Senin, 15 Desember 2008

Bab 42: Larangan Menjadikan Sekutu Bagi Allah

irman Allah s.w.t.:
“Maka janganlah kamu membuat sekutu untuk Allah padahal kamu mengetahui (bahawa Allah adalah maha Esa)” (QS. Al Baqarah, 22).
Ibnu Abbas r.a. dalam menafsirkan ayat tersebut mengatakan: "membuat sekutu untuk Allah adalah perbuatan syirik, suatu perbuatan dosa yang lebih sulit untuk dikenali dari pada semut kecil yang merayap di atas batu hitam, pada malam hari yang gelap gulita. Iaitu seperti ucapan anda: 'demi Allah dan demi hidupmu wahai fulan, juga demi hidupku', Atau seperti ucapan: 'kalau bukan kerana anjing ini, tentu kita didatangi pencuri pencuri itu', atau seperti ucapan: 'kalau bukan kerana angsa yang dirumah ini, tentu kita didatangi pencuri-pencuri tersebut', atau seperti ucapan seseorang kepada kawan-kawannya: 'ini terjadi kerana kehendak Allah dan kehendakmu', atau seperti ucapan seseorang: 'kalaulah bukan kerana Allah dan fulan'.
Oleh kerana itu, janganlah anda menyertakan "si fulan" dalam ucapan-ucapan diatas, kerana boleh menjatuhkan anda kedalam kemusyrikan." (HR. Ibnu Abi Hatim)
Diriwayatkan dari Umar bin Khaththab r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barang siapa yang bersumpah dengan menyebut selain Allah, maka ia telah berbuat kekafiran atau kemusyrikan" (HR. Turmudzi, dan ia nyatakan sebagai hadis hasan, dan dinyatakan oleh Al Hakim shoheh).
Dan Ibnu Mas'ud r.a. berkata:
"sungguh bersumpah bohong dengan menyebut nama Allah, lebih Aku sukai daripada bersumpah jujur tetapi dengan menyebut nama selainNya."
Diriwayatkan dari Hudzaifah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Janganlah kalian mengatakan: 'atas kehendak Allah dan kehendak si fulan', tapi katakanlah: 'atas kehendak Allah kemudian atas kehendak si fulan'." (HR. Abu Daud dengan sanad yang baik).
Diriwayatkan dari Ibrahim An Nakha'i bahawa ia melarang ucapan: "Aku berlindung kepada Allah dan kepadamu", tetapi ia memperbolehkan ucapan: "Aku berlindung kepada Allah, kemudian kepadamu", serta ucapan: 'kalau bukan kerana Allah kemudian kerana si fulan', dan ia tidak memperbolehkan ucapan: 'kalau bukan kerana Allah dan kerana fulan'.
Kandungan bab ini:
1-Penjelasan tentang maksud "membuat sekutu untuk Allah".
2-Penjelasan para sahabat bahawa ayat-ayat yang diturunkan oleh Allah yang berkaitan dengan syirik akbar itu mencakup juga tentang syirik ashghor (kecil).
3-Bersumpah dengan menyebut nama selain Allah adalah syirik.
4-Bersumpah menggunakan nama selain Allah walaupun dalam kebenaran, itu lebih besar dosanya daripada sumpah palsu dengan menggunakan nama Allah.
5-Ada perbezaan yang jelas sekali antara () yang bererti " dan " dengan () yang bererti " kemudian".

Tidak ada komentar:

Posting Komentar