Minggu, 14 Desember 2008

Bab 4: Takut Kepada Syirik

Firman Allah s.w.t.:
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi sesiapa yang dikehendakiNya.” (QS. An Nisa', 48)

Nabi Ibrahim berkata:
“……. Dan jauhkanlah aku dan anak cucuku dari perbuatan (menyembah) berhala.”
(QS. Ibrahim, 35)

Diriwayatkan dalam suatu hadis, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesuatu yang paling aku khuwatirkan dari kamu kalian adalah perbuatan syirik kecil, kemudian beliau ditanya tentang itu, dan beliaupun menjawab: iaitu riya"
(HR. Ahmad, Thobroni dan Abi Dawud).

Diriwayatkan dari Ibnu Mas'ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barang siapa yang mati dalam keadaan menyembah sesembahan selain Allah, maka masuklah ia kedalam neraka" (HR. Bukhori)

Diriwayatkan oleh Muslim dari Jabir r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barang siapa yang menemui Allah (mati) dalam keadaan tidak berbuat syirik kepadaNya, pasti ia masuk syurga, dan barang siapa yang menemuiNya (mati) dalam keadaan berbuat kemusyrikan maka pasti ia masuk neraka".

Kandungan bab ini:

1-Syirik adalah perbuatan dosa yang harus ditakuti dan dijauhi.
2-Riya' termasuk perbuatan syirik.
3-Riya' termasuk syirik kecil[14].
4-Riya' adalah dosa yang paling ditakuti oleh Rasulullah terhadap orang orang soleh.
5-Dekatnya syurga dan neraka.
6-Dekatnya syurga dan neraka telah sama-sama disebutkan dalam satu hadis.
7-Barang siapa yang mati tidak dalam kemusyrikan maka pasti ia masuk syurga, dan barang siapa yang mati dalam kemusyrikan maka pasti ia masuk neraka, meskipun ia termasuk orang yang banyak ibadahnya.
8-Hal yang sangat penting adalah permohonan Nabi Ibrahim untuk dirinya dan anak cucunya agar dijauhkan dari perbuatan menyembah berhala.
9-Nabi Ibrahim mengambil ibrah (pelajaran) dari keadaan sebahagian besar manusia, bahawa mereka itu adalah sebagaimana perkataan beliau: “Ya Rabb, sesungguhnya berhala berhala itu telah menyesatkan ramai orang” (QS. Ibrahim, 36).
10-Dalam bab ini mengandungi penjelasan tentang makna “la Ilaha Illallah” sebagaimana dalam hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhori, [iaitu: pembersihkan diri dari syirik dan pemurnian ibadah kepada Allah].
11-Keutamaan orang yang dirinya bersih dari kemusyrikan.
_____________________________________
Catatan Kaki:
[14] Syirik ada dua macam : pertama : syirik akbar (besar) iaitu memperlakukan sesuatu selain Allah sama dengan Allah, dalam hal hal yang merupakan hak khusus bagiNya. Kedua : syirik ashghor (kecil), iaitu : perbuatan yang disebutkan dalam Al Qur'an dan Al hadis sebagai suatu syirik, tetapi belum sampai ke tingkat syirik akbar. Adapun perbezaan diantara keduanya :
a. Syirik akbar menghapuskan seluruh amal, sedang syirik kecil hanya menghapuskan amal yang disertainya saja.b. Syirik akbar mengakibatkan pelakunya kekal di dalam neraka, sedang syirik kecil tidak sampai demikian.c. Syirik akbar menjadikan pelakunya keluar dari Islam, sedang syirik kecil tidak menyebabkan keluar dari Islam

Tidak ada komentar:

Posting Komentar