Senin, 15 Desember 2008

Bab 24: Hukum Sihir

Firman Allah s.w.t.:
“Demi Allah, sesungguhnya orang-orang Yahudi itu telah meyakini bahawa barang siapa yang menukar (kitab Allah) dengan sihir itu, maka tidak akan mendapatkan bahagian (keuntungan) di akhirat” (QS. Al Baqarah, 102).
“Dan mereka beriman kepada Jibt dan Thoghut” (QS. An nisa', 51).
Menurut penafsiran Umar bin Khothob r.a.: Jibt adalah sihir, sedangkan Thoghut adalah syaitan.
Sedangkan Jabir r.a. berkata: Thoghut adalah para tukang ramal yang didatangi syaitan; yang ada pada setiap kabilah.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Jauhilah tujuh perkara yang membawa kehancuran !, para sahabat bertanya: "Apakah ketujuh perkara itu ya Rasulullah?", beliau menjawab: " iaitu syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan Allah kecuali dengan sebab yang dibenarkan oleh agama, makan riba, makan harta anak yatim, membelot dari peperangan, menuduh zina terhadap wanita yang terjaga dirinya dari perbuatan dosa dan tidak memikirkan untuk melakukan dosa, dan beriman kepada Allah" (HR. Bukhori dan Muslim)
Diriwayatkan dari Jundub bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda dalam hadis marfu':
"Hukuman bagi tukang sihir adalah dipenggal lehernya dengan pedang" (HR. Imam Turmudzi, dan ia berkata: pendapat yang benar ini perkataan sahabat).
Dalam shoheh Bukhori, dari Bajalah bin Abdah, ia berkata: "Umar bin Khothob telah mewajibkan untuk membunuh setiap tukang sihir, baik laki-laki mahupun perempuan, maka kami telah membunuh tiga tukang sihir."
Dan dalam shoheh Bukhori juga, Hafsah, ra. telah memerintahkan untuk membunuh hamba perempuannya yang telah menyihirnya, maka dibunuhlah ia, dan begitu juga riwayat yang shoheh dari Jundub.
Imam Ahmad berkata: "diriwayatkan dalam hadis shoheh, bahawa hukuman mati terhadap tukang sirhir ini telah dilakukan oleh tiga orang sahabat Nabi (Umar, Hafsah dan Jundub).
Kandungan bab ini:
1-Penjelasan tentang ayat yang terdapat dalam surah Al Baqarah[64].
2-Penjelasan tentang ayat yang terdapat dalam surah An Nisa'[65].
3-Penjelasan tentang makna Jibt dan Thoghut, serta perbezaan antara keduanya.
4-Thoghut itu kadang kadang dari jenis Jin, dan kadang kadang dari jenis manusia.
5-Mengetahui tujuh perkara yang boleh menyebabkan kehancuran, yang dilarang secara husus oleh Nabi.
6-Tukang sihir itu kafir.
7-Tukang sihir itu dihukum mati tanpa diminta taubat lebih dahulu.
8-Jika praktek sihir itu telah ada dikalangan kaum muslimin pada masa Umar, boleh dibayangkan bagaimana pada masa sesudahnya?.
_____________________________________
Catatan Kaki:
[63] Al Mukhtar bin Abu Ubaid bin Mas'ud Ats Tsaqafi. Termasuk tokoh yang memberontak terhadap kekuasaan Bani Umayyah dan menonjolkan kecintaan kepada Ahlu bait. Mengaku bahawa ia adalah nabi dan menerima wahyu. Di bunuh oleh Mush'ab bin Az Zubair pada tahun 67 H. (687 M).
[64] Ayat pertama menunjukkan bahawa sihir haram hukumnya, dan pelakunya kafir, disamping mengandung ancaman berat bagi orang yang berpaling dari kitab Allah, dan mengamalkan amalan yang tidak bersumber darinya.
[65] Ayat kedua menunjukkan bahawa ada di antara umat ini yang beriman kepada sihir (Jibt), sebagaimana ahli kitab beriman kepadanya, kerana Rasulullah s.a.w. telah menegaskan bahawa akan ada di antara umat ini yang mengikuti (dan meniru) umat umat sebelumnya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar