Minggu, 14 Desember 2008

Bab 19: Penyebab Utama Kekafiran Adalah Berlebih-Lebihan Dalam Mengagungkan Orang-Orang Soleh

Firman Allah s.w.t.:
“Wahai orang-orang ahli kitab, janganlah kalian melampaui batas dalam agama kalian, dan janganlah kalian mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar.” (QS. An nisa', 171).
Dalam shoheh Bukhori ada satu riwayat dari Ibnu Abbas r.a. yang menjelaskan tentang firman Allah s.w.t.:
“Dan mereka (kaum Nabi Nuh) berkata: janganlah sekali kali kamu meninggalkan (penyembahan) Tuhan-tuhan kamu, dan janganlah sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) Wadd, Suwa', Yaghuts, Ya'uq mahupun Nasr” (QS. Nuh, 23)
Beliau (Ibnu Abbas) mengatakan: "Ini adalah nama orang-orang soleh dari kaum Nabi Nuh, ketika mereka meniggal dunia, syaitan membisikan kepada kaum mereka agar membuat patung-patung mereka yang telah meninggal di tempat-tempat dimana disitu pernah diadakan pertemuan pertemuan mereka, dan mereka disuruh memberikan nama nama patung tersebut dengan nama-nama mereka, kemudian orang orang tersebut menerima bisikan syaitan, dan saat itu patung-patung yang mereka buat belum dijadikan sesembahan, baru setelah para pembuat patung itu meninggal, dan ilmu agama dilupakan, mulai saat itulah patung-patung tersebut mulai disembah".
Ibnul Qoyyim berkata[52]: "ramai para ulama salaf mengatakan: "setelah mereka itu meninggal, ramai orang-orang yang berbondong bondong mendatangi kubur mereka, lalu mereka membuat patung patung mereka, kemudian setelah waktu berjalan beberapa lama ahirnya patung patung tersebut dijadikan sesembahan".
Diriwayatkan dari Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Janganlah kalian berlebih-lebihan dalam memujiku, sebagaimana orang-orang Nasrani berlebih lebihan dalam memuji Isa bin Maryam. Aku hanyalah seorang hamba, maka katakanlah: Abdullah (hamba Allah) dan Rasulullah (Utusan Allah)" (HR. Bukhori dan Muslim).
Dan Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Jauhilah oleh kalian sikap berlebih-lebihan, kerana sesungguhnya sikap berlebihan itulah yang telah membinasakan orang-orang sebelum kalian" (HR. Ahmad, Turmudzi dan Ibnu majah dari Ibnu Abbas r.a.)
Dan dalam shoheh Muslim, Ibnu Mas'ud r.a. berkata: bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Binasalah orang-orang yang bersikap berlebih-lebihan" (diulanginya ucapan itu tiga kali).
Kandungan dalam bab ini:
1-Orang yang memahami bab ini dan kedua bab setelahnya, akan jelas baginya keterasingan Islam; dan ia akan melihat betapa kuasanya Allah itu untuk merubah hati manusia.
2-Mengetahui bahawa awal munculnya kemusyrikan di muka bumi ini adalah kerana sikap berlebih-lebihan terhadap orang-orang soleh.
3-Mengetahui apa yang pertama kali diperbuat oleh orang-orang sehingga ajaran para Nabi menjadi berubah, dan apa faktor penyebabnya?, padahal mereka mengetahui bahawa para Nabi itu adalah utusan Allah.
4-Mengetahui sebab-sebab diterimanya bid'ah, padahal syari'ah dan fitrah manusia menolaknya.
5-Faktor yang menyebabkan terjadinya hal diatas adalah tercampur aduknya kebenaran dengan kebatilan; Adapun yang pertama ialah: rasa cinta kepada orang-orang soleh.
Sedang yang kedua ialah: tindakan yang dilakukan oleh orang orang 'alim yang ahli dalam masalah agama, dengan maksud untuk suatu kebaikan, tetapi orang-orang yang hidup sesudah mereka menduga bahawa apa yang mereka maksudkan bukanlah hal itu.
6-Penjelasan tentang ayat yang terdapat dalam surah Nuh[53].
7-Mengetahui watak manusia bahawa kebenaran yang ada pada dirinya boleh berkurang, dan kebatilan malah boleh bertambah.
8-Bab ini mengandungi suatu bukti tentang kebenaran pernyataan ulama salaf bahawa bid'ah adalah penyebab kekafiran.
9-Syaitan mengetahui tentang dampak yang diakibatkan oleh bid'ah, walaupun maksud pelakunya baik.
10-Mengetahui kaedah umum, iaitu bahawa sikap berlebih lebihan dalam agama itu dilarang, dan mengetahui pula dampak negatifnya.
11- Bahaya dari perbuatan sering mendatangi kubur dengan niat untuk suatu amal shalih.
12-larangan adanya patung-patung, dan hikmah dibalik perintah menghancurkannya (iaitu: untuk menjaga kemurnian tauhid dan mengikis kemusyrikan).
13-Besarnya kedudukan kisah kaum nabi Nuh ini, dan manusia sangat memerlukan akan hal ini, walaupun ramai diantara mereka yang telah melupakannya.
14-Satu hal yang sangat menghairankan, bahawa mereka (para ahli bid'ah) telah membaca dan memahami kisah ini, baik melalui kitab-kitab tafsir mahupun hadis, tapi Allah menutup hati mereka, sehingga mereka mempunyai keyakinan bahawa apa yang dilakukan oleh kaumnya Nabi Nuh adalah amal ibadah yang paling utama, dan merekapun beranggapan bahawa apa yang dilarang oleh Allah dan Rasulnya adalah kekafiran yang menghalalkan darah dan harta.
15-Dinyatakan bahawa mereka berlebih-lebihan terhadap orang- orang soleh itu tiada lain kerana mengharapkan syafaat mereka.
16Mereka menduga bahawa orang-orang berilmu yang membuat patung itu bermaksud demikian.
17-Pernyataan yang sangat penting yang termuat dalam sabda Nabi: "Janganlah kalian memujiku dengan berlebih lebihan, sebagaimana orang-orang Nasrani berlebih-lebihan dalam memuji Isa bin Maryam". Semoga sholawat dan salam senantiasa dilimpahkan Allah kepada beliau yang telah menyampaikan risalah dengan sebenar benarnya.
18-Ketulusan hati beliau kepada kita dengan memberikan nasihat bahawa orang-orang yang berlebih-lebihan itu akan binasa.
19-Pernyataan bahawa patung-patung itu tidak disembah kecuali setelah ilmu [agama] dilupakan, dengan demikian dapat diketahui nilai keberadaan ilmu ini dan bahayanya jika hilang.
20-Penyebab hilangnya ilmu agama adalah meninggalnya para ulama.
_____________________________________
Catatan Kaki:
[52] Abu Abdillah : Muhammad bin Abu Bakar bin Ayyub bin Sa'd Az Zur'I Ad Dimasqi, Ibnu Qoyyim Al Jauziyah. Seorang ulama besar dan tokoh gerakan da'wah Islamiyah; murid syekhul Islam Ibnu Taimiyah. Mempunyai banyak karya ilmiyah. Dilahirkan tahun 691 H (1292 M) dan meninggal tahun 751 H (1350 M).
[53] Ayat ini menunjukkan bahawa sikap yang berlebih lebihan dan melampaui batas terhadap orang orang soleh adalah yang menyebabkan terjadinya syirik dan tuntunan agama para Nabi ditinggalkan.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar