Senin, 15 Desember 2008

Bab 36: Riya

Firman Allah s.w.t.:
“Katakanlah: " sesungguhnya aku ini hanyalah seorang manusia seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku: 'bahawa sesungguhnya sesembahan kamu adalah sesembahan yang Esa', maka barang siapa yang mengharap perjumpaan dengan Rabbnya hendaklah ia mengerjakan amal soleh dan janganlah ia berbuat kemusyrikan sedikitpun dalam beribadah kepada Rabbnya.” (QS. Al Kahfi, 110).
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. dalam hadis marfu', bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah s.w.t. berfirman:
"Aku adalah Sekutu Yang Maha cukup sangat menolak perbuatan syirik. Barang siapa yang mengerjakan amal perbuatan dengan dicampuri perbuatan syirik kepadaKu, maka Aku tinggalkan ia bersama perbuatan syiriknya itu" (HR. Muslim).
Diriwayatkan dari Abu Said r.a. dalam hadis marfu' bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Mahukah kalian aku beritahu tentang sesuatu yang bagiku lebih aku khuwatirkan terhadap kamu dari pada Al Masih Ad dajjal[87]?", para sahabat menjawab: "baik, ya Rasulullah.", kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda: "syirik yang tersembunyi, iaitu ketika seseorang berdiri melakukan sholat, ia perindah sholatnya itu kerena mengetahui ada orang lain yang melihatnya" (HR. Ahma).
Kandungan bab ini:
1-Penjelasan tentang ayat dalam surah Al Kahfi[88].
2-Masalah yang penting sekali, iaitu: pernyataan bahawa amal shalih apabila dicampuri dengan sesuatu yang bukan kerana Allah, maka tidak akan diterima oleh Allah s.w.t..
3-Hal itu disebabkan kerana Allah s.w.t. adalah sembahan yang sangat menolak perbuatan syirik kerana sifat ke - Mahacukupan -Nya.
4-Sebab yang lain adalah kerana Allah s.w.t. adalah sekutu yang terbaik.
5-Rasulullah s.a.w. sangat khuwatir apabila sahabatnya melakukan riya'.
6-Penjelasan tentang riya dengan menggunakan contoh sebagai berikut: seseorang melakukan sholat kerana Allah, kemudian ia perindah sholatnya kerana ada orang lain yang memperhatikannya.
_____________________________________
Catatan Kaki:
[86] Riya' adalah berbuat baik kerana orang lain.
[87] Al Masih Ad Dajjal ialah seorang manusia pembohong terbesar yang akan muncul pada akhir zaman, mengaku sebagai Al Masih bahkan mengaku sebagai tuhan yang disembah. Kehadirannya di dunia ini termasuk diantara tanda tanda besar akan tibanya hari kiamat. Sedang keajaiban keajaiban yang bisa dilakukannya merupakan cubaan dari Allah s.w.t. untuk umat manusia yang masih hidup pada masa itu. Disebutkan dalam sahih Muslim bahawa masa kemunculannya di dunia nanti selama 40 hari, di antara hari hari tersebut ; sehari bagaikan setahun, sehari bagaikan sebulan, sehari bagaikan seminggu, kemudian hari hari lainnya sebagaimana biasa ; atau kalau kita jumlahkan sama dengan satu tahun dua bulan dua minggu. Hadis hadis tentang Ad Dajjal ini telah diriwayatkan oleh kalangan banyak sahabat, antara lain : Abu Bakar Ash Shiddiq, Abu Hurairah, Mu'adz bin Jabal, Jabir bin Abdillah, Abu SA'id Al Khudri, An Nawwas bin Sam'an, Anas bin Malik, Ibnu Umar, Ibnu Abbas, Aisyah, Ummu Salamah, Fatimah binti Qais dan lain lain. Masalah ini bisa dirujuk dalam :
-Sahih Bukhari : kitab Al fitan bab 26 -27 : kitab At Tauhid bab 27, 31.-Sahih Muslim : kitab Al fitan bab 20, 21, 22, 23, 24, 25.-Sahih At Turmudzi : kitab Al fitan bab 55, 56, 57,58, 59, 60,61,62.-Sunan Abu Dawud : kitab malahim bab : 14, 15.-Sunan Ibnu Majah : kitab Al Fitan bab 33.-Musnad Imam Ahmad : jilid I hal 6, 7 ; jilid 2 hal : 33, 37, 67, 104, 124, 131 ; jilid 5 hal : 27, 32, 43, 47.-Dan kitab kitab koleksi hadis lainnya.
[88] Ayat ini menunjukkan bahawa amal ibadah tidak akan diterima oleh Allah kecuali bila memenuhi dua syarat :
Pertama : ikhlas semata mata kerana Allah, tidak ada syirik di dalamnya sekalipun syirik kecil seperti riya'.
Kedua : sesuai dengan tuntunan Rasulullah s.a.w., kerana suatu amal disebut shalih jika ada dasar perintahnya dalam agama.
Ayat ini mengisyaratkan pula bahawa ibadah itu tauqifiyah, ertinya berlandaskan pada ajaran yang dibawa Rasulullah s.a.w., tidak menurut akal mahupun nafsu seseorang.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar