Senin, 15 Desember 2008

DAFTAR ISTILAH

dh-h = 'Idhah : sihir, dusta, tindakan mengadu domba, menghasut dan memfitnah.
'Adhih (ism fa'il) : Tukang sihir.
'Adwa : Penjangkitan atau penularan penyakit.
'Ain : Pengaruh jahat yang disebabkan oleh rasa dengki seseorang melalui matanya, kena mata.
'Alaihissalam : Semoga salam sejahtera senantiasa dilimpahkan (Allah) kepadanya.
Allah akbar : Allah Maha besar.
Atsar : ada dua pengertian:
1-hadis
2-perkataan atau perbuatan yang dinisbatkan kepada sahabat atau tabi'in.
'Azimah : Lihat ruqyah.
'Azza wa Jalla : Maha Mulia dan Maha Agung.
Barzakh : Alam ghaib setelah manusia meninggal dunia sampai hari kiamat, atau alam kubur.
Dinar : nama satuan wang, pada zaman Rasulullah s.a.w. yang terbuat dari emas.
Dirham: nama satuan wang, pada zaman Rasaulullah s.a.w. yang lebih kecil nilainya daripada dinar, yang terbuat dari perak.
Fai': harta yang diperoleh kaum muslimin dari musuh tanpa melalui peperangan, kerana ditinggal lari oleh pemiliknya.
Fa'l: perasaan optimis; harapan bernasib baik dan sukses.
Ghanimah : harta yang diambil alih oleh kaum muslimin dari musuh mereka ketika dalam peperangan; rampasan perang.
Ghaul: hantu (gendruwo), salah satu jenis jin.
Hadis: petunjuk dan tradisi yang diajarkan Rasalullah s.a.w. melalui sabda, sikap, perbuatan dan persetujuan beliau; sesuatu yang dinisbatkan kepada Nabi s.a.w., baik berupa perkataan, perbuatan, sikap, atau persetujuan.
Hamah: burung hantu.
Hasan: hadis yang tingkatannya di bawah hadis shaheh, kerana daya hafal atau kecermatan dan ketelitian orang yang meriwayatkannya masih kurang, tetapi bila banyak atau ada berbagai jalan dalam meriwayatkannya maka hadis tersebut meningkat menjadi shaheh.
Ibadah: penghambaan diri kepada Allah s.w.t. dengan mentaati segala perintahNya, dan menjauhi segala laranganNya, sebagaimana yang telah diajarkan Rasulullah s.a.w., disertai dengan penuh rasa kerendahan hati dan penuh rasa cinta.
Iman: ucapan hati dan lisan yang disertai dengan perbuatan, diiringi dengan ketulusan niat kerana Allah, dan dilandasi dengan berpegang teguh kepada sunnah Rasulullah s.a.w..
Isnad: salasilah orang-orang yang meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w..
Istinja': bersuci atau membersihkan diri setelah buang hajat kecil atau besar.
Iyafah: meramal nasib baik dengan menerbangkan burung, apabila terbang ke arah kanan bererti ada alamat baik. Sedang bezanya dengan thiyarah adalah kalau thiyarah itu meramal nasib buruk, atau merasa bernasib sial dengan melihat burung, haiwan atau lainnya.
Jahiliyah : kebodohan, iaitu suatu zaman yang ciri utamanya ialah mengagungkan selain Allah dengan disembah, dipuja, dipatuhi dan ditaati; ciri lainnya kebobrokan mental dan kerosakan akhlak, seperti zaman sebelum Islam.
Ja'iz: mubah; tidak dilarang dan tidak pula dianjurkan.
Jayyid: suatu tingkatan sanad di atas hasan.
Jibt: sihir; sebutan yang boleh digunakan untuk sihir, tukang sihir, tukang ramal, dukun, berhala dan yang sejenisnya.
Jizyah: semacam pajak yang dipungut dari orang orang non muslim yang mampu lagi dewasa, sebagai ganti daripada zakat yang dipungut dari orang-orang Islam, atas segala perlindungan dan ketentraman yang diberikan oleh kaum muslimin.
Al Khalil: kekasih mulia, tingkatannya lebih tinggi daripada habib (kekasih).
Khamilah : pakaian yang berbulu atau berbeludru; pakaian tersebut terbuat dari wool.
Khamisah : pakaian yang terbuat dari dari wool atau sutera dengan sulaman yang indah lagi menarik.
Kunyah (baca: kun-yah) : nama panggilan untuk kehormatan, seperti: Abu al - Abbas, Abu Abdillah, Abu Ahmad, dll. Biasanya diambil dari nama anak yang pertama.
Makruh: sesuatu yang apabila dikerjakan kurang baik, tetapi apabila ditinggalkan akan mendapat pahala.
Marfu': hadis yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w.; sesuatu yang dinisbatkan kepada Rasulullah s.a.w. baik itu berupa ucapan, perbuatan, sikap atau persetujuan, meskipun yang menisbatkan itu seorang sahabat atau tabi'in.
Mauquf: sesuatu yang dinisbatkan kepada seorang sahabat, baik itu berupa ucapan, perbuatan atau persetujuan; perkataan yang diucapkan seorang sahabat atau perbuatan yang dilakukannya atau persetujuannya terhadap apa yang dilakukan seorang tabi'in.
Mufti: orang yang memberikan fatwa atau petunjuk atas suatu masalah.
Nazar: Ungkapan seseorang dengan ucapan bahawa ia akan melakukan sesuatu untuk Alloh jika tercapainya sesuatu baginya
Nau': bintang; erti asalnya: tenggelamnya atau terbitnya suatu bintang.
Nusyrah: tindakan untuk menyembuhkan atau mengubati orang yang terkena sihir dengan mantera atau jampi.
Qadha = qadar: ketetapan ilahi, ertinya bahawa segala sesuatu yang terjadi di alam semesta ini diketahui, dicatat, dikehendaki dan diciptakan oleh Allah s.w.t..
Qunut: membaca doa dalam shalat, dilakukan sebelum ruku' atau sesudahnya pada rakaat terakhir, terutama pada waktu nazilah (dalam keadaan ada bahaya).
Radhiyallahu 'anhu; 'anha; 'anhuma : semoga Allah senantiasa melimpahkan keridhaan kepadanya (laki-laki; wanita; mereka berdua).
Risywah : sogokan; wang semir; wang pelicin.
Riya': melakukan suatu amal dengan cara tertentu supaya diperhatikan orang lain dan dipujinya; contohnya: seseorang melakukan shalat, lalu memperindah shalatnya ketika dia mengetahui ada orang lain yang memperhatikannya.
Ruqyah: usaha penyembuhan suatu penyakit dengan pembacaan ayat-ayat Al Qur'an, doa-doa, atau mantera-mantera.
Sakrat al maut : rasa pedih dan sakit yang dirasakan seseorang ketika dicabut nyawanya; sekarat.
Sanad: lihat Isnad.
Shafar: bulan kedua dalam tahun hijriyah, iaitu bulan sesudah bulan bulan muharram.
Sahih: hadis yang diriwayatkan secara bersinambung oleh orang-orang yang terpercaya (prilaku, daya hafal dan kecermatannya) mulai dari awal sanad sampai yang terakhir, bebas dari suatu keganjilan atau sebab yang menjadikan hadis tersebut lemah.
Shallallahu 'alaihi wasallam : semoga Allah senantiasa melimpahkan shalawat dan salam sejahtera kepada beliau.
Subhanahu wa ta'ala : Maha suci Allah dan Maha tinggi.
Subhanallah: Maha suci Allah.
Syahadat : persaksian dengan hati dan lisan bahawa "Tiada sembahan yang hak selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah", dengan mengerti maknanya dan mengamalkan apa yang menjadi petunjuknya, baik zhahir mahupun batin.
Syafaat: perantaraan, iaitu perantaraan yang akan dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. kepada Allah s.w.t., dan hal itu dengan seizinNya, untuk meringankan beban umat manusia ketika di padang mahsyar (pada hari kiamat) dan inilah yang dinamakan syafaat al kubra (terbesar) atau disebut juga al Maqam al mahmud; untuk memasukkan ke dalam syurga bagi mereka yang berhak mendapatkan syurga; untuk tidak memasukkan ke neraka bagi ahli tauhid dari umatnya yang berdosa yang semestinya masuk neraka; untuk mengeluarkan dari neraka orang orang ahli tauhid yang berdosa yang sudah masuk neraka; untuk menambahkan pahala dan meningkatkan derjat bagi orang-orang penghuni syurga; dan perantaraan kepada Allah untuk meringankan siksa bagi sebahagian orang kafir dan ini khusus untuk paman beliau Abu Thalib.
Ta'ala: Maha Tinggi.
Ta'awwudz: meminta perlindungan kepada Allah engan mengucapkan A'udzu billah min …" (aku berlindung kepada Allah dari …)
Tahmid: memuji Allah ta'ala dengan mengucapkan "Alhamdulillah" (segala puji hanya milik Allah).
Tahrif: menyelewengkan suatu nash dari Al Qur'an atau Hadis dengan merubah lafazhnya atau membelokkan maknanya dari makna yang sebenarnya.
Takbir: mengagungkan Allah dengan mengatakan "Allah Akbar" (Allah Maha besar).
Takyif: mempertanyakan bagaimana sifat Allah itu; atau menentukan bahawa hakikat sifat Allah itu begini atau begitu.
Tamimah : sesuatu yang dikalungkan di leher anak-anak sebagai penangkal atau pengusir penyakit, pengaruh jahat yang disebabkan dari rasa dengki seseorang, dsb. Dan termasuk dalam hal ini apa yang dinamakan dengan haikal.
Tamtsil : menyerupakan sifat Allah dengan sifat makhlukNya.
Tathayyur : berfirasat buruk; merasa bernasib sial; atau meramal nasib buruk kerana melihat burung, binatang lain, atau apa saja.
Ta'thil: mengingkari seluruh atau sebahagian sifat-sifat Allah. Sedang perbezaannya dengan tahrif, bahawa ta'thil tidak mengakui makna sebenarnya yang terkandung oleh suatu nash dari Al Qur'an atau Al Hadis. Adapun tahrif ialah merubah lafadznya atau memberikan tafsiran yang menyimpang dari makna sebenarnya yang dikandung oleh nash tersebut. Lihat tahrif.
Ta'wil: ada tiga pengertian:
1-hakikat atau kenyataan yang sebenarnya dari sesuatu perkataan atau berita. Seperti kata kata ta'wil yang tersebut dalam Al Qur'an 7: 3, 53: 7, 39: 10, dan sebagainya.
2-penafsiran, seperti kata kata para ahli tafsir: "ta'wil dari firman Allah …", ertinya: penafsiran dari firman Allah…
3-penyimpangan suatu kata dari makna yang sebenarnya ke makna yang lain. Dan inilah yang dimaksud dengan ta'wil yang sering disebutkan dalam pembahasan teologis.
Tiwalah: guna-guna; sesuatu yang dibuat untuk supaya suami mencintai isterinya atau sebaliknya.
Thaghut : setiap sesuatu yang diagungkan - selain Allah - dengan disembah, atau ditaati, atau dipatuhi, baik yang diagungkan itu batu, manusia, atau syaitan.
Tharq: meramal dengan membuat garis di atas tanah. Caranya antara lain, seperti yang dilakukan orang-orang Jahiliyah, iaitu: dengan membuat garis-garis yang banyak secara acak (sembarangan), lalu dihapus dua dua, apabila yang tersisa dua garis itu tandanya akan sukses atau bernasib baik, tetapi apabila tinggal satu garis saja itu tandanya akan gagal atau bernasib sial.
Ulama: Ilmuwan; secara khusus: orang ahli dalam bidang agama Islam.
Umara': pemimpin; penguasa.
Wada'ah : sesuatu yang diambil dari laut, menyerupai rumah kerang, menurut anggapan orang-orang Jahiliyah boleh digunakan sebagai penangkal penyakit.

Bab 67: Keagungan Dan Kekuasaan Allah S.W.T.

man Allah s.w.t.:
“Dan mereka (orang-orang musyrik) tidak mengagung agungkan Allah dengan pengagungan yang sebenar-benarnya, padahal bumi seluruhnya dalam genggamanNya pada hari kiamat, dan semua langit digulung dengan tangan kananNya. Maha Suci dan Maha Tinggi Allah dari segala perbuatan syirik mereka.” (QS. Az zumar 67).
Ibnu Mas'ud r.a. berkata: "Salah seorang pendeta yahudi datang kepada Rasulullah s.a.w. seraya berkata:
"Wahai Muhammad, sesungguhnya kami dapati (dalam kitab suci kami) bahawa Allah akan meletakkan langit di atas satu jari, pohon pohon di atas satu jari, air di atas satu jari, tanah di atas satu jari, dan seluruh makhluk di atas satu jari, kemudian Allah berfirman: "Akulah Penguasa (raja)", maka Rasulullah s.a.w. tertawa sampai nampak gigi seri beliau, kerana membenarkan ucapan pendeta yahudi itu, kemudian beliau membacakan firman Allah:
“Dan mereka (orang-orang musyrik) tidak mengagung-agungkan Allah dengan pengagungan yang sebenar-benarnya, padahal bumi seluruhnya dalam genggamanNya pada hari kiamat” (QS. Az zumar 67).
Dan dalam riwayat Imam Muslim terdapat tambahan:
" … gunung-gunung dan pohon-pohon di atas satu jari, kemudian digoncangkannya seraya berfirman: "Akulah penguasa, Akulah Allah."
dan dalam riwayat Imam Bukhori dikatakan:
"… Allah letakkan semua langit di atas satu jari, air serta tanah di atas satu jari, dan seluruh makhluk di atas satu jari." (HR. Bukhori dan Muslim)
Imam Muslim meriwayatkan dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Allah akan menggulung seluruh lapisan langit pada hari kiamat, lalu diambil dengan tangan kananNya, dan berfirman: "Akulah penguasa, mana orang-orang yang berlaku lalim? mana orang orang yang sombong?, kemudian Allah menggulung ketujuh lapis bumi, lalu diambil dengan tangan kiriNya dan berfirman: "Aku lah Penguasa, mana orang-orang yang berlaku lalim?, mana orang-orang yang sombong?".
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a., ia berkata:
"Tidaklah langit tujuh dan bumi tujuh di Telapak Tangan Allah Ar Rahman, kecuali bagaikan sebutir biji sawi diletakkan di telapak tangan seseorang diantara kalian".
Ibnu Jarir berkata: "Yunus meriwayatkan kepadaku dari Ibnu Wahb, dari Ibnu Zaid, dari bapanya (Zaid bin Aslam), ia berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Ketujuh langit berada di Kursi, tiada lain hanyalah bagaikan tujuh keping dirham yang diletakkan di atas perisai ".
kemudian Ibnu Jarir berkata: "Dan Abu Dzar r.a. berkata: 'Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Kursi yang berada di Arsy tiada lain hanyalah bagaikan sebuah gelang besi yang dibuang ditengah tengah padang pasir ".
Diriwayatkan dari Ibnu Mas'ud r.a. bahawa ia berkata:
"Antara langit yang paling bawah dengan yang berikutnya jaraknya 500 tahun, dan antara setiap langit jaraknya 500 tahun, antara langit yang ketujuh dan Kursi jaraknya 500 tahun, antara Kursi dan samudra air jaraknya 500 tahun, sedang Arsy itu berada di atas samudra air itu, dan Allah s.w.t. berada di atas Arsy, tidak tersembunyi bagi Allah suatu apapun dari perbuatan kalian." (HR. Ibnu Mahdi dari Hamad bin Salamah, dari Aisyah, dari Zarr, dari Abdullah bin Mas'ud)
Atsar ini diriwayatkan dari berbagai macam jalan (jalur sanad), demikian yang dikatakan oleh imam Ad Dzahabi.
Al Abbas bin Abdul Mutholib r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Tahukah kalian berapa jarak antara langit dan bumi? ", kami menjawab: "Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui", beliau bersabda: "Antara langit dan bumi itu jaraknya perjalanan 500 tahun, dan antara langit yang satu dengan yang lain jaraknya perjalanan 500 tahun, sedangkan tebalnya setiap langit adalah perjalanan 500 tahun, antara langit yang ketujuh dengan Arsy ada samudra, dan antara dasar samudra dengan permukaanya seperti jarak antara langit dengan bumi, dan Allah s.w.t. di atas itu semua, dan tiada yang tersembunyi bagiNya sesuatu apapun dari perbuatan anak keturunan Adam" (HR. Abu Daud dan ahli hadis yang lain).
Kandungan bab ini:
1-Penjelasan tentang ayat yang tersebut di atas[123].
2-Pengetahuan tentang sifat-sifat Allah s.w.t., sebagaimana yang terkandung dalam hadis pertama, masih dikenal dikalangan orang-orang yahudi yang hidup pada masa Rasulullah s.a.w., mereka tidak mengingkarinya dan tidak menafsirkannya dengan penafsiran yang menyimpang dari kebenaran.
3-Ketika pendeta Yahudi menyebutkan tentang pengetahuan tersebut kepada Rasulullah s.a.w., beliau membenarkannya, dan turunlah ayat Al Qur'an menegaskannya.
4-Rasulullah s.a.w. tersenyum ketika mendengar pengetahuan yang agung ini disebutkan oleh pendeta yahudi.
5-Disebutkan dengan tegas dalam hadis ini adanya dua tangan bagi Allah, dan bahawa seluruh langit itu diletakkan di tangan kananNya, dan seluruh bumi diletakkan di tangan yang lain pada hari kiamat.
6-Dinyatakan dalam hadis bahawa tangan yang lain itu adalah tangan kiriNya.
7-Disebutkan dalam hadis keadaan orang-orang yang berlaku lalim, dan berlaku sombong pada hari kiamat.
8-Dijelaskan bahawa seluruh langit dan bumi ditelapak tangan Allah itu bagaikan sebutir biji sawi yang diletakkan di tangan seseorang.
9-Kursi itu lebih besar dari pada langit.
10-Arsy itu lebih besar dari pada Kursi.
11-Arsy itu bukanlah Kursi, dan bukanlah samudra air.
12-Jarak antara langit yang satu dengan langit yang lainnya perjalanan 500 tahun.
13-Jarak antara langit yang ketujuh dengan Kursi perjalanan 500 tahun.
14-Jarak antara Kursi dan samudra perjalanan 500 tahun.
15-Arsy sebagaimana dinyatakan dalam hadis, berada di atas samudra tersebut.
16-Allah s.w.t. berada di atas Arsy.
17-Jarak antara langit dan bumi itu perjalanan 500 tahun.
18-Tebal masing-masing langit itu perjalanan 500 tahun.
19-Samudra yang berada di atas seluruh langit itu, antara dasar dengan permukaannya, jauhnya perjalanan 500 tahun, dan hanya Allah lah yang maha mengetahui.
Segala Puji hanya milik Allah semata, Rabb sekalian alam, semoga sholawat serta salam senantiasa dilimpahkan kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w., keluarganya serta para sahabatnya.
_____________________________________
Catatan Kaki:
[123] Ayat ini menunjukkan keagungan dan kebesaran Allah s.w.t., dan kecilNya seluruh makhluk dibandingkan dengan Nya; menunjukkan pula bahawa siapa yang berbuat syirik, bererti tidak mengagungkan Allah dengan pengagungan yang sebenar benarnya.




“Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.”
[Qur’an, Surah Al-An’aam 6: 82]

Bab 66: Upaya Rasulullah S.A.W. Dalam Menjaga Kemurnian Tauhid, Dan Menutup Semua Jalan Yang Menuju KepadaKemusyrikan

llah bin Asy Syikhkhir r.a. berkata: "Ketika aku ikut pergi bersama suatu delegasi Bani Amir menemui Rasulullah s.a.w., kami berkata:
"Engkau adalah sayyiduna (tuan kami), maka beliau bersabda: "Sayyid (Tuan) yang sebenarnya adalah Allah s.w.t.", kemudian kami berkata: 'Engkau adalah yang paling utama dan paling agung kebaikannya di antara kita. Beliau bersabda: "Ucapkanlah semua atau sebagaian kata-kata yang wajar bagi kalian, dan janganlah kalian terseret oleh syaitan" (HR. Abu Daud dengan sanad yang shoheh).
Dikatakan oleh Anas bin Malik r.a. bahawa ada sebahagian orang berkata:
"Ya Rasulullah, wahai orang yang paling baik di antara kami, dan putera orang yang terbaik diantara kami, wahai tuan kami dan putera tuan kami", maka Rasulullah s.a.w. bersabda: "Saudara-saudara sekalian ! ucapkanlah kata-kata yang wajar saja bagi kamu sekalian, dan janganlah sekali-kali kalian terbujuk oleh syaitan. Aku adalah Muhammad, hamba Allah dan utusanNya, aku tidak senang kalian mengagungkanku melebihi kedudukanku yang telah diberikan kepadaku oleh Allah s.w.t.." (HR. An Nasai dengan sanad yang jayyid)
Kandungan bab ini:
1-Peringatan kepada para sahabat agar tidak bersikap berlebih lebihan terhadap beliau[122].
2-Orang yang dipanggil dengan panggilan "Engkau adalah tuan kami" hendaknya ia menjawab: "Tuan yang sebenarnya adalah Allah.
3-Rasulullah s.a.w. memperingatkan kepada para sahabat agar tidak terseret dan terbujuk oleh syaitan, padahal mereka tidak mengatakan kecuali yang sebenarnya.
4-Rasulullah s.a.w. (tidak menginginkan sanjungan dari para sahabat yang diatas kedudukan yang sebenarnya), dengan sabdanya: "Aku tidak senang kamu sekalian mengangkatku melebihi kedudukan (yang sebenarnya) yang telah diberikan kepadaku oleh Allah s.w.t.."
_____________________________________
Catatan Kaki:
[122] Bab ini menunjukkan bahawa tauhid tidak akan sempurna dan murni, kecuali dengan menghindarkan diri dari setiap ucapan yang menjurus kepda perlakuan yang berlebih lebihan terhadap makhluk, kerana dikhuwatirkan akan menyeret ke dalam kemusyrikan.

Bab 65: Larangan Menjadikan Allah Sebagai Perantara Kepada Makhluknya

riwayatkan dari Jubair bin Mut'im r.a. bahawa ada seorang badui datang kepada Rasulullah s.a.w. dengan mengatakan: "Ya Rasulullah, orang orang pada kehabisan tenaga, anak isteri kelaparan, dan harta benda pada musnah, maka mintalah siraman hujan untuk kami kapada Rabbmu, sungguh kami menjadikan Allah sebagai perantara kepadamu, dan kami menjadikanmu sebagai peranatara kepada Allah". Maka Nabi bersabda:
"Maha suci Allah, maha suci Allah" - beliau masih terus bertasbih sampai nampak pada wajah para sahabat (perasaan takut kerana kamaranhan beliau), kemudian beliau bersabda: " Kasihanilah dirimu, tahukah kalian siapa Allah itu? sungguh kedudukan Allah s.w.t. itu jauh lebih Agung dari pada yang demikian itu, sesungguhnya tidak dibenarkan Allah dijadikan sebagai perantara kepada siapapun dari makhlukNya." (HR. Abu Daud).
Kandungan bab ini:
1-Rasulullah s.a.w. mengingkari seseorang yang mengatakan: "Kami menjadikan Allah sebagai perantara kepadamu."
2-Rasulullah s.a.w. marah sekali ketika mendengar ucapan ini, dan bertasbih berkali kali, sehingga para sahabat merasa takut.
3-Rasulullah s.a.w. tidak mengingkari ucapan badui "kami menjadikanmu sebagai perantara kepada Allah".
4-Penjelasan tentang makna sabda Rasul "Subhanallah" [yang ertinya: Maha Suci Allah].
5-Kaum muslimin menjadikan Rasulullah sebagai perantara [pada masa hidupnya] untuk memohon [kepada Allah s.w.t.] siraman hujan.

Bab 64: Larangan Bersumpah Mendahului Allah

dub bin Abdullah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Ada seorang laki-laki berkata: "Demi Allah, Allah tidak akan mengampuni si fulan, maka Allah s.w.t. berfirman: "siapa yang bersumpah mendahuluiKu, bahawa aku tidak mengampuni sifulan? sungguh Aku telah mengampuniNya dan Aku telah menghapuskan amalmu" (HR. Muslim).
Dan disebutkan dalam hadis riwayat Abi Hurairah r.a. bahawa orang yang bersumpah demikian itu adalah orang yang ahli ibadah. Abu Hurairah berkata: "Ia telah mengucapkan suatu ucapan yang menghancurkan dunia dan akhiratnya." (HR. Ahmad dan Abu Dawud)
Kandungan bab ini:
1-Peringatan untuk tidak bersumpah mendahului Allah.
2-Hadis di atas menunjukkan bahawa neraka itu lebih dekat kepada seseorang dari pada tali sendal jepitnya.
3-Begitu juga syurga.
4-Buktinya adalah apa yang telah dikatakan oleh Abu Hurairah di atas: "Ia telah mengucapkan perkataan yang membinasakan dunia dan akhiratNya".
5-Kadang-kadang seseorang mendapatkan ampunan dari Allah disebabkan kerana adanya sesuatu yang ia benci.

Bab 63: Perjanjian Dengan Allah Dan Nabinya

rman Allah s.w.t.:
“Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji, dan janganlah kamu membatalkan sumpah-sumpah (mu) itu sesudah mengukuhkannya, sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai saksimu (terhadap sumpah-sumpah itu). Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu perbuat.” (QS. An nahl, 91).
Buraidah r.a. berkata: "Apabila Rasulullah s.a.w. mengangkat komandan pasukan perang atau batalyon, beliau menyampaikan pesanan kepadanya agar selalu bertakwa kepada Allah, dan berlaku baik kepada kaum muslimin yang bersamanya, kemudian beliau bersabda:
"Seranglah mereka dengan "Asma' Allah, demi di jalan Allah), perangilah orang-orang yang kafir kepada Allah, seranglah dan janganlah kamu menggelapkan harta rampasan perang, jangan menghianati perjanjian, jangan mencincang korban yang terbunuh, dan jangan membunuh anak-anak. Apabila kamu menjumpai musuh musuhmu dari kalangan orang-orang musyrik, maka ajaklah mereka kepada tiga hal: mana saja yang mereka setujui, maka terimalah dan hentikanlah penyerangan terhadap mereka.
Ajaklah mereka kepada agama islam; jika mereka menerima maka terimalah mereka, kemudian ajaklah mereka berhijrah dari daerah mereka ke daerah orang-orang muhajirin, dan beritahu mereka jika mereka mahu melakukannya maka bagi mereka hak dan kewajipan sama seperti hak dan kewajipan orang-orang muhajirin,
Tetapi, jika mereka menolak untuk berhijrah dari daerah mereka, maka beritahu mereka, bahawa mereka akan mendapat perlakuan seperti orang-orang badui dari kalangan Islam, berlaku bagi mereka hukum Allah, tetapi mereka tidak mendapatkan bahagian dari hasil rampasan perang dan fai, kecuali jika mereka mahu bergabung untuk berjihad dijalan Allah bersama orang-orang Islam.
Dan jika mereka menolak hal tersebut, maka mintalah dari mereka jizyah[121] , kalau mereka menerima maka terimalah dan hentikan penyerangan terhadap mereka. Tetapi jika semua itu ditolak maka mohonlah pertolongan kepada Allah dan perangilah mereka.
Dan jika kamu telah mengepung kubu pertahanan mereka, kemudian mereka menghendaki darimu agar kamu membuat untuk mereka perjanjian Allah dan RasulNya, maka janganlah kamu buatkan untuk mereka perjanjian Allah dan RasulNya, akan tetapi buatlah untuk mereka perjanjian dirimu sendiri dan perjanjian sahabat-sahabatmu, kerana sesungguhnya melanggar perjanjianmu sendiri dan sahabat sahabatmu itu lebih ringan resikonya dari pada melanggar perjanjian Allah dan RasulNya.
Dan jika kamu telah mengepung kubu pertahanan musuhmu, kemudian mereka menghendaki agar kamu mengeluarkan mereka atas dasar hukum Allah, maka janganlah kamu mengeluarkan mereka atas dasar hukum Allah, tetapi keluarkanlah mereka atas dasar hukum yang kamu ijtihadkan, kerana sesungguhnya kamu tidak mengetahui apakah tindakanmu sesuai dengan hukum Allah atau tidak" (HR. Muslim).
Kandungan bab ini:
1-Perbezaan antara perjanjian Allah dan perjanjian NabiNya dengan perjanjian kaum muslimin.
2-Petunjuk Rasulullah s.a.w. untuk memilih salah satu pilihan yang paling ringan resikonya dari dua pilihan yang ada.
3-Etika dalam berjihad, iaitu supaya menyeru dengan mengucapkan " bismillah fi sabilillah".
4-Perintah untuk memerangi orang-orang yang kafir kepada Allah.
5-Perintah untuk senantiasa memohon pertolongan Allah dalam memerangi orang-orang kafir.
6-Perbezaan antara hukum Allah dan hukum hasil ijtihad para ulama.
7-Disyariatkan bagi seorang komandan dalam kondisi yang diperlukan seperti yang tersebut dalam hadis, untuk berijtihad dalam menentukan hukum tertentu, walaupun ia tidak tahu apakah ijtihadnya sesuai dengan hukum Allah atau tidak?.
_____________________________________
Catatan Kaki:
[121] jizyah adalah uang yang diambil dari orang-orang kafir sebagai tanda ketundukan mereka kepada negara Islam dan sebagai ganti perlindungan Negara Islam atas jiwa dan harta mereka (muroji')

Bab 62: Larangan Banyak Bersumpah

Firman Allah s.w.t.:
“Dan jagalah sumpahmu …” (QS. Al Maidah, 89).
Abu Hurairah r.a. berkata: "Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sumpah itu dapat melariskan barang dagangan namun dapat mengahapus keberkahan usaha." (HR. Bukhari dan Muslim).
Diriwayatkan dari Salman r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Tiga orang yang mereka itu tidak diajak bicara dan tidak disucikan oleh Allah (pada hari kiamat), dan mereka menerima adzab yang pedih, iaitu: orang yang sudah beruban (tua) yang berzina, orang miskin yang sombong, dan orang yang menjadikan Allah sebagai barang dagangannya, ia tidak membeli atau menjual kecuali dengan bersumpah" (HR. Thabrani dengan sanad yang shaheh).
Diriwayatkan dalam shoheh Bukhari dan Muslim dari Imran bin Husain r.a. ia berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sebaik-baik umatku adalah mereka yang hidup pada masaku, kemudian generasi berikutnya, kemudian generasi berikutnya lagi" - Imran berkata: "Aku tidak ingat lagi apakah Rasulullah s.a.w. menyebutkan generasi setelah masa beliau dua kali atau tiga?" - "Kemudian akan ada setelah masa kalian orang-orang yang memberikan kesaksian sebelum ia diminta, mereka berkhianat dan tidak dapat dipercaya, mereka bernazar tapi tidak memenuhi nazarnya, dan badan mereka tampak gemuk gemuk".
Diriwayatkan pula dalam shaheh Bukhari dan Muslim, dari Ibnu Mas'ud r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Sebaik-baik manusia adalah mereka yang hidup pada masaku, kemudian generasi yang datang berikutnya, kemudian generasi yang datang berikutnya lagi, kemudian akan datang orang-orang dimana diantara mereka kesaksianya mendahului sumpahnya, dan sumpahnya mendahului kesaksiannya".
Ibrahim (An Nakhoi) berkata: "Mereka memukuli kami kerana kesaksian atau sumpah (yang kami lakukan) ketika kami masih kecil".
Kandungan bab ini:
1-Adanya wasiat dari Allah untuk menjaga sumpah.
2-Penjelasan Rasulullah s.a.w. bahawa sumpah itu dapat melariskan barang dagangan, tapi ia juga dapat menghapus keberkahan usaha itu.
3-Ancaman berat bagi orang yang selalu bersumpah, baik ketika menjual atau membeli.
4-Peringatan bahawa dosa itu boleh menjadi besar walaupun faktor yang mendorong untuk melakukannya itu kecil [119] .
5-Larangan dan celaan bagi orang yang bersumpah tanpa diminta.
6-Pujian Rasulullah untuk ketiga generasi atau keempat generasi (sebagaimana tersebut dalam suatu hadis), dan memberitakan apa yang akan terjadi selanjutnya.
7-Larangan dan celaan bagi orang yang memberikan kesaksian tanpa diminta.
8-Orang-orang salaf (terdahulu) memukul anak anak kecil kerana memberikan kesaksian atau bersumpah[120].
_____________________________________
Catatan Kaki:
[119] Seperti orang yang sudah beruban (tua) yang berzina, atau orang melarat yang congkak, semestinya mereka tidak melakukan perbuatan dosa ini, kerana faktor yang mendorong mereka untuk berbuat demikian adalah lemah atau kecil.
[120] Hal tersebut dilakukan oleh orang-orang salaf untuk mendidik anak anak agar tidak gampang bersaksi dan menyatakan sumpah, yang akhirnya akan menjadi suatu kebiasaan; kalau sudah menjadi kebiasaan, dengan ringan ia akan bersaksi atau bersumpah sampai dalam masalah yang tidak patut baginya untuk bersumpah. Dan banyak bersumpah itu dilarang, kerana perbuatan ini menunjukkan suatu sikap meremehkan dan tidak mengagungkan nama Allah.

Bab 61: "Mushowwir" [Para Perupa Makhluk Yang Bernyawa]

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Allah s.w.t. berfirman: "Dan tiada seseorang yang lebih zalim dari pada orang yang bermaksud menciptakan ciptaan seperti ciptaanKu, oleh kerana itu. Maka cubalah mereka menciptakan seekor semut kecil, atau sebutir biji-bijian, atau sebutir biji gandum".
Diriwayatkan oleh Imam Bukhori dan Muslim dari Aisyah, RA bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Manusia yang paling pedih siksanya pada hari kiamat adalah orang-orang yang membuat penyerupaan dengan makhluk Allah s.w.t.".
Sebagaimana riwayat Bukhori dan Muslim dari Ibnu Abbas r.a. bahawa ia berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Setiap mushowwir (perupa) berada didalam neraka, dan setiap rupaka yang dibuatnya diberi nafas untuk menyiksa dirinya dalam neraka jahannam".
Imam Bukhori dan Muslim meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. dalam hadis yang marfu', Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barang siapa yang membuat rupaka di dunia, maka kelak (pada hari kiamat) ia akan dibebani untuk meniupkan ruh kedalam rupaka yang dibuatnya, namun ia tidak dapat meniupkannya".
Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Al Hayyaj, ia berkata: sesungguhnya Ali bin Abi Tholib r.a. berkata kepadaku:
"Mahukah kamu aku utus untuk suatu tugas sebagaimana Rasulullah s.a.w. mengutusku untuk tugas tersebut? iaitu: janganlah kamu biarkan ada sebuah rupaka tanpa kamu musnahkan, dan janganlah kamu biarkan ada sebuah kubur yang menonjol kecuali kamu ratakan."
Kandungan bab ini:
1-Ancaman berat bagi para perupa makhluk yang bernyawa.
2-Hal itu disebabkan kerana tidak berlaku sopan santun kepada Allah s.w.t., sebagaimana firman Allah s.w.t.: "Dan Tiada seseorang yang lebih dzolim dari pada orang yang menciptakan ciptaan seperti ciptaanKu".
3-Firman Allah: "Maka cubalah mereka ciptakan seekor semut kecil, atau sebutir biji bijian, atau sebutir biji gandum."menunjukkan adanya kekuasaan Allah, dan kelemahan manusia.
4-Ditegaskan dalam hadis bahawa para perupa adalah manusia yang peling pedih siksanya.
5-Allah akan membuat roh untuk setiap rupaka yang dibuat guna menyiksa perupa tersebut dalam neraka jahannam.
6-Perupa akan dibebani untuk meniupkan roh ke dalam rupaka yang dibuatnya.
7-Perintah untuk memusnahkan rupaka apabila menjumpainya.

Bab 60: Mengingkari Qodar (Ketentuan Allah Ta'ala)

mar r.a. berkata: "Demi Allah yang jiwa Ibnu Umar berada di tanganNya, seandainya salah seorang memiliki emas sebesar gunung Uhud, lalu dia infakkan di jalan Allah, niscaya Allah tidak akan menerimanya, sebelum ia beriman kepada qadar (ketentuan Allah)", dan Ibnu Umar menyitir sabda Rasulullah s.a.w.:
"Iman iaitu hendaklah engkau beriman kepada Allah, Malaikat MalaikatNya, kitab-kitabNya, Rasul-rasulNya, hari akhir, dan beriman kepada Qodar baik dan buruknya " (HR. Muslim).
Diriwayatkan bahawa Ubadah Ibnu Shomit r.a. berkata kepada anaknya: "Hai anakku, sungguh kamu tidak akan dapat merasakan lazatnya iman sebelum kamu meyakini bahawa apa yang telah ditakdirkan menimpa dirimu pasti tidak akan meleset, dan apa yang telah ditakdirkan tidak menimpa dirimu pasti tidak akan menimpamu, aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya pertama kali yang diciptakan Allah adalah pena, kemudian Allah berfirman kepadanya: " tulislah", maka pena itu menjawab: Ya Tuhanku, apa yang mesti aku tulis?, Allah berfirman: "Tulislah ketentuan segala sesuatu sampai datang hari kiamat".
hai anakku, aku juga telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barang siapa yang meninggal dunia tidak dalam keyakinan seperti ini, maka ia tidak tergolong ummatku".
Dan dalam riwayat Imam Ahmad disebutkan:
"Sesungguhnya pertama kali yang diciptakan Allah s.w.t. adalah pena, kemudian Allah berfirman kepadanya: "tulislah !", maka ditulislah apa yang terjadi sampai hari kiamat".
Diriwayatkan oleh Ibnu Wahb bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Maka barang siapa yang tidak beriman kepada qadar (ketentuan Allah) baik dan buruknya, maka Allah pasti akan membakarnya dengan api neraka".
Diriwayatkan dalam Musnad dan Sunan[118], dari Ibnu Dailami ia berkata: "Aku datang kepada Ubay bin Kaab, kemudian aku katakan kepadanya: 'Ada sesuatu keraguan dalam hatiku tentang masalah qadar, maka ceritakanlah kepadaku tentang suatu hadis, dengan harapan semoga Allah s.w.t. menghilangkan keraguan itu dari hatiku", maka ia berkata:
"Seandainya kamu menginfakkan emas sebesar gunung uhud, Allah tidak akan menerimanya darimu, sebelum kamu beriman kepada qadar, dan kamu meyakini bahawa apa yang telah ditakdirkan mengenai dirimu pasti tidak akan meleset, dan apa yang telah ditakdirkan tidak mengenai dirimu pasti tidak akan menimpamu, dan jika kamu mati tidak dalam keyakinan seperti ini, pasti kamu menjadi penghuni neraka.
Kata Ibnu Dailami selanjutnya: "Lalu aku mendatangi Abdullah bin Mas'ud, Hudzaifah bin Yaman dan Zaid bin Tsabit, semuanya mengucapkan kepadaku hadis yang sama dengan sabda Nabi Muhammad s.a.w. di atas." (HR. Al Hakim dan dinyatakan shoheh).
Kandungan bab ini:
1-Keterangan tentang kewajipan beriman kepada qadar.
2-Keterangan tentang cara beriman kepada qadar.
3-Amal Ibadah seseorang sia-sia, jika tidak beriman kepada qadar.
4-Disebutkan bahawa seseorang tidak akan merasakan iman sebelum ia beriman kepada qadar.
5-Penjelasan bahawa makhluk pertama yang diciptakan Allah iaitu pena.
6-Diberitahukan dalam hadis bahawa - dengan perintah dari Allah - menulis ketentuan ketentuan sampai hari kiamat.
7-Rasulullah s.a.w. menyatakan bahawa dirinya lepas dari orang yang tidak beriman kepada qadar.
8-Tradisi para ulama salaf dalam menghilangkan keraguan, iaitu dengan bertanya kepada ulama.
9-Dan para ulama salaf memberikan jawapan yang dapat menghilangkan keraguannya tersebut, dengan hanya menuturkan hadis dari Rasulullah s.a.w..
_____________________________________
Catatan Kaki:
[118] Musnad di sini maksudnya adalah kitab dikoleksi hadis yang disusun oleh Imam Ahmad. Dan sunan maksudnya ialah kitab koleksi hadis yang disusun oleh Abu dawud dan Ibnu majah.

Bab 59: Larangan Berprasangka Buruk Terhadap Allah

Firman Allah s.w.t.:
“…Mereka berprasangka yang tidak benar terhadap Allah s.w.t., seperti sangkaan jahiliyah, mereka berkata: apakah ada bagi kita sesuatu (hak campur tangan) dalam urusan ini, katakanlah: sungguh urusan itu seluruhnya di Tangan Allah.…” (QS. Ali Imran, 154).
“Dan supaya dia mengadzab orang-orang munafik laki-laki dan orang-orang munafik perempuan, dan orang-orang Musyrik laki laki dan orang-orang musyrik perempuan yang mereka itu berprasangka buruk terhadap Allah, mereka akan mendapat giliran (keburukan) yang amat buruk, dan Allah memurkai dan mengutuk mereka serta menyediakan bagi mereka neraka jahannam. Dan (neraka jahannam) itulah seburuk-buruk tempat kembali.” (QS. Al Fath, 6).
Ibnu Qoyyim dalam menafsirkan ayat yang pertama mengatakan:
"Prasangka di sini maksudnya adalah bahawa Allah s.w.t. tidak akan memberikan pertolongannya (kemenangan) kepada Rasulnya, dan bahawa agama yang beliau bawa akan lenyap."
Dan ditafsirkan pula: "bahawa apa yang menimpa beliau bukanlah dengan takdir (ketentuan) dan hikmah (kebijaksanaan) Allah."
Jadi prasangka di sini ditafsirkan dengan tiga penafsiran:
Pertama : mengingkari adanya hikmah dari Allah. Kedua : mengingkari takdirNya. Ketiga : mengingkari bahawa agama yang dibawa Rasulullah s.a.w. akan disempurnakan dan dimenangkan Allah atas semua agama.
Inilah prasangka buruk yang dilakukan oleh orang-orang munafik dan orang-orang musyrik yang terdapat dalam surah Al Fath.
Perbuatan ini disebut dengan prasangka buruk, kerana prasangka yang demikian tidak layak untuk Allah s.w.t., tidak patut terhadap kagungan dan kebesaran Allah, tidak sesuai dengan kebijaksanaanNya, PujiNya, dan janjiNya yang pasti benar.
Oleh kerana itu, barang siapa yang berprasangka bahawa Allah s.w.t. akan memenangkan kebatilan atas kebenaran, disertai dengan lenyapnya kebenaran; atau berprasangka bahawa apa yang terjadi ini bukan kerana Qadla dan takdir Allah; atau mengingkari adanya suatu hikmah yang besar sekali dalam takdirNya, yang dengan hikmahNya Allah berhak untuk dipuji; bahkan menyangka bahawa yang terjadi hanya sekadar kehendakNya saja tanpa ada hikmahnya, maka inilah prasangka orang orang kafir, yang mana bagi mereka inilah neraka "wail".
Dan kebanyakan manusia melakukan prasangka buruk kepada Allah s.w.t., baik dalam hal yang berkenaan dengan diri mereka sendiri, ataupun dalam hal yang berkenaan dengan orang lain, bahkan tidak ada orang yang selamat dari prasangka buruk ini, kecuali orang yang benar benar mengenal Allah, Asma dan sifatNya, dan mengenal kepastian adanya hikmah dan keharusan adanya puji bagiNya sebagai konsekwensinya.
Maka orang yang berakal dan yang cinta pada dirinya sendiri, hendaklah memperhatikan masalah ini, dan bertaubatlah kepada Allah, serta memohon maghfirahNya atas prasangka buruk yang dilakukannya terhadap Allah s.w.t..
Apabila anda selidiki, siapapun orangnya pasti akan anda dapati pada dirinya sikap menyangkal dan mencemoohkan takdir Allah, dengan mengatakan hal tersebut semestinya begini dan begitu, ada yang sedikit sangkalannya dan ada juga yang banyak. Dan silahkan periksalah diri anda sendiri, apakah anda bebas dari sikap tersebut?
"Jika anda selamat (selamat) dari sikap tersebut, maka anda selamat dari malapetaka yang besar, jika tidak, sungguh aku kira anda tidak akan selamat."
Kandungan bab ini:
1-Penjelasan tentang ayat dalam surah Ali Imran[116].
2-Penjelasan tentang ayat dalam surah Al Fath[117].
3-Disebutkan bahawa prasangka buruk itu banyak sekali macamnya.
4-Penjelasan bahawa tidak ada yang dapat selamat dari prasangka buruk ini kecuali orang yang mengenal Asma' dan sifat Allah, serta mengenal dirinya sendiri.
_____________________________________
Catatan Kaki:
[116] Ayat pertama menunjukkan bahawa barang siapa yang berprasangka bahawa Allah akan memberikan kemenangan yang terus menerus kepada kebatilan, disertai dengan lenyapnya kebenaran, maka dia telah berprasangka yang tidak benar kepada Allah dan prasangka ini adalah prasangka orang orang jahiliyah; menunjukkan pula bahawa segala sesuatu itu ada di Tangan Allah, terjadi dengan qadha dan qadarNya serta pasti ada hikmahnya; dan menunjukkan bahawa berbaik sangka kepada Allah adalah termasuk kewajiban tauhid.
[117] Ayat kedua menunjukkan kewajiban berbaik sangka kepada Allah dan larangan berprasangka buruk kepadaNya; dan menunjukkan bahawa prasangka buruk kepada Allah adalah perbuatan orang orang munafik dan musyrik yang mendapat ancaman siksa yang sangat keras.

Bab 58: Larangan Mencaci Maki Angin

Diriwayatkan dari Ubay bin Ka'ab r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"janganlah kamu mencaci maki angin. Apabila kamu melihat suatu hal yang tidak menyenangkan, maka berdoalah:
"Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepadaMu kebaikan angin ini, dan kebaikan apa yang ada di dalamnya, dan kebaikan yang untuknya Kau perintahkan ia, dan kami berlindung kepadaMu dari keburukan angin ini, dan keburukan yang ada di dalamnya, dan keburukan yang untuknya Kau perintahkan ia." (HR. Turmudzi, dan hadis ini ia nyatakan shoheh).
Kandungan bab ini:
1-Larangan mencaci maki angin.
2-Petunjuk Rasulullah s.a.w. untuk mengucapkan doa, apabila manusia melihat sesuatu yang tidak menyenangkan [ketika angin sedang bertiup kencang].
3-Pemberitahuan Rasulullah s.a.w. bahawa angin mendapat perintah dari Allah. [Oleh kerana itu, mencaci maki angin bererti mencaci maki Allah, Tuhan yang menciptakan dan memerintahkannya].
4-Angin yang bertiup itu kadang diperintah untuk suatu kebaikan, dan kadang diperintah untuk suatu keburukan.

Bab 57: Ucapan "Seandainya"

n Allah s.w.t.:
“Mereka (orang-orang munafik) mengatakan: seandainya kita memiliki sesuatu (hak campur tangan) dalam urusan ini, niscaya (kita tidak akan terkalahkan) dan tidak ada yang terbunuh diantara kita di sini (perang uhud). Katakanlah: 'Kalaupun kamu berada di rumahmu, niscaya orang-orang yang telah ditakdirkan akan mati terbunuh itu keluar (juga) ke tempat mereka terbunuh. Dan Allah (berbuat demikian) untuk menguji (keimanan) yang ada dalam dadamu, dan membuktikan (niat) yang ada dalam hatimu. Dan Allah Maha Mengetahui isi segala hati.” (QS. Ali Imran, 154).
“orang-orang yang mengatakan kepada saudara-saudaranya dan mereka takut pergi berperang: seandainya mereka mengikuti kita tentulah mereka sudah terbunuh. Katakanlah: Tolaklah kematian itu dari dirimu, jika kamu orang-orang yang benar.” (QS. Ali Imran, 168).
Diriwayatkan dalam shoheh Muslim dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Bersungguh-sungguhlah dalam mencari apa yang bermanfaat bagimu, dan mohonlah pertolongan kepada Allah (dalam segala urusanmu), dan janganlah sekali-kali kamu bersikap lemah, dan jika kamu tertimpa suatu kegagalan, maka janganlah kamu mengatakan: 'seandainya aku berbuat demikian, tentu tidak akan begini atau begitu', tetapi katakanlah: 'ini telah ditentukan oleh Allah, dan Allah akan melakukan apa yang Ia kehendaki', kerana kata " seandainya " itu akan membuka pintu perbuatan syaitan."
Kandungan bab ini:
1-Penjelasan tentang ayat dalam surah Ali Imran[115].
2-Larangan mengucapkan kata "andaikata" atau "seandainya" apabila mendapat suatu musibah atau kegagalan.
3-Alasannya, kerana kata tersebut (seandainya /andaikata) akan membuka pintu perbuatan syaitan.
4-Petunjuk Rasulullah s.a.w. [ketika menjumpai suatu kegagalan atau mendapat suatu musibah] supaya mengucapkan ucapan ucapan yang baik [dan bersabar serta mengimani bahawa apa yang terjadi adalah takdir Allah].
5-Perintah untuk bersungguh sungguh dalam mencari segala yang bermanfaat [untuk di dunia dan di akhirat] dengan senantiasa memohon pertolongan Allah.
6-Larangan bersikap sebaliknya, iaitu bersikap lemah.
_____________________________________
Catatan Kaki:
[115] Kedua ayat di atas menunjukkan adanya larangan untuk mengucapkan kata "seandainya" atau "andaikata" dalam hal hal yang telah ditakdirkan oleh Allah terjadi, dan ucapan demikian termasuk sifat sifat orang munafik; juga menunjukkan bahawa konsekwensi iman ialah pasrah dan ridha kepada takdir Allah, serta rasa khuwatir seseorang tidak akan dapat menyelamatkan dirinya dari takdir tersebut.

Bab 56: Memohon Sesuatu Dengan Menyebut Nama Allah

abir r.a. menuturkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Tidak boleh dimohon dengan menyebut nama Allah kecuali syurga" (HR. Abu Daud).
Kandungan bab ini:
1-Larangan memohon sesuatu dengan menyebut nama Allah kecuali apabila yang dimohon itu adalah syurga.[hal ini, demi mengagungkan Allah serta memuliakan Asma dan SifatNya.
2-Menetapkan kebenaran adanya wajah bagi Allah s.w.t. (sesuai dengan keagungan dan kemulianNya).

Bab 55: Larangan Menolak Permintaan Orang Yang Menyebut Nama Allah

bnu Umar r.a. menuturkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barang siapa yang meminta dengan menyebut nama Allah, maka berilah; barang siapa yang meminta perlindungan dengan menyebut nama Allah maka lindungilah; barang siapa yang mengundangmu maka penuhilah undangannya; dan barang siapa yang berbuat kebaikan kepadamu, maka balaslah kebaikan itu (dengan sebanding atau lebih baik), dan jika engkau tidak mendapatkan sesuatu untuk membalas kebaikannya, maka doakan ia, sampai engkau merasa yakin bahawa engkau telah membalas kebaikannya " (HR. Abu Daud, dan Nasai dengan sanad yang shoheh).
Kandungan bab ini:
1-Perintah untuk mengabulkan permintaan orang yang memintanya dengan menyebut nama Allah [demi memuliakan dan mengagungkan Allah].
2-Perintah untuk melindungi orang yang meminta perlindungan dengan menyebut nama Allah.
3-Anjuran untuk memenuhi undangan [saudara seiman].
4-Perintah untuk membalas kebaikan [dengan balasan sebanding atau lebih baik darinya].
5-Dalam keadaan tidak mampu untuk membalas kebaikan seseorang, dianjurkan untuk mendoakannya.
6-Rasulullah s.a.w. menganjurkan untuk mendoakannya dengan sungguh-sungguh, sampai ia merasa yakin bahawa anda telah membalas kebaikannya.

Bab 54: Larangan Mengucapkan "Abdi Atau Amati (Hambaku)"

riwayatkan dalam shaheh Bukhari dan Muslim, dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Janganlah salah seorang diantara kalian berkata (kepada hamba sahaya atau pelayannya): "Hidangkan makanan untuk gustimu, dan ambilkan air wudlu untuk gustimu", dan hendaknya pelayan itu mengatakan: "tuanku, majikanku"; dan janganlah salah seorang diantara kalian berkata (kepada hambanya): "hamba laki-lakiku, dan hamba perempuanku", dan hendaknya ia berkata: "bujangku, gadisku, dan anakku".
Kandungan bab ini:
1-Larangan mengatakan " Abdi atau Amati ", yang bererti hambaku.
2-Larangan bagi seorang hamba sahaya untuk memanggil majikannya dengan ucapan: "Rabbi" yang bererti: "gusti pangeranku", dan larangan bagi seorang majikan mengatakan kepada hamba sahayanya atau pelayannya yang bererti "hidangkan makanan untuk gusti pangeranmu".
3-Dianjurkan kepada majikan atau tuan untuk memanggil pelayan atau hamba sahayanya dengan ucapan "fataya" (bujangku), fatati (gadisku), dan ghulami (anakku).
4-Dan dianjurkan kepada pelayan atau hamba sahaya untuk memanggil tuan atau majikannya dengan panggilan "sayyidi" (tuanku) atau " maulaya (majikanku).
5-Tujuan dari anjuran di atas untuk mengamalkan tauhid dengan semurni-murninya, sampai dalam hal ucapan.

Bab 53: Berdoa Dengan Ucapan "Ya Allah Ampunilah Aku Jika Engkau Menghendaki"

iwayatkan dalam shoheh Bukhori dan Muslim, dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Janganlah ada seseorang di antara kalian yang berdo'a dengan ucapan: "Ya Allah, Ampunilah aku jika Engkau menghendaki", atau berdo'a: "Ya Allah, rahmatilah aku jika Engkau menghendaki", tetapi hendaklah meminta dengan mantap, kerana sesungguhnya Allah s.w.t. tidak ada sesuatupun yang memaksaNya untuk berbuat sesuatu".
Dan dalam riwayat Muslim, disebutkan:
"Dan hendaklah ia memiliki keinginan yang besar, kerana sesungguhnya Allah tidak terasa berat bagiNya sesuatu yang Ia berikan".
Kandungan bab ini:
1-Larangan mengucapkan kata: "jika engkau menghendaki" dalam berdoa.
2-Kerana [ucapan ini menunjukkan seakan-akan Allah merasa keberatan dalam mengabulkan permintaan hambaNya, atau merasa terpaksa untuk memenuhi permohonan hambaNya].
3-Diperintahkan untuk berkeinginan kuat dalam berdoa.
4-Diperintahkan untuk membesarkan harapan dalam berdoa.
5-Kerana [Allah maha kaya, maha luas kurniaNya, dan maha kuasa untuk berbuat apa saja yang dikehendakiNya].

Bab 52: Larangan Mengucapkan "As Salamu 'Alallah"

n dalam shaheh Bukhari dan Muslim, dari Ibnu Abbas r.a. ia berkata:
"Ketika kami melakukan sholat bersama Nabi Muhammad s.a.w. kami pernah mengucapkan: , dan mengucapkan: yang ertinya: "semoga keselamatan untuk Allah dari hamba hambanya", dan " semoga keselamatan untuk sifulan dari sifulan", maka Nabi s.a.w. bersabda: "janganlah kamu mengucapkan: yang ertinya "keselamatan semoga untuk Allah", kerana sesungguhnya Allah adalah (Maha pemberi keselamatan).
Kandungan bab ini:
1-Penjelasan tentang makna Assalam[113].2- merupakan ucapan selamat.
3-Hal ini tidak sesuai untuk Allah.
4-Alasannya, [kerana As Salam adalah salah satu dari Asma' Allah, Dialah yang memberi keselamatan, dan hanya kepadaNya kita memohon keselamatan.
5-Telah diajarkan kepada para sahabat tentang ucapan penghormatan yang sesuai untuk Allah[114].
_____________________________________
Catatan Kaki:
[113] As Salam : salah satu Asma' Allah, yang ertinya : Maha Pemberi keselamatan. As Salam bererti juga keselamatan, sebagai doa kepada orang yang diberi ucapan selamat. Kerana itu tidak boleh dikatakan "As Salamu Alallah".
[114] Ucapan penghormatan yang sesuai untuk Allah iaitu : "At Tahiyyatu lillah, Washshalawatu Wath thoyyibat".

Bab 51: Menetapkan Al Asma' Al Husna Hanya Untuk Allah Dan Tidak Menyelewengkannya

Firman Allah s.w.t.:
“Hanya milik Allah lah Al Asma' Al Husna (nama-nama yang baik), maka berdoalah kepadaNya dengan menyebut Asma Nya itu, dan tinggalkanlah orang-orang yang menyelewengkan AsmaNya. Mereka nanti pasti akan mendapat balasan atas apa yang telah mereka kerjakan.” (QS. Al A'raf, 180).
Ibnu Abi Hatim meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. tentang maksud firman Allah yang bermaksud: "menyelewengkan Asma Nya" ia mengatakan, bahawa maksudnya adalah: "berbuat syirik (dalam Asma Nya), iaitu orang-orang yang menjadikan Asma-asma Allah untuk berhala mereka, seperti nama Al Lata yang berasal dari kata Al Ilah, dan Al Uzza dari kata Al Aziz ".
Dan diriwayatkan dari Al A'masy[112] dalam menafsirkan ayat tersebut ia mengatakan: "Mereka memasukkan ke dalam Asma Nya nama nama yang bukan dari Asma Nya".
Kandungan bab ini:
1-Wajib menetapkan Asma Allah [sesuai dengan keagungan dan kemuliaanNya].
2-Semua Asma Allah adalah husna (Maha Indah).
3-Diperintahkan untuk berdoa dengan menyebut Asma husnaNya.
4-Diperintahkan meninggalkan orang-orang yang menentang Asma asmaNya dan menyelewengkannya.
5-Penjelasan tentang bentuk penyelewengan Asma Allah.
6-Ancaman terhadap orang-orang yang menyelewengkan Asma Al Husna Allah dari kebenaran.
_____________________________________
Catatan Kaki:
[112] Abu Muhammad : Sulaiman bin Mahran Al Asdi, digelari Al A'masy. Salah seorang tabi'in ahli tafsir, hadis dan faraidh, dan banyak meriwayatkan hadis dilahirkan th. 61 H (681 M), dan meninggal th. 147 H (765 M).

Bab 50: Nama Yang Diperhambakan Kepada Selain Allah

Firman Allah s.w.t.:
“Ketika Allah mengaruniakan kepada mereka seorang anak laki laki yang sempurna (wujudnya), maka keduanya menjadikan sekutu bagi Allah dalam hal (anak) yang dikurniakan kepada mereka, maha suci Allah dari perbuatan syirik mereka” (QS. Al A'raf, 190).
Ibnu Hazm berkata: "Para ulama telah sepakat mengharamkan setiap nama yang diperhambakan kepada selain Allah, seperti: Abdu Umar (hambanya umar), Abdul Ka'bah (hambanya ka'bah) dan yang sejenisnya, kecuali Abdul Muthalib. [107]"
Ibnu Abi Hatim meriwayatkan bahawa Ibnu Abbas r.a. dalam menafsirkan ayat tersebut mengatakan: "Setelah Adam menggauli isterinya Hawwa, ia pun hamil, lalu iblis mendatangi mereka berdua seraya berkata: "Sungguh, aku adalah kawanmu berdua yang telah mengeluarkan kalian dari syurga. Demi Allah, hendaknya kalian mentaati aku, jika tidak maka akan aku jadikan anakmu bertanduk dua seperti rusa, sehingga akan keluar dari perut isterimu dengan merobeknya, demi Allah, itu pasti akan ku lakukan ", itu yang dikatakan iblis dalam menakut nakuti mereka berdua, selanjutnya iblis berkata: "Namailah anakmu dengan Abdul harits[108] ". Tapi keduanya menolak untuk mentaatinya, dan ketika bayi itu lahir, ia lahir dalam keadaan mati. kemudian Hawwa hamil lagi, dan datanglah iblis itu dengan mengingatkan apa yang pernah dikatakan sebelumnya. Kerana Adam dan Hawwa cenderung lebih mencintai keselamatan anaknya, maka ia memberi nama anaknya dengan "Abdul Harits", dan itulah penafsiran firman Allah s.w.t.:
Ibnu Abi Hatim meriwayatkan pula, dengan sanad yang shaheh, bahawa Qotadah dalam menafsirkan ayat ini mengatakan: "Iaitu, menyekutukan Allah dengan taat kepada iblis, bukan dalam beribadah kepadanya"[109].
Dan dalam menafsirkan firman Allah yang bermaksud: “Jika engkau mengaruniakan anak laki-laki yang sempurna (wujudnya)” [110], Mujahid berkata: "Adam dan Hawwa khuwatir kalau anaknya lahir tidak dalam wujud manusia ", dan penafsiran yang senada ini diriwayatkannya pula dari Al Hasan (Al Basri), Said (Ibnu Jubair) dan yang lainnya.
Kandungan bab ini:
1-Dilarang memberi nama yang diperhambakan kepada selain Allah.
2-Penjelasan tentang maksud ayat di atas[111].
3-Kemusyrikan ini [sebagaimana dinyatakan oleh ayat ini] disebabkan hanya sekadar pemberian nama saja, tanpa bermaksud yang sebenarnya.
4-Pemberian anak perempuan dengan wujud yang sempurna merupakan ni'mat Allah [yang wajib disyukuri].
5-Ulama Salaf menyebutkan perbezaan antara kemusyrikan di dalam taat dan kemusyrikan di dalam beribadah.
_____________________________________
Catatan Kaki:
[107] Maksudnya mereka belum sepakat mengharamkan nama Abdul Mutholib, kerana asal nama ini berhubungan dengan perbudakan.
[108] Al Harits adalah nama Iblis. Dan maksud Iblis adalah menakut nakuti mereka berdua supaya memberi nama tersebut kepada anaknya ialah untuk mendapatkan suatu macam bentuk syirik, dan inilah salah satu cara Iblis memperdaya musuhnya, kalau dia belum mampu untuk menjerumuskan seseorang manusia ke dalam tindakan maksiat yang besar resikonya, akan di mulai untuk menjerumuskannya terlebih dahulu dari tindakan maksiat yang ringan atau kecil.
[109] Maksudnya : mereka tidaklah menyembah Iblis, tetapi mentaati Iblis dengan memberi nama Abdul Harits kepada anak mereka, sebagaimana yang diminta Iblis. Dan perbuatan ini disebut perbuatan syirik kepada Allah.
[110] Surat Al A'raf, 189
[111] Ayat ini menunjukkan bahawa anak yang dikurniakan Allah kepada seseorang termasuk ni'mat yang harus disyukuri, dan termasuk kesempurnaan rasa syukur kepadaNya bila diberi nama yang baik, yang tidak diperhambakan kepada selainNya, kerana pemberian nama yang diperhambakan kepada selainNya adalah syirik.

Bab 49: Mensyukuri Ni'mat Allah

Firman Allah s.w.t.:
“Dan jika kami melimpahkan kepadanya sesuatu rahmat dari kami, sesudah dia ditimpa kesusahan, pastilah dia berkata "ini adalah hakku” (QS. Fushshilat, 50).
Dalam menafsirkan ayat ini Mujahid mengatakan: "ini adalah kerana jerih payahku, dan akulah yang berhak memilikinya ".Sedangkan Ibnu Abbas mengatakan: "ini adalah dari diriku sendiri".
Firman Allah s.w.t.:
“(Qarun) berkata: sesungguhnya aku diberi harta kekayaan ini, tiada lain kerana ilmu yang ada padaku” (QS. Al Qashash, 78)
Qotadah - dalam menafsirkan ayat ini - mengatakan: "Maksudnya: kerana ilmu pengetahuanku tentang cara cara berusaha".
Ahli tafsir lainnya mengatakan: "Kerana Allah mengetahui bahawa aku orang yang layak menerima harta kekayaan itu", dan inilah makna yang dimaksudkan oleh Mujahid: "aku diberi harta kekayaan ini atas kemulianku".
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa ia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya ada tiga orang dari bani Israil, iaitu: penderita penyakit kusta, orang berkepala botak, dan orang buta. Kemudian Allah s.w.t. ingin menguji mereka bertiga, maka diutuslah kepada mereka seorang malaikat.
Maka datanglah malaikat itu kepada orang pertama yang menderita penyakit kusta dan bertanya kepadanya: "Apakah sesuatu yang paling kamu inginkan?", ia menjawab: "Rupa yang bagus, kulit yang indah, dan penyakit yang menjijikan ramai orang ini hilang dari diriku". Maka diusaplah orang tersebut, dan hilanglah penyakit itu, serta diberilah ia rupa yang bagus, kulit yang indah, kemudian malaikat itu bertanya lagi kepadanya: "Lalu kekayaan apa yang paling kamu senangi?", ia menjawab: "unta atau sapi", maka diberilah ia seekor unta yang sedang bunting, dan iapun didoakan: "Semoga Allah memberikan berkahNya kepadamu dengan unta ini."
Kemudian Malaikat tadi mendatangi orang kepalanya botak, dan bertanya kepadanya: "Apakah sesuatu yang paling kamu inginkan?", ia menjawab: "Rambut yang indah, dan apa yang menjijikan dikepalaku ini hilang", maka diusaplah kepalanya, dan seketika itu hilanglah penyakitnya, serta diberilah ia rambut yang indah, kemudian melaikat tadi bertanya lagi kepadanya: "Harta apakah yang kamu senangi?". ia menjawab: "sapi atau unta", maka diberilah ia seekor sapi yang sedang bunting, seraya didoakan: " Semoga Allah memberkahimu dengan sapi ini."
Kemudian melaikat tadi mendatangi orang yang buta, dan bertanya kepadanya: "Apakah sesuatu yang paling kamu inginkan?", ia menjawab: 'Semoga Allah berkenan mengembalikan penglihatanku sehingga aku dapat melihat orang", maka diusaplah wajahnya, dan seketika itu dikembalikan oleh Allah penglihatannya, kemudian melaikat itu bertanya lagi kepadanya: "Harta apakah yang paling kamu senangi?", ia menjawab: "kambing", maka diberilah ia seekor kambing yang sedang bunting.
Lalu berkembang biaklah unta, sapi dan kambing tersebut, sehingga yang pertama memiliki satu lembah unta, yang kedua memiliki satu lembah sapi, dan yang ketiga memiliki satu lembah kambing.
Sabda Nabi s.a.w. berikutnya:
Kemudian datanglah malaikat itu kepada orang yang sebelumnya menderita penyakit kusta, dengan menyerupai dirinya disaat ia masih dalam keadaan berpenyakit kusta, dan berkata kepadanya: "Aku seorang miskin, telah terputus segala jalan bagiku (untuk mencari rizki) dalam perjalananku ini, sehingga tidak akan dapat meneruskan perjalananku hari ini kecuali dengan pertolongan Allah, kemudian dengan pertolongan anda. Demi Allah yang telah memberi anda rupa yang tampan, kulit yang indah, dan kekayaan yang banyak ini, aku minta kepada anda satu ekor unta saja untuk bekal meneruskan perjalananku", tetapi permintaan ini ditolak dan dijawab: "Hak hak (tanggunganku) masih banyak", kemudian malaikat tadi berkata kepadanya: "Sepertinya aku pernah mengenal anda, bukankah anda ini dulu orang yang menderita penyakit lepra, yang mana orangpun sangat jijik melihat anda, lagi pula anda orang yang miskin, kemudian Allah memberikan kepada anda harta kekayaan?", dia malah menjawab: "Harta kekayaan ini warisan dari nenek moyangku yang mulia lagi terhormat", maka malaikat tadi berkata kepadanya: "jika anda berkata dusta niscaya Allah akan mengembalikan anda kepada keadaan anda semula".
Kemudian malaikat tadi mendatangi orang yang sebelumnya berkepala botak, dengan menyerupai dirinya disaat masih botak, dan berkata kepadanya sebagaimana ia berkata kepada orang yang pernah menderita penyakita lepra, serta ditolaknya pula permintaanya sebagaimana ia ditolak oleh orang yang pertama. Maka malaikat itu berkata: "jika anda berkata bohong niscaya Allah akan mengembalikan anda seperti keadaan semula".
Kemudian malaikat tadi mendatangi orang yang sebelumnya buta, dengan menyerupai keadaannya dulu disaat ia masih buta, dan berkata kepadanya: "Aku adalah orang yang miskin, yang kehabisan bekal dalam perjalanan, dan telah terputus segala jalan bagiku (untuk mencari rizki) dalam perjalananku ini, sehingga kau tidak dapat lagi meneruskan perjalananku hari ini, kecuali dengan pertolongan Allah kemudian pertolongan anda. Demi Allah yang telah mengembalikan penglihatan anda, aku minta seekor kambing saja untuk bekal melanjutkan perjalananku". Maka orang itu menjawab: "Sungguh aku dulunya buta, lalu Allah mengembalikan penglihatanku. Maka ambillah apa yang anda sukai, dan tinggalkan apa yang tidak anda sukai. Demi Allah, saya tidak akan mempersulit anda dengan mengembalikan sesuatu yang telah anda ambil kerana Allah". Maka malaikat tadi berkata: " Peganglah harta kekayaan anda, kerana sesungguhnya engkau ini hanya diuji oleh Allah s.w.t., Allah telah ridla kepada anda, dan murka kepada kedua teman anda" (HR. Bukhori dan Muslim).
Kandungan bab ini:
1-Penjelasan tentang ayat di atas[106].
2-Pengertian firman Allah: “… Pastilah ia berkata: ini adalah hakku.”
3-Pengertian firman Allah: “sesungguhnya aku diberi kekayaan ini tiada lain kerena ilmu yang ada padaku.”
4-Kisah menarik, sebagaimana yang terkandung dalam hadis ini, memuat pelajaran pelajaran yang berharga dalam kehidupan ini.
_____________________________________
Catatan Kaki:
[106] Ayat di atas menunjukkan kewajiban mensyukuri ni'mat Allah dan mengakui bahawa ni'mat tersebut semata mata berasal dari Allah, dan menunjukkan pula bahawa kata kata seseorang terhadap ni'mat Allah yang dikurniakan kepadanya : "Ini adalah hak yang patut kuterima, kerana usahaku" adalah dilarang dan tidak sesuai dengan kesempurnaan tauhid.

Bab 48: Bersenda Gurau Dengan Menyebut Nama Allah, Alqur'an Atau Rasulullah s.a.w.

Firman Allah s.w.t.:
“Dan jika kamu tanyakan kepada orang-orang munafik (tentang apa yang mereka lakukan) tentulah mereka akan menjawab: 'sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain main saja', katakanlah: 'apakah dengan Allah, ayat ayat Nya dan RasulNya kalian selalu berolok-olok?', tidak usah kamu minta maaf, kerana kamu telah kafir sesudah beriman…” (QS. At taubah, 65 - 66).
Diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a., Muhammad bin Kaab, Zaid bin Aslam, dan Qatadah, suatu hadis dengan rangkuman sebagai berikut: "Bahawasanya ketika dalam peperangan tabuk, ada seseorang yang berkata: "Belum pernah kami melihat seperti para ahli membaca Al-Qur'an (qurra') ini, orang yang lebih buncit perutnya, dan lebih dusta mulutnya, dan lebih pengecut dalam peperangan", maksudnya adalah Rasulullah s.a.w. dan para sahabat yang ahli membaca Al-Qur'an. Maka berkatalah Auf bin Malik kepadanya: "kau pendusta, kau munafik, aku beritahukan hal ini kepada Rasulullah s.a.w.", lalu berangkatlah Auf bin Malik kepada Rasulullah untuk memberitahukan hal ini kepada beliau, akan tetapi sebelum ia sampai , telah turun wahyu kepada beliau.
Dan ketika orang itu datang kepada Rasulullah s.a.w., beliau sudah beranjak dari tempatnya dan menaiki untanya, maka berkatalah ia kepada Rasulullah: "ya Rasulullah, sebenarnya kami hanya bersenda gurau dan mengobrol sebagaimana obrolan orang yang mengadakan perjalanan untuk menghilangkan penatnya perjalanan", kata Ibnu Umar: "sepertinya aku melihat orang tadi berpegangan sabuk pelana unta Rasulullah, sedang kedua kakinya tersandung-sandung batu, sambil berkata: "kami hanyalah bersenda gurau dan bermain main saja", kemudian Rasulullah bersabda kepadanya:
"Apakah dengan Allah, ayat-ayat Nya, dan RasulNya kamu selalu berolok olok ".
Rasulullah s.a.w. mengatakan seperti itu tanpa menengok, dan tidak bersabda kepadanya lebih dari pada itu.
Kandungan bab ini:
1-Masalah yang sangat penting sekali, bahawa orang yang bersenda gurau dengan menyebut nama Allah, ayat ayat Nya dan RasulNya adalah kafir.
2-Ini adalah penafsiran dari ayat diatas, untuk orang yang melakukan perbuatan itu, siapapun dia.
3-Ada perbezaan yang sangat jelas antara menghasut dan setia Allah dan RasulNya. [dan melaporkan perbuatan orang orang fasik kepada waliyul amr untuk mencegah mereka, tidaklah termasuk perbuatan menghasut tetapi termasuk kesetiaan kepada Allah dan kaum muslimin seluruhnya].
4-Ada perbezaan yang cukup jelas antara sikap memaafkan yang dicintai Allah dengan bersikap tegas terhadap musuh musuh Allah.
5-Tidak setiap permintaan maaf dapat diterima. [ada juga permintaan maaf yang harus ditolak].

Bab 47: Memuliakan Nama-Nama Allah Dan Mengganti Nama Untuk Tujuan Ini

Diriwayatkan dari Abu Syaraih bahawa ia dulu diberi kunyah (sebutan, nama panggilan) "Abul Hakam", Maka Nabi s.a.w. bersabda kepadanya:
"Allah s.w.t. adalah Al Hakam, dan hanya kepadaNya segala permasalahan dimintakan keputusan hukumnya", kemudian ia berkata kepada Nabi s.a.w.: "Sesungguhnya kaumku apabila berselisih pendapat dalam suatu masalah mereka mendatangiku, lalu aku memberikan keputusan hukum di antara mereka, dan kedua belah pihak pun sama sama menerimanya", maka Nabi bersabda: "Alangkah baiknya hal ini, apakah kamu mempunyai anak?" aku menjawab: "Syuraih, Muslim dan Abdullah", Nabi bertanya: "siapa yang tertua diantara mereka? "Syuraih" jawabku, Nabi bersabda: "kalau demikian kamu Abu Syuraih". (HR. Abu Daud dan ahli hadis lainnya).
Kandungan bab ini:
1-Wajib memuliakan Nama dan Sifat Allah [dan dilarang menggunakan nama atau kunyah yang ma'nanya sejajar dengan nama Allah] walaupun tidak bermaksud demikian.
2-Dianjurkan mengganti nama yang kurang baik untuk memuliakan Nama Allah.
3-Memilih nama anak yang tertua untuk kunyah (nama panggilan).

Bab 46: Penggunaan Gelar "Qodli Qudlot" (Hakimnya Para Hakim) Dan Sejenisnya

Diriwayatkan dalam shoheh Bukhori dan Muslim, dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya nama (gelar) yang paling hina di sisi Allah s.w.t. adalah " Rajanya para raja ", tiada raja yang memiliki kekuasaan mutlak kecuali Allah " - Sufyan[105] mengemukakan contoh dengan berkata: 'seperti gelar syahan syah' - , dan dalam riwayat yang lain dikatakan: "Dia adalah orang yang paling dimurkai dan paling jahat di sisi Allah pada hari kiamat … "
Kandungan bab ini:
1-Larangan menggunakan gelar " Rajanya para raja ".
2-Larangan menggunakan gelar lain yang sejenis dengan gelar diatas, seperti contoh yang dikemukakan oleh Sufyan "Syahan syah ".
3-Hal itu dilarang, [kerana ada pensejajaran antara hamba dengan Kholiqnya] meskipun hatinya tidak bermaksud demikian.
4-Larangan ini tidak lain hanyalah untuk mengagungkan Allah s.w.t..
_____________________________________
Catatan Kaki:
[105] Yakni : Sufyan bin Uyainah.

Bab 45: Barang Siapa Mencaci Masa Maka Dia Telah Menyakiti Allah

Firman Allah s.w.t.:
“Dan berkata mereka: 'Kehidupan ini tidak lain hanyalah kehidupan di dunia saja, kita mati dan hidup, dan tidak ada yang membinasakan kita kecuali masa, dan mereka sekali kali tidak mempunyai pengetahuan tentang itu, mereka tidak lain hanyalah menduga-duga saja.” (QS. Al Jatsiah, 24).
Diriwayatkan dalam shoheh Bukhori dan Muslim dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Allah s.w.t. berfirman: "Anak adam (manusia) menyakiti Aku, mereka mencaci masa, padahal Aku adalah pemilik dan pengatur masa, Akulah yang menjadikan malam dan siang silih berganti". Dan dalam riwayat yang lain dikatakan: "janganlah kalian mencaci masa, kerana Allah s.w.t. adalah Pemilik dan Pengatur masa." [103].
Kandungan bab ini:
1-Larangan mencaci masa.
2-Mencaci masa bererti menyakiti Allah s.w.t..
3-Perlu renungan akan sabda Nabi s.a.w.: "Kerana Allah sesungguhnya adalah Pemilik dan Pengatur masa" [104].
4-Mencaci mungkin saja dilakukan seseorang, meskipun ia tidak bermaksud demikian dalam hatinya.
_____________________________________
Catatan Kaki:
[103] Orang-orang Jahiliyah, kalau mereka tertimpa suatu musibah, bencana atau mala petaka, mereka mencaci masa. Maka Allah melarang hal tersebut, kerana yang menciptakan dan mengatur masa adalah Allah Yang Maha Esa. Sedangkan menghina pekerjaan seseorang bererti menghina orang yang melakukannya. Dengan demikian, mencaci masa bererti mencela dan menyakiti Allah sebagai Pencipta dan Pengatur masa.
[104] Sabda beliau itu menunjukkan bahawa segala sesuatu yang terjadi di alam semesta ini adalah dengan takdir Allah, kerana itu wajib bagi seorang muslim untuk beriman dengan qadha dan qadar, yang baik mahupun yang buruk, yang manis mahupun yang pahit.

Bab 44: Ucapan Seseorang: "Atas Kehendak Allah Dan Kehendakmu"

Qutaibah r.a. berkata:
"Bahawa ada seorang yahudi datang kepada Rasulullah s.a.w., lalu berkata: "Sesungguhnya kamu sekalian telah melakukan perbuatan syirik, kalian mengucapkan: 'atas kehendak Allah dan kehendakmu' dan mengucapkan: 'demi Ka'bah', maka Rasulullah memerintahkan para sahabat apabila hendak bersumpah supaya mengucapkan: 'demi Rabb Pemilik ka'bah', dan mengucapkan: 'atas kehendak Allah kemudian atas kehendakmu'. (HR. An Nasai dan ia nyatakan sebagai hadis shoheh).
Ibnu Abbas r.a. menuturkan:
"Bahawa ada seorang lelaki berkata kepada Nabi Muhammad s.a.w.: 'atas kehendak Allah dan kehendakmu', maka Nabi bersabda: "apakah kamu telah menjadikan diriku sekutu bagi Allah? hanya atas kehendak Allah semata".
Diriwayatkan oleh Ibnu majah, dari At Thufail saudara seibu Aisyah, ra. ia berkata:
"Aku bermimpi seolah-olah aku mendatangi sekelompok orang orang yahudi, dan aku berkata kepada mereka: 'Sungguh kalian adalah sebaik-baik kaum jika kalian tidak mengatakan: Uzair putera Allah'. Mereka menjawab: 'Sungguh kalian juga sebaik baik kaum jika kalian tidak mengatakan: 'Atas kehendak Allah dan kehendak Muhammad'. Kemudian aku melalui sekelompok orang orang Nasrani, dan aku berkata kepada mereka: 'Sungguh kalian adalah sebaik-baik kaum jika kalian tidak mengatakan: 'Al Masih putera Allah'. Mereka pun balik berkata: 'Sungguh kalian juga sebaik-baik kaum jika kalian tidak mengatakan: 'Atas kehendak Allah dan Muhammad'. Maka pada keesokan harinya aku memberitahukan mimpiku tersebut kepada kawan-kawanku, setelah itu aku mendatangi Nabi Muhammad s.a.w., dan aku beritahukan hal itu kepada beliau. Kemudian Rasul bersabda: "Apakah engkau telah memberitahukannya kepada seseorang?, aku manjawab: 'ya'. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda yang diawalinya dengan memuji nama Allah s.w.t.:
"Amma ba'du, sesungguhnya Thufail telah bermimpi tentang sesuatu, dan telah diberitahukan kepada sebahagian orang dari kalian. Dan sesunguhnya kalian telah mengucapkan suatu ucapan yang ketika itu saya tidak sempat melarangnya, kerana aku disibukkan dengan urusan ini dan itu, oleh kerana itu, janganlah kalian mengatakan: 'Atas kehendak Allah dan kehendak Muhammad', akan tetapi ucapkanlah: 'Atas kehendak Allah semata'."
Kandungan bab ini:
1-Hadis di atas menunjukkan bahawa orang yahudi pun mengetahui tentang perbuatan yang disebut syirik ashghor.
2-Pemahaman seseorang akan kebenaran tidak menjamin ia untuk menerima dan melaksanakannya, apabila ia dipengaruhi oleh hawa nafsunya. [sebagaimana orang-orang yahudi tadi, dia mengerti kebenaran, tetapi dia tidak mahu mengikuti kebenaran itu, dan tidak mahu beriman kepada Nabi yang membawanya].
3-Sabda Rasulullah s.a.w.: "Apakah engkau menjadikan diriku sekutu bagi Allah?" sebagai bukti adanya penolakan terhadap orang-orang yang mengatakan kepada beliau: 'Atas kehendak Allah dan kehendakmu', jika demikian sikap beliau, lalu bagaimana dengan orang-orang yang mengatakan:
"Wahai makhluk termulia, tidak ada seorangpun bagiku sebagai tempatku berlindung kecuali engkau .." dan dua bait selanjutnya.
4-Ucapan seseorang: "atas kehendak Allah dan kehendakmu" termasuk syirik ashghor, tidak termasuk syirik akbar , kerana beliau bersabda: "kalian telah mengucapkan suatu ucapan yang kerana kesibukanku dengan ini dan itu aku tidak sempat melarangnya".
5-Mimpi yang baik termasuk bahagian dari wahyu.
6-Mimpi kadang menjadi sebab disyariatkannya suatu hukum.

Bab 43: Orang Yang Tidak Rela Terhadap Sumpah Yang Menggunakan Nama Allah

Diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Janganlah kalian bersumpah dengan nama nenek moyang kalian! Barang siapa yang bersumpah dengan nama Allah, maka hendaknya ia jujur, dan barang siapa yang diberi sumpah dengan nama Allah maka hendaklah ia rela (menerimanya), barang siapa yang tidak rela menerima sumpah tersebut maka lepaslah ia dari Allah s.w.t." (HR. Ibnu Majah dengan sanad yang hasan).
Kandungan bab ini:
1-larangan bersumpah dengan menyebut nama nenek moyang.
2-Diperintahkan kepada orang yang diberi sumpah dengan menyebut nama Allah untuk rela menerimanya.
3-Ancaman bagi orang-orang yang tidak rela menerimanya.

Bab 42: Larangan Menjadikan Sekutu Bagi Allah

irman Allah s.w.t.:
“Maka janganlah kamu membuat sekutu untuk Allah padahal kamu mengetahui (bahawa Allah adalah maha Esa)” (QS. Al Baqarah, 22).
Ibnu Abbas r.a. dalam menafsirkan ayat tersebut mengatakan: "membuat sekutu untuk Allah adalah perbuatan syirik, suatu perbuatan dosa yang lebih sulit untuk dikenali dari pada semut kecil yang merayap di atas batu hitam, pada malam hari yang gelap gulita. Iaitu seperti ucapan anda: 'demi Allah dan demi hidupmu wahai fulan, juga demi hidupku', Atau seperti ucapan: 'kalau bukan kerana anjing ini, tentu kita didatangi pencuri pencuri itu', atau seperti ucapan: 'kalau bukan kerana angsa yang dirumah ini, tentu kita didatangi pencuri-pencuri tersebut', atau seperti ucapan seseorang kepada kawan-kawannya: 'ini terjadi kerana kehendak Allah dan kehendakmu', atau seperti ucapan seseorang: 'kalaulah bukan kerana Allah dan fulan'.
Oleh kerana itu, janganlah anda menyertakan "si fulan" dalam ucapan-ucapan diatas, kerana boleh menjatuhkan anda kedalam kemusyrikan." (HR. Ibnu Abi Hatim)
Diriwayatkan dari Umar bin Khaththab r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barang siapa yang bersumpah dengan menyebut selain Allah, maka ia telah berbuat kekafiran atau kemusyrikan" (HR. Turmudzi, dan ia nyatakan sebagai hadis hasan, dan dinyatakan oleh Al Hakim shoheh).
Dan Ibnu Mas'ud r.a. berkata:
"sungguh bersumpah bohong dengan menyebut nama Allah, lebih Aku sukai daripada bersumpah jujur tetapi dengan menyebut nama selainNya."
Diriwayatkan dari Hudzaifah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Janganlah kalian mengatakan: 'atas kehendak Allah dan kehendak si fulan', tapi katakanlah: 'atas kehendak Allah kemudian atas kehendak si fulan'." (HR. Abu Daud dengan sanad yang baik).
Diriwayatkan dari Ibrahim An Nakha'i bahawa ia melarang ucapan: "Aku berlindung kepada Allah dan kepadamu", tetapi ia memperbolehkan ucapan: "Aku berlindung kepada Allah, kemudian kepadamu", serta ucapan: 'kalau bukan kerana Allah kemudian kerana si fulan', dan ia tidak memperbolehkan ucapan: 'kalau bukan kerana Allah dan kerana fulan'.
Kandungan bab ini:
1-Penjelasan tentang maksud "membuat sekutu untuk Allah".
2-Penjelasan para sahabat bahawa ayat-ayat yang diturunkan oleh Allah yang berkaitan dengan syirik akbar itu mencakup juga tentang syirik ashghor (kecil).
3-Bersumpah dengan menyebut nama selain Allah adalah syirik.
4-Bersumpah menggunakan nama selain Allah walaupun dalam kebenaran, itu lebih besar dosanya daripada sumpah palsu dengan menggunakan nama Allah.
5-Ada perbezaan yang jelas sekali antara () yang bererti " dan " dengan () yang bererti " kemudian".

Bab 41: Ingkar Terhadap Ni'mat Allah

Firman Allah s.w.t.:
“Mereka mengetahui ni'mat Allah (tetapi) kemudian mereka mengingkarinya…” (QS. An Nahl, 83).
Dalam menafsiri ayat di atas Mujahid mengatakan bahawa maksudnya adalah kata-kata seseroang: "Ini adalah harta kekayaan yang aku warisi dari nenek moyangku."
Aun bin Abdullah mengatakan: "Yakni kata mereka 'kalau bukan kerana fulan, tentu tidak akan menjadi begini'."
Ibnu Qutaibah berkata, menafsiri ayat di atas: "mereka mengatakan: ini adalah sebab syafa'at sembahan sembahan kami".
Abul Abbas[101] - setelah mengupas hadis yang diriwayatkan oleh Zaid bin Kholid yang didalamnya terdapat sabda Nabi: "sesungguhnya Allah berfirman: "pagi ini sebahagian hambaku ada yang beriman kepadaku dan ada yang kifir …, sebagaimana yang telah disebutkan di atas[102] - ia mengatakan:
"Hal ini banyak terdapat dalam Al Qur'an mahupun As sunnah, Allah s.w.t. mencela orang yang menyekutukanNya dengan menisbatkan ni'mat yang telah diberikan kepada selainNya".
Sebahagian ulama salaf mengatakan: "iaitu seperti ucapan mereka: anginnya bagus, nahkodanya cerdik pandai, dan sebagainya, yang boleh muncul dari ucapan ramai orang.
Kandungan bab ini:
1-Penjelasan tentang firman Allah yang terdapat dalam surah An Nahl, yang menyatakan adanya ramai orang yang mengetahui ni'mat Allah tapi mereka mengingkarinya.
2-Hal itu sering terjadi dalam ucapan ramai orang. [kerana itu harus dihindari].
3-Ucapan seperti ini dianggap sebagai pengingkaran terhadap ni'mat Allah.
4-Adanya dua hal yang kontradiksi (mengetahui ni'mat Allah dan mengingkarinya), boleh terjadi dalam diri manusia.
_____________________________________
Catatan Kaki:
[101] Abu Al Abbas Ibnu Taimiyah.
[102] Telah disebutkan pada bab 30

Bab 40: Mengingkari Sebahagian Nama Dan Sifat Allah

Firman Allah s.w.t.:
“Dan mereka kafir (ingkar) kepada Ar Rahman (Dzat Yang Maha Pengasih). Katakanlah: "Dia adalah Tuhanku, tiada sesembahan yang hak selain dia, hanya kepada Nya aku bertawakkal dan hanya kepadaNya aku bertaubat.” (QS. Ar Ra'd, 30)
Diriwayatkan dalam shaheh Bukhari, bahawa Ali bin Abi Thalib r.a. berkata:
"Berbicaralah kepada orang-orang dengan apa yang difahami oleh mereka, apakah kalian menginginkan Allah dan RasulNya didustakan?".
Abdur Razak meriwayatkan dari Ma'mar dari Ibnu Thowus dari bapanya dari Ibnu Abbas, bahawa ia melihat seseorang terkejut ketika mendengar hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang berkenaan dengan sifat-sifat Allah s.w.t., kerana merasa keberatan dengan hal tersebut, maka Ibnu Abbas berkata:
"Apa yang dikhuwatirkan oleh mereka itu? mereka mahu mendengar dan menerima ketika dibacakan ayat-ayat yang muhkamat (jelas pengertiannya), tapi mereka keberatan untuk menerimanya ketika dibacakan ayat ayat yang mutasyabihat (sulit difahami) [99] .
Orang-orang Quraisy ketika mendengar Rasulullah s.a.w. menyebut "Ar Rahman", mereka mengingkarinya, maka terhadap mereka itu, Allah s.w.t. menurunkan firmanNya: "Dan mereka kafir terhadap Ar Rahman".
Kandungan bab ini:
1-Dinyatakan tidak beriman, kerana mengingkari (menolak) sebahagian dari Asma' dan Sifat Allah.
2-Penjelasan tentang ayat yang terdapat dalam surah Ar Ra'd[100].
3-Tidak dibenarkan menyampaikan kepada manusia hal-hal yang tidak difahami oleh mereka.
4-Hal itu disebabkan kerana boleh mengakibatkan Allah dan RasulNya didustakan, meskipun ia tidak bermaksud demikian.
5-Ibnu Abbas r.a. menolak sikap orang yang merasa keberatan ketika dibacakan sebuah hadis yang berkenaan dengan sifat Allah dan menyatakan bahawa sikap tersebut boleh mencelakakan dirinya.
_____________________________________
Catatan Kaki:
[99] Perkataan Ibnu Abbas disebutkan penulis setelah perkataan Ali yang menyatakan bahawa sepatutnya tidak usah dituturkan kepada orang-orang apa yang tidak mereka mengerti, adalah untuk menunjukkan bahawa nash nash Al Qur'an mahupun hadis yang berkenaan sifat Allah tidak termasuk hal tersebut, bahkan perlu pula disebutkan dan ditegaskan, kerana keberatan sebahagian orang akan hal tersebut bukanlah menjadi factor penghalang untuk menyebutkannya, sebab para ulama semenjak zaman dahulu masih membacakan ayat ayat dan hadis hadis yang berkenaan dengan sifat Allah di hadapan orang orang umum mahupun khusus.
[100] Ayat ini menunjukkah kewajiban mengimani segala Asma' dan Sifat Allah, dan mengingkari sesuatu darinya adalah kufur.

Bab 39: Berhakim Kepada Selain Allah Dan Rasulnya

Firman Allah s.w.t.:
“Tidakkah kamu memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu, dan kepada apa yang diturunkan sebelum kamu? mereka hendak berhakim kepada Thoghut, padahal mereka telah diperintahkan untuk mengingkari Thoghut itu, dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka (dengan) penyesatan yang sejauh jauhnya. Apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah kamu (tunduk) kepada hukum yang Allah telah turunkan dan kepada hukum Rasul", sincaya kamu lihat orang-orang munafik itu menghalangi (manusia) dari (mendekati) kamu dengan sekuat kuatnya. Maka bagaimanakah halnya, apabila mereka ditimpa sesuatu musibah disebabkan perbuatan tangan mereka sendiri, kemudian mereka datang kepadamu seraya bersumpah: "Demi Allah, sekali kali kami tidak menghendaki selain penyelesain yang baik dan perdamaian yang sempurna.” (QS. An nisa, 60).
“Dan apabila dikatakan kepada mereka (orang-orang munafik): "janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi”[94], mereka menjawab: "sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan perbaikan” (QS. Al baqarah, 11).
“Dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi ini sesudah Allah memperbaiki” (QS. Al A'raf, 56).
“Apakah hukum jahiliyah yang mereka kehendaki, dan tidak ada yang lebih baik hukumnya daripada hukum Allah bagi orang-orang yang yakin” (QS. Al Maidah, 50)
Diriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a. sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Tidaklah beriman (dengan sempurna) seseorang diantara kamu, sebelum keinginan dirinya mengikuti apa yang telah aku bawa (dari Allah)" (Imam Nawawi menyatakan hadis ini shoheh).
As Sya'by menuturkan: "pernah terjadi pertengkaran antara orang munafik dan orang yahudi. Orang yahudi itu berkata: "Mari kita berhakim kepada Muhammad", kerana ia mengetahui bahawa bahawa beliau tidak menerima suap. Sedangkan orang munafik tadi berkata: "Mari kita berhakim kepada orang yahudi", kerana ia tahu bahawa mereka mahu menerima suap. Maka bersepakatlah keduanya untuk berhakim kepada seorang dukun di Juhainah, maka turunlah ayat:
Ada pula yang menyatakan bahawa ayat di atas turun berkenaan dengan dua orang yang bertengkar, salah seorang dari mereka berkata: "Mari kita bersama-sama mengadukan kepada Nabi Muhammad s.a.w., sedangkan yang lainnya mengadukan kepada Ka'ab bin Asyraf", kemudian keduanya mengadukan perkara mereka kepada Umar r.a.. Salah seorang di antara keduanya menjelaskan kepadanya tentang permasalahan yang terjadi, kemudian Umar bertanya kepada orang yang tidak rela dengan keputusan Rasulullah s.a.w.: "Benarkah demikian?", ia menjawab: "Ya, benar". Akhirnya dihukumlah orang itu oleh Umar dengan dipancung pakai pedang.
Kandungan bab ini:
1-Penjelasan tentang ayat yang terdapat dalam surah An Nisa' [95], yang didalamnya terdapat keterangan yang boleh membantu untuk memahami makna Thoghut.
2-Penjelasan tentang ayat yang ada dalam surah Al Baqarah[96].
3-Penjelasan tentang ayat yang terdapat dalam surah Al A'raf[97]
4-Penjelasan tentang ayat yang ada dalam surah Al Ma'idah[98].
5-Penjelasan As Sya'by tentang sebab turunnya ayat yang pertama (yang terdapat dalam surah An Nisa').
6-Penjelasan tentang iman yang benar dan iman yang palsu[Iman yang benar, iaitu: berhakim kepada kitab Allah dan sunnah Rasulullah, dan iman yang palsu iaitu: mengaku beriman tetapi tidak mahu berhakim kepada Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah, bahkan berhakim kepada thaghut].
7-Kisah Umar dengan orang munafik[bahawa Umar memenggal leher orang munafik tersebut, kerana dia tidak rela dengan keputusan Rasulullah s.a.w.]
8-Seseorang tidak akan beriman (sempurna dan benar) sebelum keinginan dirinya mengikuti petunjuk yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w..
_____________________________________
Catatan Kaki:
[94] Maksudnya : janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi dengan kekafiran dan perbuatan maksiat lainnya.
[95] Ayat ini menunjukkan kewajiban berhakim kepada Kitabullah dan Sunnah Rasulullah, dan menerima hukum keduanya dengan ridla dan tunduk. Barang siapa yang berhakim kepada selainnya, bererti berhakim kepada thagut, apapun sebutannya. Dan menunjukkan kewajiban mengingkari thaghut, serta menjauhkan diri dan waspada terhadap tipu daya syaitan. Dan menunjukkan pula bahawa barang siapa yang diajak berhakim dengan hukum Allah dan RasulNya haruslah menerima; apabila menolak maka dia adalah munafik, dan apapun dalih yang dikemukakan seperti menghendaki penyelesaian yang baik dan perdamaian yang sempurna bukanlah merupakan alasan baginya untuk menerima selain hukum Allah dan RasulNya.
[96] Ayat ini menunjukkan bahawa barang siapa yang mengajak berhukum kepada selain hukum yang diturunkan Allah, maka ia telah berbuat kerusakan yang sangat berat di muka bumi, dan dalih mengadakan perbaikan bukan alasan sama sekali untuk meninggalkan hukumNya ; menunjukkan pula bahawa orang yang sakit hatinya akan memutar balikkan nilai nilai, di mana yang hak dijadikan batil dan yang batil dijadikan hak.
[97] Ayat ini menunjukkan bahawa barang siapa yang mengajak berhukum kepada selain hukum Allah, maka ia telah berbuat kerusakan yang sangat berat di muka bumi, dan menunjukkan bahawa perbaikan di muka bumi adalah dengan menerapkan hukum yang diturunkan Allah.
[98] Ayat ini menunjukkan bahawa orang yang menghendaki salain hukum Allah, bererti ia menghendaki hukum jahiliyah.

Bab 38: Mentaati Ulama Dan Umara Dalam Mengharamkan Yang Halal Dan Menghalalkan Yang Haram BerertiMempertuhankan Mereka

Ibnu Abbas r.a. berkata:
"Aku khuwatir bila kalian ditimpa hujan batu dari langit, kerana aku mengatakan: "Rasulullah s.a.w. bersabda", tetapi kalian malah mengatakan: "Abu Bakar dan Umar berkata"."
Imam Ahmad bin Hanbal mengatakan: "Aku merasa hairan pada orang-orang yang tahu tentang isnad hadis dan kesahihannya, tetapi mereka menjadikan pendapat Sufyan sebagai acuannya, padahal Allah s.w.t. telah berfirman:
“Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintahNya takut akan ditimpa fitnah atau ditimpa siksa yang pedih” (QS. An nur, 63).
Tahukah kamu apakah yang dimaksud dengan fitnah itu? fitnah disitu maksudnya adalah syirik, boleh jadi apabila ia menolak sabda Nabi akan terjadi dalam hatinya kesesatan sehingga celakalah dia".
Diriwayatkan dari 'Ady bin Hatim bahawa ia mendengar Rasulullah s.a.w. membaca firman Allah s.w.t.:
“Mereka menjadikan orang-orang alim dan rahib rahib mereka sebagai tuhan tuhan selain Allah…” (QS. Al Bara'ah, 31)
Maka saya berkata kepada beliau: "Sungguh kami tidaklah menyembah mereka", beliau bersabda:
"Tidakkah mereka mengharamkan apa yang telah dihalalkan Allah, lalu kalian pun mengaharamkanya; dan tidakkah mereka itu menghalalkan apa yang diharamkan Allah, lalu kalian menghalalkannya?", Aku menjawab: ya, maka beliau bersabda: "itulah bentuk penyembahan kepada mereka." (HR. Imam Ahmad dan At Tirmidzi dengan menyatakan hasan)
Kandungan bab ini:
1-Penjelasan tentang ayat dalam surah An nur[92].
2-Penjelasan tentang ayat dalam surah Bara'ah[93]
3-Perlu diperhatikan erti ibadah yang sebelumnya telah diingkari oleh 'Ady bin Hatim.
4-Pemberian contoh kes yang dikemukakan oleh Ibnu Abbas dengan menyebut nama Abu Bakar dan Umar, dan yang dikemukakan oleh Ahmad bin Hanbal dengan menyebut nama Sufyan.
5-Hal tersebut telah berkembang sedemikian rupa, sehingga banyak terjadi pada kebanyakan manusia penyembahan terhadap orang-orang soleh, yang dianggapnya sebagai amal yang paling utama, dan dipercayainya sebagai wali [yang dapat mendatangkan suatu manfa'at atau mara bencana], serta penyembahan terhadap orang-orang alim melalui ilmu pengetahuan dan fiqh [dengan diikuti apa saja yang dikatakan, baik sesuai dengan firman Allah dan sabda RasulNya atau tidak]. kemudian hal ini berkembang lebih parah lagi, dengan adanya penyembahan terhadap orang-orang yang tidak soleh, dan terhadap orang-orang bodoh yang tidak berilmu [dengan diikuti pendapat pendapatnya, bahkan bid'ah dan syirik yang mereka lakukan juga diikuti].
_____________________________________
Catatan Kaki:
[92] Ayat ini mengandung suatu peringatan supaya kita jangan sampai menyalahi Kitab dan Sunnah.
[93] Ayat dalam surat At Taubah ini menunjukkan bahawa barang siapa mentaati seseorang dengan menyalahi hukum yang telah ditetapkan Allah bererti telah mengangkatnya sebagai tuhan selain Allah.

Bab 37: Melakukan Amal Soleh Untuk Kepentingan Dunia Adalah Syirik

Firman Allah s.w.t.:
“Barang siapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasaanya, niscaya kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia ini tidak akan dirugikan, mereka itulah orang-orang yang tidak memperoleh di akhirat kecuali neraka, dan lenyaplah di ahirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia, serta sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan” (QS. Hud, 15 -16).
Dalam shoheh Bukhori dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Celaka hamba dinar, celaka hamba dirham, celaka hamba khomishoh, celaka hamba khomilah[89], jika diberi ia senang, dan jika tidak diberi ia marah, celakalah ia dan tersungkurlah ia, apabila terkena duri semoga tidak boleh mencabutnya, berbahagialah seorang hamba yang memacu kudanya (berjihad dijalan Allah), dengan kusut rambutnya, dan berdebu kedua kakinya, bila ia ditugaskan sebagai penjaga, dia setia berada di pos penjagaan, dan bila ditugaskan digaris belakang, dia akan tetap setia digaris belakang, jika ia minta izin (untuk menemui raja atau penguasa) tidak diperkenankan[90], dan jika bertindak sebagai pemberi syafaat (sebagai perantara) maka tidak diterima syafaatnya (perantaraannya)".
Kandungan bab ini:
1-Motivasi seseorang dalam amal ibadahnya, yang semestinya untuk akhirat malah untuk kepentingan duniawi [termasuk syirik dan menjadikan pekerjaan itu sia-sia tidak diterima oleh Allah]
2-Penjelasan tentang ayat dalam surah Hud[91].
3-Manusia muslim disebut sebagai hamba dinar, hamba dirham, hamba khamishah dan khamilah [jika menjadikan kesenangan duniawi sebagai tujuan].
4-Tandanya apabila diberi ia senang, dan apabila tidak diberi ia marah.
5-Rasulullah s.a.w. mendo'akan: " celakalah dan tersungkurlah".
6-Juga mendoakan: "jika terkena duri semoga ia tidak boleh mencabutnya".
7-Pujian dan sanjungan untuk mujahid yang memiliki sifat sifat sebagaimana yang disebut dalam hadis.
_____________________________________
Catatan Kaki:
[89] Khamishah dan khamilah adalah pakaian yang terbuat dari wool atau sutera dengan diberi sulaman atau garis garis yang menarik dan indah. Maksud ungkapan Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya tersebut ialah untuk menunjukkan orang yang sangat ambisi dengan kekayaan duniawi, sehingga menjadi hamba harta benda. Mereka itulah orang orang yang celaka dan sengsara.
[90] Tidak diperkenankan dan tidak diterima perantaraanya, kerana dia tidak mempunyai kedudukan atau pangkat dan tidak terkenal ; soalnya perbuatan dan amal yang dilakukannya diniati kerana Allah semata.
[91] Ayat ini menjelaskan tentang hukum orang yang motivasinya hanya kepentingan dan keni'matan duniawi, dan akibat yang akan diterimanya baik di dunia mahupun di akhirat nanti.

Bab 36: Riya

Firman Allah s.w.t.:
“Katakanlah: " sesungguhnya aku ini hanyalah seorang manusia seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku: 'bahawa sesungguhnya sesembahan kamu adalah sesembahan yang Esa', maka barang siapa yang mengharap perjumpaan dengan Rabbnya hendaklah ia mengerjakan amal soleh dan janganlah ia berbuat kemusyrikan sedikitpun dalam beribadah kepada Rabbnya.” (QS. Al Kahfi, 110).
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. dalam hadis marfu', bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah s.w.t. berfirman:
"Aku adalah Sekutu Yang Maha cukup sangat menolak perbuatan syirik. Barang siapa yang mengerjakan amal perbuatan dengan dicampuri perbuatan syirik kepadaKu, maka Aku tinggalkan ia bersama perbuatan syiriknya itu" (HR. Muslim).
Diriwayatkan dari Abu Said r.a. dalam hadis marfu' bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Mahukah kalian aku beritahu tentang sesuatu yang bagiku lebih aku khuwatirkan terhadap kamu dari pada Al Masih Ad dajjal[87]?", para sahabat menjawab: "baik, ya Rasulullah.", kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda: "syirik yang tersembunyi, iaitu ketika seseorang berdiri melakukan sholat, ia perindah sholatnya itu kerena mengetahui ada orang lain yang melihatnya" (HR. Ahma).
Kandungan bab ini:
1-Penjelasan tentang ayat dalam surah Al Kahfi[88].
2-Masalah yang penting sekali, iaitu: pernyataan bahawa amal shalih apabila dicampuri dengan sesuatu yang bukan kerana Allah, maka tidak akan diterima oleh Allah s.w.t..
3-Hal itu disebabkan kerana Allah s.w.t. adalah sembahan yang sangat menolak perbuatan syirik kerana sifat ke - Mahacukupan -Nya.
4-Sebab yang lain adalah kerana Allah s.w.t. adalah sekutu yang terbaik.
5-Rasulullah s.a.w. sangat khuwatir apabila sahabatnya melakukan riya'.
6-Penjelasan tentang riya dengan menggunakan contoh sebagai berikut: seseorang melakukan sholat kerana Allah, kemudian ia perindah sholatnya kerana ada orang lain yang memperhatikannya.
_____________________________________
Catatan Kaki:
[86] Riya' adalah berbuat baik kerana orang lain.
[87] Al Masih Ad Dajjal ialah seorang manusia pembohong terbesar yang akan muncul pada akhir zaman, mengaku sebagai Al Masih bahkan mengaku sebagai tuhan yang disembah. Kehadirannya di dunia ini termasuk diantara tanda tanda besar akan tibanya hari kiamat. Sedang keajaiban keajaiban yang bisa dilakukannya merupakan cubaan dari Allah s.w.t. untuk umat manusia yang masih hidup pada masa itu. Disebutkan dalam sahih Muslim bahawa masa kemunculannya di dunia nanti selama 40 hari, di antara hari hari tersebut ; sehari bagaikan setahun, sehari bagaikan sebulan, sehari bagaikan seminggu, kemudian hari hari lainnya sebagaimana biasa ; atau kalau kita jumlahkan sama dengan satu tahun dua bulan dua minggu. Hadis hadis tentang Ad Dajjal ini telah diriwayatkan oleh kalangan banyak sahabat, antara lain : Abu Bakar Ash Shiddiq, Abu Hurairah, Mu'adz bin Jabal, Jabir bin Abdillah, Abu SA'id Al Khudri, An Nawwas bin Sam'an, Anas bin Malik, Ibnu Umar, Ibnu Abbas, Aisyah, Ummu Salamah, Fatimah binti Qais dan lain lain. Masalah ini bisa dirujuk dalam :
-Sahih Bukhari : kitab Al fitan bab 26 -27 : kitab At Tauhid bab 27, 31.-Sahih Muslim : kitab Al fitan bab 20, 21, 22, 23, 24, 25.-Sahih At Turmudzi : kitab Al fitan bab 55, 56, 57,58, 59, 60,61,62.-Sunan Abu Dawud : kitab malahim bab : 14, 15.-Sunan Ibnu Majah : kitab Al Fitan bab 33.-Musnad Imam Ahmad : jilid I hal 6, 7 ; jilid 2 hal : 33, 37, 67, 104, 124, 131 ; jilid 5 hal : 27, 32, 43, 47.-Dan kitab kitab koleksi hadis lainnya.
[88] Ayat ini menunjukkan bahawa amal ibadah tidak akan diterima oleh Allah kecuali bila memenuhi dua syarat :
Pertama : ikhlas semata mata kerana Allah, tidak ada syirik di dalamnya sekalipun syirik kecil seperti riya'.
Kedua : sesuai dengan tuntunan Rasulullah s.a.w., kerana suatu amal disebut shalih jika ada dasar perintahnya dalam agama.
Ayat ini mengisyaratkan pula bahawa ibadah itu tauqifiyah, ertinya berlandaskan pada ajaran yang dibawa Rasulullah s.a.w., tidak menurut akal mahupun nafsu seseorang.

Bab 35: Sabar Terhadap Takdir Allah Adalah Bahagian Dari Iman Kepadanya

Allah s.w.t. berfirman:
“Tiada suatu musibah yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah, dan barang siapa yang beriman kepada Allah niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (QS. At Taghobun 11)
'Alqomah[84] menafsirkan Iman yang disebutkan dalam ayat ini dengan mengatakan:
"Iaitu: orang yang ketika ditimpa musibah, ia meyakini bahawa itu semua dari Allah, maka ia pun ridla dan pasrah (atas takdirNya).
Diriwayatkan dalam sahih Muslim dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Ada dua perkara yang masih dilakukan oleh manusia, yang kedua duanya merupakan bentuk kekufuran: mencela keturunan, dan meratapi orang mati".
Imam Bukhori dan Muslim meriwayatkan hadis marfu', dari Ibnu Mas'ud r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Tidak termasuk golongan kami orang yang memukul mukul pipi, merobek-robek pakaian, dan menyeru dengan seruan orang-orang jahiliyah".
Diriwayatkan dari Anas r.a. sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Apabila Allah menghendaki kebaikan pada seorang hambanya, maka Ia percepat hukuman baginya di dunia, dan apabila Ia menghendaki keburukan pada seorang hambanya, maka Ia tangguhkan dosanya sampai ia penuhi balasannya nanti pada hari kiamat."(HR. Tirmidzi dan Al Hakim)
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya besarnya balasan itu sesuai dengan besarnya ujian, dan sesungguhnya Allah s.w.t. jika mencintai suatu kaum, maka Ia akan mengujinya, barang siapa yang ridla akan ujian itu maka baginya keridloan Allah, dan barang siapa yang marah / benci terhadap ujian tersebut, maka baginya kemurkaan Allah" (Hadis hasan menurut Imam Turmudzi).
Kandungan dalam bab ini:
1-Penjelasan tentang ayat dalam surah At Taghobun[85].
2-Sabar terhadap cubaan termasuk iman kepada Allah s.w.t..
3-Disebutkan tentang hukum mencela keturunan.
4-Ancaman keras bagi orang yang memukul-mukul pipi, merobek robek baju, dan menyeru kepada seruan jahiliah [kerana meratapi orang mati].
5-Tanda apabila Allah menghendaki kebaikan kepada hambaNya.
6-Tanda apabila Allah menghendaki keburukan kepada hambaNya.
7-Tanda kecintaan Allah kepada hambaNya.
8-Dilarang bersikap marah dan tidak sabar atas cubaan ketika diuji oleh Allah s.w.t..
9-Pahala bagi orang yang ridla atas ujian dan cubaan.
_____________________________________
Catatan Kaki:
[84] 'Al Qomah bin Qais bin Abdullah bin Malik An Nakhai, salah seorang tokoh dari ulama tabiin, dilahirkan pada masa hidup Nabi r dan meninggal tahun 62 H (681 M).
[85] Ayat ini menunjukkan tentang keutamaan sabar atas segala takdir Allah yang pahit, seperti musibah ; dan menunjukkan bahawa amal termasuk dalam pengertian iman.

Bab 34: Merasa Aman Dari Siksa Allah Dan Berputus Asa Dari Rahmatnya

man Allah s.w.t.:
“Maka apakah mereka merasa aman dari azab Allah (yang tiada terduga duga)?, tiada yang merasa aman dari azab Allah kecuali orang-orang yang merugi” (QS. Al A'raf, 99).
“Dan tiada yang berputus asa dari rahmat Rabbnya kecuali orang orang yang sesat” (QS. Al Hijr, 56).
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. ketika ditanya tentang dosa-dosa besar, beliau menjawab:
"Iaitu: syirik kepada Allah, berputus asa dari rahmat Allah, dan merasa aman dari makar Allah".
Abdurrazzaq meriwayatkan dari Ibnu Mas'ud r.a., ia berkata:
"Dosa besar yang paling besar adalah: mensekutukan Allah, merasa aman dari siksa Allah, berputus harapan dari rahmat Allah, dan berputus asa dari pertolongan Allah" (HR. Abdur Razzaq).
Kandungan bab ini:
1-Penjelasan tentang ayat dalam surah Al A'raf[82].
2-Penjelasan tentang ayat dalam surah Al Hijr[83].
3-Ancaman yang keras bagi orang yang merasa aman dari siksa Allah.
4-Ancaman yang keras bagi orang yang berputus asa dari rahmat Allah.
_____________________________________
Catatan Kaki:
[82] Ayat ini menunjukkan bahawa merasa aman dari siksa adalah dosa besar yang harus dijauhi oleh orang mu'min.
[83] Ayat ini menunjukkan bahawa bersikap putus asa dari rahmat Allah termasuk pula dosa besar yang harus dijauhi. Dari kedua ayat ini dapat disimpulkan bahawa seorang mu'min harus memadukan antara dua sikap ; harap dan khuwatir, harap akan rahmat Allah dan khuwatir terhadap siksa Nya.

Bab 33: Tawakkal Kepada Allah

Firman Allah s.w.t.:
“Dan hanya kepada Allah hendaklah kamu bertawakkal, jika kamu benar benar orang yang beriman” (QS. Al Maidah, 23).
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman (dengan sempurna) itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka kerananya, serta hanya kepada Rabbnya mereka bertawakkal” (QS. Al Anfal, 2)
“Wahai Nabi, cukuplah Allah (menjadi pelindung) bagimu, dan bagi orang orang mu'min yang mengikutimu” (QS. Al Anfal, 64).
“… dan barang siapa yang bertawakkal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya” (QS. At tholaq, 3).
“Cukuplah Allah bagi kami, dan Allah adalah sebaik-baik pelindung” (QS. Ali Imran, 173).
Kalimat ini diucapkan oleh Nabi Ibrahim a.s. saat beliau dicampakkan kedalam kobaran api, dan diucapkan pula oleh Nabi Muhammad disaat ada yang berkata kepada beliau: “Sesungguhnya orang-orang quraisy telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, kerana itu takutlah kepada mereka, tetapi perkataan itu malah menambah keimanan beliau …” (QS. Ali Imran, 173).
Kandungan bab ini:
1-Tawakkal itu termasuk kewajipan.
2-Tawakkal itu termasuk syarat-syarat iman.
3-Penjelasan tentang ayat dalam surah Al Anfal[79].
4-Penjelasan tentang ayat dalam akhir surah Al Anfal[80].
5-Penjelasan tentang ayat dalam surah At-Tholaq[81].
6-Kalimat mempunyai kedudukan yang sangat penting, kerena telah diucapkan oleh Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Muhammad s.a.w. ketika dalam situasi yang sulit sekali.
_____________________________________
Catatan Kaki:
[79] Ayat ini menunjukkan bahawa tawakkal kepada Allah merupakan sifat orang-orang yang beriman kepada Allah; dan menunjukkan bahawa iman dapat bertambah dan dapat pula berkurang.
[80] Dalam ayat ini Allah memerintahkan kepada Nabi dan orang-orang beriman yang mengikutinya supaya bertawakkal kepada Allah, kerana Allah lah yang akan mencukupi keperluan mereka.
[81] Ayat ini menunjukkan kewajiban bertawakkal kepada Allah dan pahala bagi orang yang melakukannya.