Senin, 15 Desember 2008

Bab 33: Tawakkal Kepada Allah

Firman Allah s.w.t.:
“Dan hanya kepada Allah hendaklah kamu bertawakkal, jika kamu benar benar orang yang beriman” (QS. Al Maidah, 23).
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman (dengan sempurna) itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka kerananya, serta hanya kepada Rabbnya mereka bertawakkal” (QS. Al Anfal, 2)
“Wahai Nabi, cukuplah Allah (menjadi pelindung) bagimu, dan bagi orang orang mu'min yang mengikutimu” (QS. Al Anfal, 64).
“… dan barang siapa yang bertawakkal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya” (QS. At tholaq, 3).
“Cukuplah Allah bagi kami, dan Allah adalah sebaik-baik pelindung” (QS. Ali Imran, 173).
Kalimat ini diucapkan oleh Nabi Ibrahim a.s. saat beliau dicampakkan kedalam kobaran api, dan diucapkan pula oleh Nabi Muhammad disaat ada yang berkata kepada beliau: “Sesungguhnya orang-orang quraisy telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, kerana itu takutlah kepada mereka, tetapi perkataan itu malah menambah keimanan beliau …” (QS. Ali Imran, 173).
Kandungan bab ini:
1-Tawakkal itu termasuk kewajipan.
2-Tawakkal itu termasuk syarat-syarat iman.
3-Penjelasan tentang ayat dalam surah Al Anfal[79].
4-Penjelasan tentang ayat dalam akhir surah Al Anfal[80].
5-Penjelasan tentang ayat dalam surah At-Tholaq[81].
6-Kalimat mempunyai kedudukan yang sangat penting, kerena telah diucapkan oleh Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Muhammad s.a.w. ketika dalam situasi yang sulit sekali.
_____________________________________
Catatan Kaki:
[79] Ayat ini menunjukkan bahawa tawakkal kepada Allah merupakan sifat orang-orang yang beriman kepada Allah; dan menunjukkan bahawa iman dapat bertambah dan dapat pula berkurang.
[80] Dalam ayat ini Allah memerintahkan kepada Nabi dan orang-orang beriman yang mengikutinya supaya bertawakkal kepada Allah, kerana Allah lah yang akan mencukupi keperluan mereka.
[81] Ayat ini menunjukkan kewajiban bertawakkal kepada Allah dan pahala bagi orang yang melakukannya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar