Senin, 15 Desember 2008

Bab 60: Mengingkari Qodar (Ketentuan Allah Ta'ala)

mar r.a. berkata: "Demi Allah yang jiwa Ibnu Umar berada di tanganNya, seandainya salah seorang memiliki emas sebesar gunung Uhud, lalu dia infakkan di jalan Allah, niscaya Allah tidak akan menerimanya, sebelum ia beriman kepada qadar (ketentuan Allah)", dan Ibnu Umar menyitir sabda Rasulullah s.a.w.:
"Iman iaitu hendaklah engkau beriman kepada Allah, Malaikat MalaikatNya, kitab-kitabNya, Rasul-rasulNya, hari akhir, dan beriman kepada Qodar baik dan buruknya " (HR. Muslim).
Diriwayatkan bahawa Ubadah Ibnu Shomit r.a. berkata kepada anaknya: "Hai anakku, sungguh kamu tidak akan dapat merasakan lazatnya iman sebelum kamu meyakini bahawa apa yang telah ditakdirkan menimpa dirimu pasti tidak akan meleset, dan apa yang telah ditakdirkan tidak menimpa dirimu pasti tidak akan menimpamu, aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya pertama kali yang diciptakan Allah adalah pena, kemudian Allah berfirman kepadanya: " tulislah", maka pena itu menjawab: Ya Tuhanku, apa yang mesti aku tulis?, Allah berfirman: "Tulislah ketentuan segala sesuatu sampai datang hari kiamat".
hai anakku, aku juga telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barang siapa yang meninggal dunia tidak dalam keyakinan seperti ini, maka ia tidak tergolong ummatku".
Dan dalam riwayat Imam Ahmad disebutkan:
"Sesungguhnya pertama kali yang diciptakan Allah s.w.t. adalah pena, kemudian Allah berfirman kepadanya: "tulislah !", maka ditulislah apa yang terjadi sampai hari kiamat".
Diriwayatkan oleh Ibnu Wahb bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Maka barang siapa yang tidak beriman kepada qadar (ketentuan Allah) baik dan buruknya, maka Allah pasti akan membakarnya dengan api neraka".
Diriwayatkan dalam Musnad dan Sunan[118], dari Ibnu Dailami ia berkata: "Aku datang kepada Ubay bin Kaab, kemudian aku katakan kepadanya: 'Ada sesuatu keraguan dalam hatiku tentang masalah qadar, maka ceritakanlah kepadaku tentang suatu hadis, dengan harapan semoga Allah s.w.t. menghilangkan keraguan itu dari hatiku", maka ia berkata:
"Seandainya kamu menginfakkan emas sebesar gunung uhud, Allah tidak akan menerimanya darimu, sebelum kamu beriman kepada qadar, dan kamu meyakini bahawa apa yang telah ditakdirkan mengenai dirimu pasti tidak akan meleset, dan apa yang telah ditakdirkan tidak mengenai dirimu pasti tidak akan menimpamu, dan jika kamu mati tidak dalam keyakinan seperti ini, pasti kamu menjadi penghuni neraka.
Kata Ibnu Dailami selanjutnya: "Lalu aku mendatangi Abdullah bin Mas'ud, Hudzaifah bin Yaman dan Zaid bin Tsabit, semuanya mengucapkan kepadaku hadis yang sama dengan sabda Nabi Muhammad s.a.w. di atas." (HR. Al Hakim dan dinyatakan shoheh).
Kandungan bab ini:
1-Keterangan tentang kewajipan beriman kepada qadar.
2-Keterangan tentang cara beriman kepada qadar.
3-Amal Ibadah seseorang sia-sia, jika tidak beriman kepada qadar.
4-Disebutkan bahawa seseorang tidak akan merasakan iman sebelum ia beriman kepada qadar.
5-Penjelasan bahawa makhluk pertama yang diciptakan Allah iaitu pena.
6-Diberitahukan dalam hadis bahawa - dengan perintah dari Allah - menulis ketentuan ketentuan sampai hari kiamat.
7-Rasulullah s.a.w. menyatakan bahawa dirinya lepas dari orang yang tidak beriman kepada qadar.
8-Tradisi para ulama salaf dalam menghilangkan keraguan, iaitu dengan bertanya kepada ulama.
9-Dan para ulama salaf memberikan jawapan yang dapat menghilangkan keraguannya tersebut, dengan hanya menuturkan hadis dari Rasulullah s.a.w..
_____________________________________
Catatan Kaki:
[118] Musnad di sini maksudnya adalah kitab dikoleksi hadis yang disusun oleh Imam Ahmad. Dan sunan maksudnya ialah kitab koleksi hadis yang disusun oleh Abu dawud dan Ibnu majah.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar