Minggu, 14 Desember 2008

Bab 16: Malaikat Makhluk Yang Perkasa Bersujud Kepada Allah

Malaikat makhluk yang perkasa bersujud kepada Allah[41].
Firman Allah s.w.t.:
“Sehingga apabila telah dihilangkan rasa takut dari hati mereka (malaikat), mereka berkata: apakah yang telah difirmankan oleh Tuhanmu?, mereka menjawab: perkataan yang benar, dan Dialah yang maha tinggi lagi maha besar” (QS. Saba', 23).
Diriwayatkan dalam kitab shohehnya Imam Bukhori, dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Apabila Allah menetapkan suatu perintah diatas langit, para malaikat mengibas ngibaskan sayapnya, kerana patuh akan firmanNya, seolah-olah firman yang didengarnya itu bagaikan gemrincing rantai besi (yang ditarik) di atas batu rata, hal ini memekakkan mereka (sehingga jatuh pengsan kerana ketakutan), "sehingga apabila telah dihilangkan rasa takut dari hati-hati mereka, mereka berkata: "apakah yang telah difirmankan oleh tuhanmu?" mereka menjawab: " (perkataan) yang benar, dan Dialah yang maha tinggi lagi maha besar", ketika itulah (syaitan syaitan) pencuri berita mendengarnya, pencuri berita itu sebahagian diatas sebahagian yang lain - Sufyan bin Uyainah[42] menggambarkan dengan telapak tangannya, dengan direnggangkan dan dibuka jari jemarinya - ketika mereka (penyadap berita) mendengar berita itu, disampaikanlah kepada yang ada dibawahnya, dan seterusnya, sampai ke tukang sihir dan tukang ramal, tapi kadang-kadang syaitan pencuri berita itu terkena syihab (meteor) sebelum sempat menyampaikan berita itu, dan kadang-kadang sudah sempat menyampaikan berita sebelum terkena syihab, kemudian dengan satu kalimat yang didengarnya itulah tukang sihir dan tukang ramal itu melakukan seratus macam kebohongan, mereka mendatangi tukang sihir dan tukang ramal seraya berkata: bukankah ia telah memberi tahu kita bahawa pada hari anu akan terjadi anu (dan itu terjadi benar), sehingga ia dipercayai dengan sebab kalimat yang didengarnya dari langit".
An - Nawwas bin Sam'an r.a. menuturkan bahawa Rasulullah s.a.w., bersabda:
"Apabila Allah s.w.t. hendak mewahyukan perintahnya, maka Dia firmankan wahyu tersebut, dan langit-langit bergetar dengan kerasnya kerana takut kepada Allah s.w.t., dan ketika para malaikat mendengar firman tersebut mereka pengsan dan bersujud, dan diantara mereka yang pertama kali bangun adalah Jibril, maka Allah sampaikan wahyu yang Ia kehendakiNya kepadanya, kemudian Jibril melalui para malaikat, setiap ia melalui langit maka para penghuninya bertanya kepadanya: "apa yang telah Allah firmankan kepadamu?", Jibril menjawab: "Dia firmankan yang benar, dan Dialah yang Maha Tinggi lagi Maha Besar, dan seluruh malaikat yang ia lalui bertanya kepadanya seperti pertanyaan pertama, demikianlah sehingga Jibril menyampaikan wahyu tersebut sesuai dengan yang telah diperintahkan oleh Allah s.w.t. kepadanya."
Kandungan bab ini:
1-Penjelasan tentang ayat yang telah disebutkan di atas[43].
2-Ayat tersebut mengandungi argumentasi yang memperkuat kebatilan syirik, hususnya yang berkaitan dengan orang-orang soleh, dan ayat itu juga memutuskan akar-akar pohon syirik yang ada dalam hati seseorang.
3-Penjelasan tentang firman Allah: "mereka menjawab: "(perkataan) yang benar" dan Dialah yang Maha Tinggi lagi Maha Besar. [44]"
4-Menerangkan tentang sebab pertanyaan para malaikat tentang wahyu yang difirmankan Allah.
5-Jibril kemudian menjawab pertanyaan mereka dengan perkataan: "Dia firmankan yang benar …"
6-Menyebutkan bahawa malaikat yang pertama kali mengangkat kepalanya adalah Jibril.
7-Jibril memberikan jawapan tersebut kepada seluruh malaikat penghuni langit, kerana mereka bertanya kepadanya.
8-Para malaikat penghuni langit jatuh pengsan ketika mendengar firman Allah.
9-Langitpun bergetar keras ketika mendengar firman Allah itu.
10-Jibril adalah malaikat yang menyampaikan wahyu itu ketujuan yang telah diperintahkan Allah kepadanya.
11-Hadis di atas menyebutkan tentang adanya syaitan-syaitan yang mencuri berita wahyu.
12-Cara mereka mencuri berita, sebahagian mereka naik di atas sebahagian yang lain.
13-Peluncuran syihab (meteor) untuk menembak jatuh syaitan syaitan pencuri berita.
14-Adakalanya syaitan pencuri berita itu terkena syihab sebelum sempat menyampaikan berita yang didengarnya, dan adakalanya sudah sempat menyampaikan berita ke telinga manusia yang menjadi abdinya sebelum terkena syihab.
15-Adakalanya ramalan tukang ramal itu benar.
16-Dengan berita yang diterimanya ia melakukan seratus macam kebohongan.
17-Kebohongannya tidak akan dipercaya kecuali kerana adanya berita dari langit (melalui syaitan penyadap berita).
18-Kecenderungan manusia untuk menerima suatu kebatilan, bagaimana mereka boleh bersandar hanya kepada satu kebenaran saja yang diucapkan oleh tukang ramal, tanpa memperhitungkan atau mempertimbangkan seratus kebohongan yang disampaikannya.
19-Satu kebenaran tersebut beredar luas dari mulut ke mulut dan diingatnya, lalu dijadikan sebagai bukti bahawa apa yang dikatakan oleh tukang ramal itu benar.
20-Menetapkan sifat sifat Allah (seperti yang terkandung dalam hadis di atas), berbeza dengan faham Asy'ariyah yang mengingkarinya.
21-Penjelasan bahawa bergetarnya langit dan pengsannya para malaikat itu desebabkan kerana rasa takut mereka kepada Allah s.w.t..
22-Para malaikat pun bersimpuh sujud kepada Allah.
_____________________________________
Catatan Kaki:
[41] Bab ini menjelaskan bukti lain yang menunjukkan kebatilan syirik dan hanya Allah yang berhak dengan segala macam ibadah. Kerana apabila para malaikat, sebagai makhluk yang sangat perkasa dan paling kuat, bersimpuh sujud di hadapan Allah yang Maha tinggi dan Maha besar ketika mendengar firmanNya, maka tidak ada yang berhak dengan ibadah, puja dan puji, sanjungan dan pengagungan kecuali Allah.
[42] Sufyan bin Uyainah bin Maimun Al Hilali, salah seorang periwayat hadis ini.
[43] Ayat ini menerangkan keadaan para malaikat, yang mana mereka adalah makhluk Allah yang paling kuat dan amat perkasa yang disembah oleh orang orang musyrik. Apabila demikian keadaan meraka dan rasa takut mereka kepada Allah ketika Allah berfirman, maka apakah pantas mereka dijadikan sesembahan selain Allah ? tentu tidak pantas, dan makhluk selain mereka lebih tidak pantas lagi.
[44] Firman Allah ini menunjukkan : bahawa Kalamullah bukanlah makhluk (ciptaan), kerana mereka berkata : " Apakah yang telah difirmankan oleh Tuhanmu?", menunjukkan pula bahawa Allah Maha Tinggi di atas seluruh makhlukNya, dan Maha Besar yang kebesaranNya tidak dapat dijangkau oleh fikiran mereka.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar