Senin, 15 Desember 2008

Bab 45: Barang Siapa Mencaci Masa Maka Dia Telah Menyakiti Allah

Firman Allah s.w.t.:
“Dan berkata mereka: 'Kehidupan ini tidak lain hanyalah kehidupan di dunia saja, kita mati dan hidup, dan tidak ada yang membinasakan kita kecuali masa, dan mereka sekali kali tidak mempunyai pengetahuan tentang itu, mereka tidak lain hanyalah menduga-duga saja.” (QS. Al Jatsiah, 24).
Diriwayatkan dalam shoheh Bukhori dan Muslim dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Allah s.w.t. berfirman: "Anak adam (manusia) menyakiti Aku, mereka mencaci masa, padahal Aku adalah pemilik dan pengatur masa, Akulah yang menjadikan malam dan siang silih berganti". Dan dalam riwayat yang lain dikatakan: "janganlah kalian mencaci masa, kerana Allah s.w.t. adalah Pemilik dan Pengatur masa." [103].
Kandungan bab ini:
1-Larangan mencaci masa.
2-Mencaci masa bererti menyakiti Allah s.w.t..
3-Perlu renungan akan sabda Nabi s.a.w.: "Kerana Allah sesungguhnya adalah Pemilik dan Pengatur masa" [104].
4-Mencaci mungkin saja dilakukan seseorang, meskipun ia tidak bermaksud demikian dalam hatinya.
_____________________________________
Catatan Kaki:
[103] Orang-orang Jahiliyah, kalau mereka tertimpa suatu musibah, bencana atau mala petaka, mereka mencaci masa. Maka Allah melarang hal tersebut, kerana yang menciptakan dan mengatur masa adalah Allah Yang Maha Esa. Sedangkan menghina pekerjaan seseorang bererti menghina orang yang melakukannya. Dengan demikian, mencaci masa bererti mencela dan menyakiti Allah sebagai Pencipta dan Pengatur masa.
[104] Sabda beliau itu menunjukkan bahawa segala sesuatu yang terjadi di alam semesta ini adalah dengan takdir Allah, kerana itu wajib bagi seorang muslim untuk beriman dengan qadha dan qadar, yang baik mahupun yang buruk, yang manis mahupun yang pahit.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar