Senin, 15 Desember 2008

Bab 40: Mengingkari Sebahagian Nama Dan Sifat Allah

Firman Allah s.w.t.:
“Dan mereka kafir (ingkar) kepada Ar Rahman (Dzat Yang Maha Pengasih). Katakanlah: "Dia adalah Tuhanku, tiada sesembahan yang hak selain dia, hanya kepada Nya aku bertawakkal dan hanya kepadaNya aku bertaubat.” (QS. Ar Ra'd, 30)
Diriwayatkan dalam shaheh Bukhari, bahawa Ali bin Abi Thalib r.a. berkata:
"Berbicaralah kepada orang-orang dengan apa yang difahami oleh mereka, apakah kalian menginginkan Allah dan RasulNya didustakan?".
Abdur Razak meriwayatkan dari Ma'mar dari Ibnu Thowus dari bapanya dari Ibnu Abbas, bahawa ia melihat seseorang terkejut ketika mendengar hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang berkenaan dengan sifat-sifat Allah s.w.t., kerana merasa keberatan dengan hal tersebut, maka Ibnu Abbas berkata:
"Apa yang dikhuwatirkan oleh mereka itu? mereka mahu mendengar dan menerima ketika dibacakan ayat-ayat yang muhkamat (jelas pengertiannya), tapi mereka keberatan untuk menerimanya ketika dibacakan ayat ayat yang mutasyabihat (sulit difahami) [99] .
Orang-orang Quraisy ketika mendengar Rasulullah s.a.w. menyebut "Ar Rahman", mereka mengingkarinya, maka terhadap mereka itu, Allah s.w.t. menurunkan firmanNya: "Dan mereka kafir terhadap Ar Rahman".
Kandungan bab ini:
1-Dinyatakan tidak beriman, kerana mengingkari (menolak) sebahagian dari Asma' dan Sifat Allah.
2-Penjelasan tentang ayat yang terdapat dalam surah Ar Ra'd[100].
3-Tidak dibenarkan menyampaikan kepada manusia hal-hal yang tidak difahami oleh mereka.
4-Hal itu disebabkan kerana boleh mengakibatkan Allah dan RasulNya didustakan, meskipun ia tidak bermaksud demikian.
5-Ibnu Abbas r.a. menolak sikap orang yang merasa keberatan ketika dibacakan sebuah hadis yang berkenaan dengan sifat Allah dan menyatakan bahawa sikap tersebut boleh mencelakakan dirinya.
_____________________________________
Catatan Kaki:
[99] Perkataan Ibnu Abbas disebutkan penulis setelah perkataan Ali yang menyatakan bahawa sepatutnya tidak usah dituturkan kepada orang-orang apa yang tidak mereka mengerti, adalah untuk menunjukkan bahawa nash nash Al Qur'an mahupun hadis yang berkenaan sifat Allah tidak termasuk hal tersebut, bahkan perlu pula disebutkan dan ditegaskan, kerana keberatan sebahagian orang akan hal tersebut bukanlah menjadi factor penghalang untuk menyebutkannya, sebab para ulama semenjak zaman dahulu masih membacakan ayat ayat dan hadis hadis yang berkenaan dengan sifat Allah di hadapan orang orang umum mahupun khusus.
[100] Ayat ini menunjukkah kewajiban mengimani segala Asma' dan Sifat Allah, dan mengingkari sesuatu darinya adalah kufur.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar