran.
9-Bukti kongkritnya adalah: mereka walaupun sedikit jumlahnya, tetapi tidak tergoyahkan oleh orang-orang yang menelantarkan dan menentang mereka.
10-Kondisi seperti ini akan berlangsung sampai hari kiamat.
11-Bukti bukti akan kenabian Muhammad s.a.w. yang terkandung dalam hadis ini adalah:
-Pemberitahuan beliau bahawa Allah telah membentangkan kepadanya belahan bumi sebelah barat dan timur, dan menjelaskan makna dari hal itu; kemudian terjadi seperti yang beliau beritakan, berlainan halnya dengan belahan selatan dan utara.
-Pemberitahuan beliau bahawa beliau diberi dua simpanan yang berharga.
-Pemberitahuan beliau bahawa do'anya untuk umatnya dikabulkan dalam dua hal, sedangkan hal yang ketiga tidak dikabulkan.
-Pemberitahuan beliau bahawa akan terjadi pertumpahan darah diantara umatnya, dan kalau sudah terjadi tidak akan berakhir sampai hari kiamat.
-Pemberitahuan beliau bahawa sebahagian umat ini akan menghancurkan sebahagian yang lain, dan sebahagian mereka menawan sebahagian yang lain.
-Pemberitahuan beliau tentang munculnya orang-orang yang mendakwahkan dirinya sebagai Nabi pada umat ini.
-Pemberitahuan beliau bahawa akan akan tetap ada sekelompok orang dari umat ini yang tegak membela kebenaran, dan mendapat pertolongan Allah.
Dan itu semua benar benar telah terjadi seperti yang telah diberitahukan, padahal semua yang diberitahukan itu diluar jangkauan akal manusia.
12-Apa yang beliau khuwatirkan terhadap umatnya hanyalah munculnya para pemimpin yang menyesatkan.
13-Perlunya perhatian terhadap makna dari penyembahan berhala.
_____________________________________
Catatan Kaki:
[59] Terdapat bebarapa penafsiran dari kalangan salaf, tentang makna Jibt, antara lain : berhala, sihir, tukang sihir, tukang ramal, Huyai bin Akhthob dan Ka'ab bin Al Asyraf (kedua orang ini adalah tokoh orang orang yahudi di zaman Rasulullah s.a.w.). Dengan demikian, pengertian umum mencakup makna ini semua, sebagaimana yang dikatakan oleh Al Jauhari dalam Ash Shihah : "Jibt adalah kata kata yang dapat digunakan untuk berhala, tukang ramal, tukang sihir dan sejenisnya .."
Demikian halnya dengan kata kata thoghut, terdapat beberapa penafsiran, yang menunjukkan pengertian umum. Antara lain : syaitan, syaitan dalam wujud manusia, behala, tukang ramal, Ka'ab Al Asyraf.
Ibnu Jarir Ath Thobari, dalam menafsirkan ayat ini, setelah menyebutkan beberapa penafsiran ulama salaf, mengatakan : " … Jibt dan thoghut ialah dua sebutan untuk setiap yang diagungkan dengan disembah selain Allah, atau di taati, atau dipatuhi; baik yang diagungkan itu batu, manuisa ataupun syaitan.
[60] Ayat ini menunjukkan bahawa apabila orang-orang yang diturunkan kepada mereka Al Kitab mahu beriman kepada Jibt dan Thoghut, maka tidak mustahil dan tidak dapat dipungkiri bahawa umat ini yang telah diturunkan kepadanya Al Qur'an akan berbuat pula seperti yang mereka perbuat, kerana Rasulullah s.a.w. telah memberitahukan bahawasanya akan ada di diantara umat ini orang-orang yang berbuat seperti apa yang diperbuat oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani.
[61] Ayat ini menunjukkan bahawa akan terjadi di kalangan umat ini penyembahan thaghut, sebagaimana telah terjadi penyembahan thaghut di kalangan ahli kitab.
[62] Ayat ini menunjukkan bahawa ada di antara umat ini orang yang membangun tempat ibadah di atas atau di sekitar kubur, sebagaimana telah dilakukan oleh orang orang sebelum mereka.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar